Want your
own Fotopage?










 
Mohd Shafie's FotoPage

By: Mohd Shafie Muhamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 12-May-2009 10:33 Email | Share | | Bookmark
S a r a n g B u a y a Pasir Gudang

Sarang Buaya Pasir Gudang
Sarang Buaya Pasir Gudang
Sarang Buaya Pasir Gudang

Saya berkesempatan untuk pergi ke satu destinasi menarik yang sedang dibangunkan di jajahan Pasir Gudang, Johor. Sarang Buaya Pasir Gudang bakal menjadi salah satu tempat menarik kepada pengunjung setelah ia siap dibina 100% nanti.

Terletak bersebelahan dengan Pelabuhan Tanjung Langsat ,dan berhampiran dengan kawasan pantai Pasir Layar yang juga merupakan salah satu tempat pelancongan di Pasir Gudang. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 30 minit (kalau pandu secara normal 80km/j) dari pusat bandar Pasir Gudang, anda akan disajikan dengan pembangunan kilang-kilang industri berat dan kimia di Johor sebelum anda tiba di Sarang Buaya ini. Cuma sebelum anda sampai ke destinasi, anda akan diperiksa oleh pengawal keselamatan yang bertugas di jalan utama dan diberikan pas lawatan atas tujuan keselamatan.

Sarang Buaya ini diurustadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang masih lagi dalam pembinaan kolam-kolam untuk menempatkan pelbagai spesis buaya dan juga kawasan lanskap sekitarnya. Buat masa ini hanya terdapat lebih kurang 4 kolam dan hanya 3 kolam telah diletakkan beberapa ekor buaya untuk tatapan pengunjung. Saya difahamkan pada ketika ini lebih kurang 30 ekor buaya telahpun diletakkan di sini dan jumlah ini akan bertambah setelah banyak lagi kolam yang sedang dalam proses pembinaan siap kelak.

Harga tiket masuk ke Sarang Buaya Pasir Gudang ini adalah RM8 untuk dewasa dan lebih kurang RM4 (kalau tidak silap) untuk kanak-kanak. Akan tetapi buat masa ini, harga tiket diberikan diskaun iaitu RM4 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak dan beberapa lagi kategori pengunjung termasuk pelajar sekolah dan juga IPT.

Memandangkan pembinaan kawasan ini masih dalam 30-40% siap, kawasan tempat letak kenderaan dan juga jalan masuk masih lagi berbatu kerikil dan kabin jualan tiket juga masih belum sempurna. Mungkin setelah ia siap kawasan ini akan menjadi tumpuan selain Taman Buaya Melaka (tak termasuk kolam buaya Sungai Rengit, Kota Tinggi)

Bagi mereka yang mempunyai tele-photo lens. macro lens yang baik dan juga hebat, silalah berkunjung ke sana untuk dapatkan 'shots' yang terbaik kerana kita kan berada 'dekat' dengan 'silent killer' ini.

p/s: Gambar entry sebelum ini tak sharp sangat pasal kamera kompak guna maximum zoom ada goyang sikit walaupun guna IS (image stabilizer). Lagi satu, takut tangan kena sambar dari bawah sebab masatu memang masa makan encik Boya nih...


Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

wow kat mana ni.................. Wed 27-May-2009 11:16
Posted by:azizancm azizancm@gmail.com  - [Link]
seganas manapun buaya di air ganas lagi buaya di darat- hee-hee Tue 23-Jun-2009 13:26
Posted by:siti Hawa sitihawamohamad@yahoo.com  - [Link]
::: saya sukeee gambar ekor yg mcm dinosaur tuh.. awesomeee shot!!! Sun 20-Dec-2009 06:52
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
View all 22 comments Add comment


Sunday, 26-Apr-2009 16:14 Email | Share | | Bookmark
The eye of a P R E D A T O R

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih atas nasihat dan pandangan kawan-kawan. Alhamdulillah dapat juga saya masukkan entry yang ke-2 bagi bulan ini.



