Mohd Shafie's FotoPage

By: Mohd Shafie Muhamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Saturday, 14-Jun-2008 16:59 Email | Share | | Bookmark
Event: Lafaz taklik

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Dah hampir 2 minggu fp ini tidak saya kunjungi. Macam-macam hal yang berlaku dengan kenaikan harga minyak yang umumnya masyarakat sudah jelas dengan tindakan kerajaan menetapkan harga baru minyak petrol serta diesel. Begitu juga senario politik yang tidak begitu baik ketika ini yang berlaku di dalam negara memungkinkan perkara-perkara baru akan mucul di kemudian hari. Walau apapun hidup mesti diteruskan dengan tabah dan saya tidak akan menyentuh hal ini mungkin di kemudian hari jika diizinkan. Insyaallah.

Tajuk kali ini, lafaz taklik merupakan lafaz perjanjian antara suami dan juga isteri berkenaan tanggungjawab dan hak masing-masing di dalam perkahwinan. Biasanya kita pentingkan saat-saat lafaz ijab qabul itu berlangsung tetapi, lafaz taklik yang di baca sesudah aqad nikah itu selesai juga perkara yang penting. Keseronokan menempuh alam perkahwinan pada hari pertama belum tentu indah untuk 10 mahupun 20 tahun yang seterusnya. Bahkan, ada yang sudah tidak lagi tinggal sebumbung setelah 10 hari bernikah! Walaupun sudah suratan takdir, tetapi perkara ini hendaklah dijauhkan kerana Tuhan tidak menggalakkan perceraian kecuali sudah tidak ada jalan untuk berbaik semula.

Jika kita baca semula lafaz taklik itu, bagi seorang suami rasanya patut fikir semula apakah tanggung jawabnya kepada isteri dan zuriat yang lahir hasil perkongsian hidup jika ada. Tetapi, ada setengah suami yang lupa lafaz taklik ini sehingga sanggup melemparkan kata kesat dan paling teruk memukul isteri dan anak sehingga mengalami kecederaan yang serius walaupun tahu anak isteri adalah amanah Tuhan kepadanya. Ada juga yang mengambil jalan mudah iaitu dengan menjalinkan hubungan dengan wanita lain malahan dengan isteri orang pula tanpa berusaha sedikitpun untuk memperbaiki keadaan. Begitu juga halnya dengan isteri yang terlupa lafaz taklik yang diucapkan untuk taat setia kepada suami selagi tidak lari dari batas syariat. Ada yang tidak lagi tahu menghormati suami dengan meninggikan suara, mengherdik, mencaci maki suami, mengaibkan suami dihadapan keluarga dan rakan-rakan, tidak memelihara harta suami dan yang paling teruk tidak pandai menjaga kehormatan diri dengan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang kadang-kadang berstatus suami orang.

Perbuatan-perbuatan ini adalah sesuatu yang dimurkai Tuhan kerana ia membinasakan institusi kekeluargaan dan juga memburukkan keturunan sebagai umat Islam khususnya. Lafaz taklik yang dibaca serta didengari oleh hadirin hanya kekal sebagai lafaz untuk mencukupkan syarat majlis dan bukan lagi sebagai satu ingatan kepada suami dan isteri berkenaan hak dan tanggungjawab mereka jika ia tidak disemat kedalam minda dan hati. Kajian terkini menunjukkan kes perceraian adalah 1.0 kes bagi setiap seribu penduduk. Jika suami suami isteri tidak mempunyai ketahanan mental dan emosi yang cukup baik untuk menempuh dugaan alam perkahwinan, maka kemungkinan untuk menjadi penyumbang bilangan kes perceraian adalah besar.

Insyaallah, dengan ini saya berpesan untuk diri saya dan rakan-rakan supaya kembali melihat kembali perjanjian kita supaya menjadi wadah perjuangan kita hidup menuju ke arah kejayaan. Berjaya keluarga akan berjaya masyarakat. Berjaya masyarakat akan berjaya negara..

p/s: shots ini diambil keitka majlis penikahan sepupu isteri; Mohd Khairul Nizam Syah dengan pasangannya, Marlia di surau Kampung Rantau Panjang, Bukit Ramun Kota Tinggi pada 31 Mei yang lalu. Selamat menempuh alam perkahwinan.


Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

Mobile Manager
MyMode Businesss Programme
http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123


Friday, 30-May-2008 13:17 Email | Share | | Bookmark
Macro: Pengakhiran khidmatku..

