|
|
| Saturday, 27-Jun-2009 15:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
P a n t a i P u n g g u r - Batu Pahat
|
 |
|
Punggur beach
|
|
 |
|
Punggur beach
|
|
 |
|
Punggur Beach
|
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Pantai Punggur terletak di bawah jajahan daerah Batu Pahat..
Tempat bersantai dan juga beristirehat..
Makanan laut menjadi hidangan..
kue-tiaw kerang menjadi santapan..
Belangkas?? emm mungkin di masa hadapan..
sebab ia dah jadi haiwan dalam perlindungan..
Bukan tempat untuk bermandi..
Tapi masih menjadi kegemaran muda mudi...
menyemai benih cinta, dosa?,dan menabur janji..
Jangan lupa ada mata yang memerhati...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 21-Jun-2009 02:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
B U B B L E S
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Terbaca satu artikel dalam majalah pasal shooting buih.
Tapi cuma sekadar apa yang di dalam gelas..
Bukan memintal buih-buih di lautan menjadi permaidani..
Bukan cuba-cuba menyentuh buih pada mulut orang yang kena sawan..
Dan bukan juga ingin menyakitkan hati orang yang dah berbuih mulut menasihati orang lain..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 7-Jun-2009 05:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
J E B A T : Setia atau derhaka ?
|
 |
|
armour car
|
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Masih lagi tak habis pasal Melaka nih..memang tak puas kalau hanya dapat 2-3 jam meronda sekitar bandaraya yang penuh dengan nilai sejarah dan juga tempat-tempat yang menarik.
Terpandang kereta perisai lama yang masih utuh walaupun dimakan usia yang dipamerkan berhadapan dengan kota A'Famosa ini, saya terpanggil dengan nama yang diberkan kepada kedua kereta ini..Hang Tuah dan Hang Jebat.
Bukan Hang Tuah yang menjadi tajuk bualan memandangkan umum mengetahui kisahnya sebagai pejuang Melayu terulung. Namun, Jebat sebagai sorang dari saudaranya juga seorang jaguh Melayu terulung yang turut menabur bakti melawan musuh-musuh yang mengancam perairan Melaka bersama-sama Tuah dan juga Lekir,Lekiu dan Kasturi (tak termasuk Hang Kebun filem seniman Bujang Lapok ).
Jebat akhirnya menghembuskan nafas terakhir di tangan Tuah, saudara yang begitu disanjunginya lebih dari nyawanya sendiri. Menuntut bela atas pembunuhan saudaranya Tuah yang mengikut perkiraannya adalah tidak adil dan sangat zalim untuk hukuman bunuh itu dilaksanakan kepada Panglima yang banyak berjasa kepada negara.
Kisah ini lebih kurang sama dengan Laksamana Bentan, seorang panglima yang taat kepada sultannya yang akhirnya menuntut bela atas kematian isterinya yang dibunuh oleh sultan. Lantas ia mencetuskan berakhirnya era Kesultanan Melayu Melaka dengan kematian waris terakhir.
Kembali kepada kisah Jebat tadi, sifat setiakawan Jebat memang terpuji..menyayangi saudaranya sepenuh hati sehingga sanggup menggadai nyawa sendiri menentang sebarang bentuk kezaliman walaupun datangnya dari sultan..namun mati di tangan saudara yang disanjunginya atas perintah sultan.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 28-May-2009 06:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
M E L A K A visit - Muzium Kapal
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry yang lepas ada yang tanya kat mana gambar bunga jenjarum tu di 'shoot'..sebenarnya mmg nak suruh meneka objek yang blur (bokeh) kat belakang tu..dan inilah objek yang sebenarnya...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 20-May-2009 06:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
M E L A K A visit
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-May-2009 10:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
S a r a n g B u a y a Pasir Gudang
|
 |
|
Sarang Buaya Pasir Gudang
|
|
 |
|
Sarang Buaya Pasir Gudang
|
|
 |
|
Sarang Buaya Pasir Gudang
|
|
|
Saya berkesempatan untuk pergi ke satu destinasi menarik yang sedang dibangunkan di jajahan Pasir Gudang, Johor. Sarang Buaya Pasir Gudang bakal menjadi salah satu tempat menarik kepada pengunjung setelah ia siap dibina 100% nanti.