Regards;


Mohd Shafie Muhamad

gigi mcm gergaji... sekali dia ngappppp Mon 11-May-2009 11:17
Posted by:ad+apex@MeMoRaBiLia ad_apex@yahoo.com  - [Link]
Wah buaya dekatnya amik.....HEhehee....tak kena gigit ker... Tue 12-May-2009 06:27
Posted by:WKS  - [Link]
omak aiii!!!
terkezut makcik tgk panahan mata sang bedal ni..kussss semangat!!
Tue 12-May-2009 11:18
Posted by:shima27  - [Link]
View all 29 comments Add comment


Sunday, 12-Apr-2009 07:55 Email | Share | | Bookmark
STRESS

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bulan lepas satu entry pun takde. Memang dah tahap malas yang amat kritikal. Buat masani saya menggantung sementara hobi fotografi yang saya minati. Idea tu ada, tapi 'passion' untuk shoot rasanya semakin berkurangan.

Mungkin stress menjadi punca utama. Mungkin saya perlukan satu percutian yang boleh kembalikan rasa tenang dan semangat untuk kembali aktif. Tapi macam mana nak cuti, krisis ekonomi sekarangni gaji pun dah kurang. Kena kerja keras. Cuma masih bernasib baik sebab tak diberhentikan kerja seperti sesetengah kawan-kawan yang lain....

bro shafie, kena pi cuti-cuti malaysia le tu. Wed 22-Apr-2009 04:37
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
kadang kadang hidup ni perlu bercuti.........badan dan otak nak pakai lama lagi.... Thu 23-Apr-2009 00:18
Posted by:SBA  - [Link]
ni foto stail lomo ke?
white balance cam kurang best skit sedara... tp kompos best... bagus!!
sorila komen i ni skadar pendapat
Fri 8-May-2009 07:38
Posted by:husmira  - [Link]
View all 33 comments Add comment


Tuesday, 17-Feb-2009 08:25 Email | Share | | Bookmark
Anugerah

 
 
 
View all 5 photos...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Mereka kata kesalnya tiada harta...
Hidup ini sungguh membosankan...
Jika kita tidak pernah bersungguh
Mencari kemajuan mencari peluang
Kita hampa
Anugerah dari yang maha kuasa..
Dan di disi aku berdiri
Menghiburkan hati yang sepi...
Anugerah bersama melenyapkannya
Rasa bosan hanya sementara
Hayatilah anugerah kita

Musuh kita adalah sikap
Yang hadir dalam kepuraan
Di sini aku perjuangkan
Cita-cita murni yang lama terpendam
Kekuatan ini adalah anugerah pengabadian...

-Anugerah II (Exist)

Sekalung tahniah buat adikku Ika yang cemerlang dalam pelajaran...



Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

Lama tak dgr kabo...?
Good entry..........................
Sun 29-Mar-2009 12:49
Posted by:mun tugimun@hotmail.com  - [Link]
Lama tak dgr kabo...?
Good entry..........................
Sun 29-Mar-2009 12:49
Posted by:mun tugimun@hotmail.com  - [Link]
Tumpang Iklan Tuan Rumah
Menerima tempahan makeup untuk Dinner/ Bertunang/ Nikah/ Sanding
Freelace Makeup Artist
June 012-3146856 / 017-2114706
http://junebeautytouch.fotopages.com/
Fri 17-Apr-2009 06:43
Posted by:june beauty touch junainah.asma@gmail.com  - [Link]
View all 38 comments Add comment


Monday, 2-Feb-2009 07:48 Email | Share | | Bookmark
Z o o M e l a k a

 
 
 
Assalaualaikum dan salam sejahtera...

Pejam celik-pejam celik dah masuk bulan Februari dah..bulan lepas hanya 1 entry saje yang ader..lama jugak tuh tinggalkan FP. Sekarang ni saya dah agak jarang pegang kamera dan juga jarang login internet sebab sejak akhir tahun lepas saya sekeluarga tinggal di rumah kedua orang tua saya jadi mungkin tahun ini agak menyepi sedikit. Akan tetapi, dunia fotografi dan FP Insyaallah tidak akan saya tinggalkan.