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Alhamdulillah, saya sudahpun beransur sihat dan kali ini saya paparkan 1 sen sebagai subjek utama yang sebagaimana kita semua mengetahui bermula 1 April 2008, mekanisme penggenapan telah dilaksanakan bermakna setiap transaksi akan digenapkan kepada 5 sen yang terdekat. Perkara ini telah dilaksanakan diseluruh negara berkuatkuasa pada tarikh yang saya sebutkan tadi. Tetapi, menurut Bank Negara Malaysia, 1 sen masih boleh digunakan untuk pembayaran mengikut akta BNM iaitu tidak melebihi RM 2. 1 sen masih lagi dikeluarkan oleh BNM mengikut permintaan tetapi jumlahnya akan berkurangan dan kemungkinan tiada lagi permintaan pada masa akan datang disebabkan perlaksanaan mekanisme penggenapan ini.

Sepertimana wang syiling RM 1 yang telah dimansuhkan penggunaannya, ini akan dituruti oleh 1 sen yang mungkin ditamatkan perkhidmatannya sedikit masa lagi. Abah pernah cakap dengan saya, pada zaman kecil beliau, 1 sen sudah dikira cukup bertuah jika mendapatnya kerana nilainya besar pada ketika itu. 1 sen boleh diguna untuk membeli gula-gula, sepotong buah tembikai dan nilainya diguna pakai untuk membeli pelbagai barangan. Tetapi itu 50 tahun dahulu..dengan kemajuan ekonomi dan infrastruktur yang sedia ada, nilai 1 sen itu terlalu kecil sehingga kita hanya melihatnya dengan sebelah mata. 1 sen kebanyakannya hanya menghiasi tabung amal di kaunter pembayaran TNB, TELEKOM, pasaraya serta agensi perniagaan yang lain. Suatu masa nanti, 1 sen akan hanya menjadi koleksi bagi penggemar koleksi matawang dan ada yang membuangnya begitu sahaja kerana nilainya sudah tiada. Menurut BNM, orang ramai buleh menukar wang 1 sen secara percuma di mana-mana cawangan BNM negeri yang terdekat.

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager
MyMode business programme

My email: shafie_81@yahoo.com
My
Biz: http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123


Friday, 23-May-2008 10:30 Email | Share | | Bookmark
History: Sultan Mahmud Mangkat Di Julang

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Terlambat lagi saya update entry terbaru memandangkan tahap kesihatan yang kurang memuaskan di saat ini .Kali ini saya bawakan kepada anda kisah tragik antara seorang Sultan dan sorang Panglima yang amat dipercayai yang berakhir dengan pertumpahan darah. Kalau ada yang masih ingat, saya pernah menyuarakan hasrat untuk buat cover story mengenai kisah lagenda ini namun tiada berkesempatan untuk update sehinggalah sekarang. Dah lama saya shoot (kalau tidak silap bulan Ogos 2007 yang lalu) tapi entah mengapa saya tidak terlintas di fikiran untuk upload sejurus selepas itu [/black]

Kota Tinggi terkenal dengan sejarah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang ataupun nama asal baginda adalah Sultan Mahmud Syah 2. Baginda merupakan waris terakhir dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka yang berhijrah lalu membina pemerintahan di Kota Tinggi setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511. Ketika baginda ditabalkan pada tahun 1685, baginda baru sahaja berusia 10 tahun dan dalam usia yang begitu muda sebegitu baginda dibantu oleh Bendahara Tun Abdul Jalil dalam urusan pemerintahan negeri.

Pada ketika itu Sungai Johor menjadi pusat laluan perdagangan yang utama dan disebabkan itu maka kegiatan lanun sering mengancam dan mengganggu pedagang-pedagang yang menggunakan laluan ini. Laksamana Megat Seri Rama@Laksamana Bintan; disebabkan asal kelahiran di pulau itu diberi tanggung jawab untuk mengepalai angkatan tentera untuk menjaga keselamatan kapal-kapal dagang dan juga menghapuskan kegiatan lanun terutama perairan Mersing hingga ke Tanjung Penyengat dan juga Riau yang menjadi tanah jajahan kerajaan Johor ketika itu.





Pada suatu hari, baginda mengarahkan hulubalangnya mengambil buah nangka yang sedang masak ranum untul dijadikan santapan baginda. Arahan itu dituruti dan sewaktu dalam perjalanan pulang ke istana membawa sebiji buah nangka yang cukup masak, hulubalang ini dan juga penghulu yang turut sama mengiringi telah dipanggil oleh Dang Anum (setengah kisah dinamakan Wan Anum) yang sedang sarat mengandung. Dang Anum meminta buah nangka tersebut kerana dia begitu mengidam untuk memakannya tetapi permintaan itu ditolak dengan baik. Namun melihatkan keadaan Dang Anum yang sarat mengandung dan begitu mengidam untuk memakan buah nangka, dengan belas kasihan maka mereka bersetuju untuk memberikannya seulas dengan syarat kawasan buah yang ditebuk perlu ditampal semula sebelum dipersembahkan kepada sultan. Malangnya, baginda sultan menyedari buah nangkanya ditebuk apabila hirisan kulit nangka itu jatuh di atas kaki baginda sewaktu membelek-belek buah nangka itu