Terletak bersebelahan dengan Pelabuhan Tanjung Langsat ,dan berhampiran dengan kawasan pantai Pasir Layar yang juga merupakan salah satu tempat pelancongan di Pasir Gudang. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 30 minit (kalau pandu secara normal 80km/j) dari pusat bandar Pasir Gudang, anda akan disajikan dengan pembangunan kilang-kilang industri berat dan kimia di Johor sebelum anda tiba di Sarang Buaya ini. Cuma sebelum anda sampai ke destinasi, anda akan diperiksa oleh pengawal keselamatan yang bertugas di jalan utama dan diberikan pas lawatan atas tujuan keselamatan.
Sarang Buaya ini diurustadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang masih lagi dalam pembinaan kolam-kolam untuk menempatkan pelbagai spesis buaya dan juga kawasan lanskap sekitarnya. Buat masa ini hanya terdapat lebih kurang 4 kolam dan hanya 3 kolam telah diletakkan beberapa ekor buaya untuk tatapan pengunjung. Saya difahamkan pada ketika ini lebih kurang 30 ekor buaya telahpun diletakkan di sini dan jumlah ini akan bertambah setelah banyak lagi kolam yang sedang dalam proses pembinaan siap kelak.
Harga tiket masuk ke Sarang Buaya Pasir Gudang ini adalah RM8 untuk dewasa dan lebih kurang RM4 (kalau tidak silap) untuk kanak-kanak. Akan tetapi buat masa ini, harga tiket diberikan diskaun iaitu RM4 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak dan beberapa lagi kategori pengunjung termasuk pelajar sekolah dan juga IPT.
Memandangkan pembinaan kawasan ini masih dalam 30-40% siap, kawasan tempat letak kenderaan dan juga jalan masuk masih lagi berbatu kerikil dan kabin jualan tiket juga masih belum sempurna. Mungkin setelah ia siap kawasan ini akan menjadi tumpuan selain Taman Buaya Melaka (tak termasuk kolam buaya Sungai Rengit, Kota Tinggi)
Bagi mereka yang mempunyai tele-photo lens. macro lens yang baik dan juga hebat, silalah berkunjung ke sana untuk dapatkan 'shots' yang terbaik kerana kita kan berada 'dekat' dengan 'silent killer' ini.
p/s: Gambar entry sebelum ini tak sharp sangat pasal kamera kompak guna maximum zoom ada goyang sikit walaupun guna IS (image stabilizer). Lagi satu, takut tangan kena sambar dari bawah sebab masatu memang masa makan encik Boya nih...
Salam mesra;
Mohd Shafie Muhamad
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Apr-2009 16:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The eye of a P R E D A T O R
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Terima kasih atas nasihat dan pandangan kawan-kawan. Alhamdulillah dapat juga saya masukkan entry yang ke-2 bagi bulan ini.
Regards;
Mohd Shafie Muhamad
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 12-Apr-2009 07:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
STRESS
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bulan lepas satu entry pun takde. Memang dah tahap malas yang amat kritikal. Buat masani saya menggantung sementara hobi fotografi yang saya minati. Idea tu ada, tapi 'passion' untuk shoot rasanya semakin berkurangan.
Mungkin stress menjadi punca utama. Mungkin saya perlukan satu percutian yang boleh kembalikan rasa tenang dan semangat untuk kembali aktif. Tapi macam mana nak cuti, krisis ekonomi sekarangni gaji pun dah kurang. Kena kerja keras. Cuma masih bernasib baik sebab tak diberhentikan kerja seperti sesetengah kawan-kawan yang lain....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 17-Feb-2009 08:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Anugerah
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Mereka kata kesalnya tiada harta...
Hidup ini sungguh membosankan...
Jika kita tidak pernah bersungguh
Mencari kemajuan mencari peluang
Kita hampa
Anugerah dari yang maha kuasa..
Dan di disi aku berdiri
Menghiburkan hati yang sepi...