1hb Februari 2009, secara kebetulan nak hantar adik lelaki saya ke UiTM Lendu, Melaka, sempat jugak kami singgah ke Zoo Melaka. Dah lama niat nak menjengah, tetapi masa tak cukup pada tahun lepas. Memandangkan saya sebenarnya 'terpaksa' bercuti disebabkan cuti tahun lepas yang masih banyak, maka ini peluang baik nak melawat Melaka. Berikut adalah bingkisan dari apa yang saya sempat shoot..

Dari pintu masuk jek dah disambut mesra oleh burung-burung kat sini..



Apsal pulak mata kejam tuh..suka sangat ker orang amik gambo dier..haa yang ni pulak nak mintak aper yer?



Pakcik Badak ni pun memang sukar tuk dapatkan pose yang menarik..




Zirafah yang telah berjaya takutkan anak saya masa kat mini safari..nak jek saya cuba tangkap leher zirafah tu lepastu sembelih..brader yang jaga tempattu jeling jek..tak jadik ah..




Ini merupakan salah satu dari hasil shoot yang saya suka dan sangat berpuas hati..



Binatang kat atas ni ada bagitau kat saya.."Bang, kalau nak tengok yang versi 'tinted' jenis yang tak lepas JPJ abang cuba tengok bawah...hehehehe" (sambil menutup mulut bimbang percakapannya didengari)



Dalam banyak-banyak kandang..inilah kandang yang saya paling suka nak habiskan masa tapi bukan kat dalam le..kalau ukur saiz tapak kaki 'brader' ni kat muka memang rasanya kalau kena tempeleng mau hilang muka separuh..



Kita 'chill-out' sekejap..



Dan akhirnya kira jumpa 'brader ninja' ni..."Sorryla brader, tak dapat nak jalan laju..ni pun dah kira laju dah ni..apa-apapun terima kasih sebab datang melawat kami kat sini" katanya sambil menunjukkan isyarat 'peace'.



Saya akui kepenatan yang teramat sangat setelah mengelilingi kawasan Zoo Melaka nih..memang lepak satu badan sebab hampir 3 jam nak habiskan jalan-jalan kat dalam zoo nih..cuma saya rasa agak kecewa sebab tak bawa tripod bersama untuk kestabilan gambar yang lebih baik..

Ada tambahan lagi..saya kecewa lagi sebab tak dapat cari parking kat Dataran Pahlawan, JUSCO dan juga kawasan sekeliling bandaraya. Hajat hati nak bawa mak, adik ngan anak bini berjalan kat Kota A'Famosa, Muzium Laut dan banyak lagilah..malangnya parking penuh dan akibat keletihan berjalan kat zoo, maka terpaksalah batalkan niat murni tuh..Tapi saya berazam..lain kali, sebelum subuh dah sampai kat sana...kalau ada rezekilah..



Regards:

------------------
Mohd Shafie Muhamad

ini baru dikatakan gambor... memang cun.. tak kiralah kita pakai kamera apa pon.. janji hasilnya mantap....
teruskan usaha
Sat 28-Feb-2009 13:14
Posted by:kheirul kheirul@sawanila.com  - [Link]
paling terpukau melihat lubang idung burung itu..[tatau nama..]
"walaupon ropamu tidak ku kenal.. tatapi lobang hidongmu.. tetap menjadi pujhaan hathiku.."
Fri 13-Mar-2009 16:45
Posted by:yiyani  - [Link]
::: bro, paling best pi melaka waktu hari kerja, isnin-khamis..
::: mmg lengang takde org.. hari minggu, cuti umum & cuti
::: sekolah, sampaii rumah saya pon boleh trafficjam [huhu]
::: saya ada rumah di melaka, dekat2 dgn bandar & umbaii..
~ [huhu] kelakar plak bila saya baca artikel bro ini buat kali kedua..
Wed 29-Apr-2009 07:46
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
View all 38 comments Add comment