Baginda amat murka dan memerintahkan penghulu serta hulubalang menceritakan kejadian sebenar atau mereka akan dikenakan hukuman yang berat bulan sahaja ke atas diri mereka, bahkan seluruh keluarga mereka juga akan dikenakan hukuman. Lantaran takut atas hukuman yang akan dijatuhkan, maka mereka menceritakan hal yang sebenar dan serta merta Dang Anum diperintahkan menghadap. Dang Anum menjelaskan sendiri perihal anak dalam kandungannya yang inginkan buah nangka itu tetapi baginda tidak percaya lantas mengeluarkan perintah untuk membelah perut Dang Anum untuk melihat sendiri kebenarannya walaupun dihalang oleh bendahara.

Alangkah terkejutnya baginda kerana apa yang dikatakan oleh Dang Anum adalah benar dan baginda menitahkan kepada saksi yang berada di tempat kejadian supaya menutup mulut mereka dari bercerita mengenai kejadian itu lebih-lebih lagi kepada Laksaman Bintan yang akan pulang dari berjuang ibarat "Biar pecah di perut, jangan di mulut!". Kepulangan Laksamana Bintan membawa kejayaan cemerlang bagi sultan namun beliau kedukaan apabila mengetahui isteri kesayangan serta zuriat dalam kandungannya diberitakan sudah meninggal dunia tanpa diketahui punca. Penduduk kampung enggan bercerita atas titah sultan namun Tun Anam sahabatnya telah menceritakan perihal sultan yang telah menzalimi isterinya.



Dengan penuh dendam, maka Laksamana bersiap sedia untuk menuntut bela atas kematian isteri dan zuriatnya. Dan pada hari Jumaat pada tahun 1699, tatkala baginda Sultan di julang menuju ke perkarangan masjid, Laksamana muncul dan menggunakan peluang terbaik ini untuk menikam perut baginda hingga santak ke ulu hati. Baginda yang sedang dalam kesakitan sempat membaling kerisnya dan terpacak mengenai ibu jari (setengah kisah di buku lali) Laksamana dan beliau rebah disitu juga dan menghembuskan nafas terakhir. Sebelum mangkat, baginda bersumpah bahawa 7 keturunan Bintan tidak dibenarkan untuk memasuki Kota Tinggi dan baginda mangkat sejurus selepas itu dalam usia 24 tahun. Jenazah baginda dikebumikan di sebuah kampung yang kini dikenali dengan Kampung Makam.

Saya berjaya menjejaki saki baki keturunan Bintan ini dan diceritakan oleh AJK sebuah masjid di Gelang Patah yang mengakui beliau adalah keturunan Bintan. Namanya dan gambarnya tidak dapat saya siarkan atas permintaan dan beliau mengakui agak takut untuk ke Kota Tinggi walaupun mengakui bahawa sumpahan tersebut telahpun berakhir. Beliau juga menceritakan perihal keturunan datuknya yang menanam pokok nangka dan apabila berbuah dalamnya tiada berisi walaupun seulas pun. Pelik tapi benar.


Salam mesra;


Mohd Shafie Muhamad

My Email: shafie_81@yahoo.com





Thursday, 15-May-2008 14:47 Email | Share | | Bookmark
Food: Daging rempah lada hitam

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...





Kalini saya kekurangan idea untuk paparkan entry terbaru..shoot kalini pun separuh hati je..betul juga kata seorang photographer yang saya minat..jika tak ada passion, agak sukar nak dapat hasil yang cantik..ni tengah dok betapa nak dapatkan balik passion yang hilang..atau mungkin penat masak pastu terkejar nak shoot..hahahahaha

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

My Email: shafie_81@yahoo.com
My Biz: http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123


Wednesday, 7-May-2008 01:55 Email | Share | | Bookmark
Nature: Sunrise

Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Terima kasih atas sokongan anda semua. Memang masih rasa marah tapi dah boleh reda. Bukannya apa, sahabat semasa susah senang dahulu akhirnya menyusahkan kita tanpa diduga. Kali ini dugaannya berat sehinggakan saya berkemungkinan akan menghadapi tindakan mahkamah atas apa yang sahabat 'baik punya' ini lakukan. Mudah-mudahan beliau diberi petunjuk dan hidayah. Dosa yang beliau lakukan sebenarnya tidak akan membuatkan beliau hidup dengan jiwa yang tenteram kerana ia akan tetap menghantui sehinggalah saat terakhir beliau bernafas di muka bumi Allah ini. Meskipun beliau boleh lari dari hukum dunia, saya akan tetap menuntutnya diakhirat kelak (marah benar nampaknya ni..)

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

My Email: shafie_81@yahoo.com
My Biz: http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net