Anugerah bersama melenyapkannya
Rasa bosan hanya sementara
Hayatilah anugerah kita
Musuh kita adalah sikap
Yang hadir dalam kepuraan
Di sini aku perjuangkan
Cita-cita murni yang lama terpendam
Kekuatan ini adalah anugerah pengabadian...
-Anugerah II (Exist)
Sekalung tahniah buat adikku Ika yang cemerlang dalam pelajaran...
Salam mesra;
Mohd Shafie Muhamad
|
|
|
|
|
|
| Monday, 2-Feb-2009 07:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Z o o M e l a k a
|
|
Assalaualaikum dan salam sejahtera...
Pejam celik-pejam celik dah masuk bulan Februari dah..bulan lepas hanya 1 entry saje yang ader..lama jugak tuh tinggalkan FP. Sekarang ni saya dah agak jarang pegang kamera dan juga jarang login internet sebab sejak akhir tahun lepas saya sekeluarga tinggal di rumah kedua orang tua saya jadi mungkin tahun ini agak menyepi sedikit. Akan tetapi, dunia fotografi dan FP Insyaallah tidak akan saya tinggalkan.
1hb Februari 2009, secara kebetulan nak hantar adik lelaki saya ke UiTM Lendu, Melaka, sempat jugak kami singgah ke Zoo Melaka. Dah lama niat nak menjengah, tetapi masa tak cukup pada tahun lepas. Memandangkan saya sebenarnya 'terpaksa' bercuti disebabkan cuti tahun lepas yang masih banyak, maka ini peluang baik nak melawat Melaka. Berikut adalah bingkisan dari apa yang saya sempat shoot..
Dari pintu masuk jek dah disambut mesra oleh burung-burung kat sini..
Apsal pulak mata kejam tuh..suka sangat ker orang amik gambo dier..haa yang ni pulak nak mintak aper yer?
Pakcik Badak ni pun memang sukar tuk dapatkan pose yang menarik..
Zirafah yang telah berjaya takutkan anak saya masa kat mini safari..nak jek saya cuba tangkap leher zirafah tu lepastu sembelih..brader yang jaga tempattu jeling jek..tak jadik ah..
Ini merupakan salah satu dari hasil shoot yang saya suka dan sangat berpuas hati..
Binatang kat atas ni ada bagitau kat saya.."Bang, kalau nak tengok yang versi 'tinted' jenis yang tak lepas JPJ abang cuba tengok bawah...hehehehe" (sambil menutup mulut bimbang percakapannya didengari)
Dalam banyak-banyak kandang..inilah kandang yang saya paling suka nak habiskan masa tapi bukan kat dalam le..kalau ukur saiz tapak kaki 'brader' ni kat muka memang rasanya kalau kena tempeleng mau hilang muka separuh..
Kita 'chill-out' sekejap..
Dan akhirnya kira jumpa 'brader ninja' ni..."Sorryla brader, tak dapat nak jalan laju..ni pun dah kira laju dah ni..apa-apapun terima kasih sebab datang melawat kami kat sini" katanya sambil menunjukkan isyarat 'peace'.
Saya akui kepenatan yang teramat sangat setelah mengelilingi kawasan Zoo Melaka nih..memang lepak satu badan sebab hampir 3 jam nak habiskan jalan-jalan kat dalam zoo nih..cuma saya rasa agak kecewa sebab tak bawa tripod bersama untuk kestabilan gambar yang lebih baik..
Ada tambahan lagi..saya kecewa lagi sebab tak dapat cari parking kat Dataran Pahlawan, JUSCO dan juga kawasan sekeliling bandaraya. Hajat hati nak bawa mak, adik ngan anak bini berjalan kat Kota A'Famosa, Muzium Laut dan banyak lagilah..malangnya parking penuh dan akibat keletihan berjalan kat zoo, maka terpaksalah batalkan niat murni tuh..Tapi saya berazam..lain kali, sebelum subuh dah sampai kat sana...kalau ada rezekilah..
Regards:
------------------
Mohd Shafie Muhamad
|
|
|
|