Saturday, 10-Jan-2009 03:53 Email | Share | | Bookmark
L a n g k a h

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Masih belum terlambat rasanya hendak ucapkan selamat tahun baru 2009 kepada kawan-kawan. Mudah-mudahan dengan kehadiran tahun baru masihi ni akan memberikan semangat untuk kita meneruskan kehidupan bersandarkan azam baru dan dengan langkah yang baru menuju kejayaan.


salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

memang kalau da otai ni..ambik foto sambil korek idum pum cantik..
minta tunjuk ajar..
Tue 27-Jan-2009 17:17
Posted by:husmira  - [Link]
Assalamualaikum bro.
dh lme la x jalan2 kt fp nie.
sje melawat.
hehe.
nnt free2 tgk la fp saya.
Thu 29-Jan-2009 07:35
Posted by:firdaus firdausnet@gmail.com  - [Link]
nice bokeh kat kakaktua Thu 12-Feb-2009 19:31
Posted by:ahmad  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Friday, 26-Dec-2008 02:53 Email | Share | | Bookmark
P A P A Y A

 



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasanya inilah entry penutup kepada tahun 2008. Itupun sebab gambar ini dah lama terperap dala PC. Sebagai penutup diari tahun ini, saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan yang berlaku sepanjang tahun ini dan mudah-mudahan kita semua diberikan keberkatan sempena menjelangnya Awal Muharram nanti. Selamat menyambut kedatangan Awal Muharram dan semoga kita diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki hendaknya.

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

selamat tahun baru bro... Tue 6-Jan-2009 14:23
Posted by:si tukang buat sushi  - [Link]
alamak!!!!
papaya mengingatkan i pada cite pepaya tu ler!!
my fav superhero yaya
selamat tahun baru bro!
Tue 6-Jan-2009 15:08
Posted by:shima  - [Link]
Pepaya & Tahun Baru????!!!
Apa kaitan eks....
hmmm......
Wed 7-Jan-2009 04:43
Posted by:LORD of SAUK  - [Link]
View all 30 comments Add comment


Thursday, 11-Dec-2008 02:14 Email | Share | | Bookmark
K e l a p a

 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terima kasih atas komen-komen kawan-kawan yang lepas. Sedikit menaikkan semangat untuk saya berjuang mempelajari teknik yang betul bagi mendapatkan hasil gambar yang terbaik .

Bagi kawan-kawan yang masih tidak mengetahui jenis kamera yang saya gunakan, saya bukanlah pengguna DSLR (Digital Single Lense Reflect) tetapi hanyalah jenis PnS (Point & Shoot) siri Powershots S5 dari Canon . Belum berkemampuan lagi untuk saya menggunakan DSLR walaupun niat di hati ingin memilikinya suatu masa nanti. Buat masa ini saya hanya mampu meminjam dari kawan-kawan untuk belajar serba sedikit penggunaan DSLR asas pengawalan lens dan focus yang amat memerlukan ketelitian bagi mereka yang mementingkan kesempurnaan .




Apa yang yang saya ingin bawakan kali ini adalah salah satu dari imej editing yang terdapat pada Powershots S5 IS kesayangan saya .

Powershots S5 IS dibekalkan dengan Mode SCN iaitu satu mode yang lebih kurang sama dengan Mode Auto, Lanscape dan Portrait tetapi ia dikhaskan untuk event special spt beach, sports, indoors, fireworks, color swapping, color ascent dan ada lagi yang saya tidak berapa ingat ( malas nak on cameralah tu)

Bagi imej yang saya paparkan di atas adalah menggunakan teknik color ascent. Saya akan memilih satu warna primer; contoh hijau buah kelapa sebagai warna utama dan secara automatik, kamera akan focus hanya pada satu warna sahaja iaitu hijau manakala yang lainnya akan menjadi hitam dan putih. Maka dengan ini, saya tidak perlu edit dalam software editing untuk menghasilkan imej seperti gambar yang pertama tersebut. Cuma kelemahannya, gambar tersebut adalah dalam mode Auto dan tidaklah ia bisa diubah setting seperti dalam mode M (manual). Teknik ini mungkin ada pada powershots S3 tetapi hanya pengguna S3 sahaja yang mampu mengesahkannya.


Buah kelapa banyak khasiat dan kegunaannya!

Tidak sedap pula jika shoot tetapi isi kandungannya tiada, maka dengan inni sedikit sebanyak saya akan dedahkan khasiat dan kegunaan Buah kelapa sebagai subjek utama kali ini.

Sebenarnya, 2 minggu saya tidak dapat update entry terbaru disebabkan saya telah di serang penyakit yang popular dengan nama Chiken Pop ataupun sesetengahnya memanggil cengkering . Dengan itu, hari-hari saya meneguk air kelapa muda untuk membantu proses pemulihan.

Air kelapa muda memang enak untuk diminum. Namun bagi saya yang mengalami chicken pop, air kelapa muda akan menjadi pahit dan kelat disebabkan oleh tindakan enzim dari air kelapa yang kaya dengan protien seperti alanin, arginin, asam aspartat, asam glutamat, histidin, fenilalanin, tirosin (susah betul nak sebut.. ) yang bereaksi dengan kuman chicken pop yang menular ke seluruh badan. Ada juga bahan mineral seperti natrium, kalium, kalsium, magnesium, besi, dan tembaga serta vitamin yang diperlukan oleh badan ketika itu seperti Vitamin C dan B.

Alhamdulillah, mujur saya amalkan minum air kelapa muda semasa orang rumah diserang penyakit ini dahulu namun saya tertewas juga dengan kuman penyakit ini setelah saya mengalami demam. Dengan minum air kelapa, saya dapat menyejukkan badan dan dapat menghilangkan sakit tekak selama 2-3 hari dan kesemua racun atau bengkak-bengkak chicken pop keluar dari tubuh. Sudah pasti saya telan antibiotik pemberian doktor untuk membunuh saki baki kuman virus penyakit ini. Cuma, malang sekali anak saya. Intan Shahirah yang baru setahun 3 bulan itu pun turut terkena. Namun, proses pemulihannya amat mengagumkan. Beliau pulih lebih cepat mungkin disebabkan antibodi dan kelebihan minum susu ibu!!

Itu baru kelapa muda..kelapa tua? haaa..makin tua makin menjadi..kelapa yang dah tua tu banyak membantu dalam masakan kita..isinya diambil untuk dijadikan santan yang pastinya sesuatu yang wajib untuk masakan berlemak seperti nasi lemak, kari, masak lomak cili api...walaupun sekarangni kita dah disarankan kurangkan lemak dan gantikan dengan susu low fat ataupun krimer, namun santan asli memang jadi pilihan. Tak percaya? bila menjelang hari raya je secara automatik harga kelapa akan naik..heheheheh..ada juga yang dibuat minyak kelapa..haaaa..ada yang masih guna minyak kelapa buat minyak rambut?

Ada satu lagi selain isi kelapa..kalau yang dah betul-betul tua ada satu benda bulat bewarna kuning kat dalam tu yang dinamakan tombong kelapa. Sangat sedap jika dimakan..Isinya putih dan rasanya manis. Sesiapa yang kenal rapat dengan buah kelapa pasti tahu apa yang saya maksudkan..

Selain itu, jika kelapa ini telah tumbuh pucuk mudanya, Jika kita cabut pucuk muda tersebut dan kopek pangkalnya, ada satu bahagian berwarna putih yang lembut dan enak jika di makan..itulah umbut kelapa. Nah, kan banyak khasiat dan kegunaan kelapa...dalan cerita survivor pon kelapa menjadi hidangan untuk survival hidup peserta di pulau...dalam dokumentari Man vs Wild pun, minyak kelapa diigunakan untuk menghindari dari sunburn (siapa yang minat life survival ala-ala komando seperti saya arr)

Sabut? sabut kelapa tu kalu diguna wat bahan bakar memang menjadi..ia masih digunakan di kampung-kampung yang masih menggunakan dapur kayu dan juga bila kenduri kawen..bukan itu sahaja sabut kelapa juga boleh digunakan sebagai berus periuk belanga..terutama untuk pengantin baru yang kena basuh periuk nasik yang hitam legam tu kalaulah masih berpeluang merasai pengalaman itu..sebab sekarang banyak dah masak pakai gas, jadi periuk kurang hitam ..ada juga yang guna katering..selamat korang..

Walau masih banyak lagi yang nak dihuraikan, cukup setakat ini ynag saya mampu. Mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata-kata. Salam Aidiladha kepada semua, harap doakan saya lekas sembuh dan maaf jika tidak dapat mengunjungi laman kengkawan buat sementara waktu ini..Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri..wassalam..




Salam mesra;

--------------------
Mohd Shafie Muhamad


Mobile Manager,
MyEcash business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com




bila nak update Mon 22-Dec-2008 09:03
Posted by:SBA  - [Link]
Xkira ape pun kamera yng anda guna, teknik anda bagus. Satu hari nanti akan tercapai hajat anda tu. Amin Thu 25-Dec-2008 14:29
Posted by:Khazimi kcg7791@yahoo.com  - [Link]
Salam Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 Mon 29-Dec-2008 22:12
Posted by:ezy  - [Link]
View all 45 comments Add comment


Wednesday, 26-Nov-2008 07:56 Email | Share | | Bookmark
R E M P A H

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...






Apalah makna masakan kita orang Asia kalau tidak berunsurkan rempah. Rasanya bukan di Asia, malah Eropah juga menggunakan rempah dan dedaunan herba dalam masakan mereka. Malah, kita juga patut berbangga kerana Melaka pada suatu ketika dahulu adalah merupakan pusat perdagangan rempah di benua Asia dan menjadi hub utama pedagang-pedagang Eropah singgah untuk mendapatkan bekalan.Di dalam kebanyakan rempah yang kita gunakan seharian mengandungi pelbagai kegunaan untuk kesihatan selain dari menjadi penyedap makanan.




Salam mesra;


--------------------------
Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad


Mobile Manager,
MyEcash business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com


wahh, cam shoot product

nice capture bang!
Sun 11-Jan-2009 04:02
Posted by:aie  - [Link]
wah..bro, cantik gambo mana u tangkap...cayalah bro Mon 12-Jan-2009 11:39
Posted by:riezal  - [Link]
very very very nice capture...realy like this pics...tabik springg..hee..kalau saye nk tanye sket ble tak??bukan sikit sebenarnye banyak nk tanye pasal fotopages coz saye baru je main fotopages ni....ade ym tak??bole kasi..just if u dont mine la... Thu 21-May-2009 19:44
Posted by:ibinfara farihan@adpost.com
View all 51 comments Add comment


Wednesday, 12-Nov-2008 02:54 Email | Share | | Bookmark
T i t i s a n

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...





Salam mesra;


-----------------------
Mohd Shafie Muhamad


Mobile Manager,
MyEcash business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com

best..best...tak semestinya kamera biasa tak boleh buat shoot menarik.....
saya dah updated..silalah...
Wed 26-Nov-2008 01:11
Posted by:norzaiti nzaz_2738@yahoo.com  - [Link]
Rasa macam dah tanya......Apa brand DSLR tuan tu...? Tue 2-Dec-2008 10:33
Posted by:Mun tugimun@hotmail.com  - [Link]
wow bro..cantik tol pics 'titisan' nih...u know wat bro?? ko bukan aje show us pics yg cantik tapi jugak pengajaran...i mean pasal ilmu yang kita ada nih..congrats !!! (muse) Tue 2-Dec-2008 23:55
Posted by:lufizo  - [Link]
View all 58 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.