Mohd Shafie's FotoPage

By: Mohd Shafie Muhamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Monday, 24-Mar-2008 15:25 Email | Share | | Bookmark
Nature: Sinar cahayamu...

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera....




Minggu ini saya hanya berpeluang untuk merakamkan foto sinar mentari terbit lebih kurang jam 0720hrs dengan hanya menggunakan kamera henfon cap Nokia 6680 dangan ISO sekitar 250 dan aperture value 3.2. Nampak memang ada kekurangan apabila menggunakan kamera henfon nih.

Pagitu dah memang dari highway nampak sinar mentari terbit sebab biasanya pada jam 0715hrs matahari akan menampakkan dirinya. Kalini, saya dapat senario menarik sinar mentari di balek awan pagi yang berarak. Cuma kamera cap Vivitar 3780s tu pulak buat hal. Bateri habes secara tiba-tiba. Tapi tak apa, janji moment tersebut dapat dirakamkan. Cuma petang tu, kawasan pelabuhan di basahi hujan lebat tahap ribut dalam filem twister tuh.

Minggu ini jugak saya telah diserang alahan. Bintat kecil yang tumbuh di permukaan kulit terasa amatlah gatal..dang dengan kegatalan itu jugaklah, saya garuk..kruk..kruk..kruk..sehingga terasa kesedapannya..namun begitu, bintat tersebut terus membangkak dan merebak kebahagian tubuh yang lain. Wah, menggaruk tahap beruk kalini...Akibat tak tahan dengan keadaan, akhirnya saya pergi memberanikan diri berjumpa doktor untuk pengesahan. Doktor mengesahkan saya mungkin terkena alahan dari habuk ataupun gigitan serangga memandangkan saya ni jenis makhluk asing yang buleh makan sembarangan...tu yang jadik boyak tuh...



Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

My Email: shafie_81@yahoo.com
My Biz: http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123


Monday, 17-Mar-2008 13:46 Email | Share | | Bookmark
Misc: Akhirnya den terkantoi juo!!!!

 


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Sepanjang minggu yang hujan ini sempat juga saya mendapatkan gambar sunset walaupun tatkala itu hujan turun dengan lebatnya. Inilah rezeki namanya. Cuma saya tidak dapat menjengahkan keluar tingkap dan hanya shoot dari dalam kereta dek kerana hujan lebat yang mencurah-curah pada petang tersebut

Sepanjang minggu lepas juga saya telah diserang viral fever iaitu demam urat yang menyebabkan setiap sendi kedua belah tangan saya mengalami kesakitan yang amat sangat. Ia terasa menusuk hingga ke tulang dan kemudian merebak ke bahagian pergelangan tangan dan seterusnya ke jari jemari. Saya juga telah mengalami kebas tangan dan kadangkala saya tidak bisa memegang sesuatu seperti buku dengan terlalu lama kerana kesakitan apabila beban dikenakan ke atas telapak tangan. Jika sepanjang minggu itu hujan, maka saya akan terpaksa memakai baju sejuk sepanjang masa bagi mengelakkan kedua tangan saya merasa kesejukan udara dan seterusnya akan menyukarkan saya melakukan aktiviti.

Kadangkala terfikir juga, mengapa ini berlaku? Kedua belah tangan saya tidak pernah mengalami cedera kepatahan mahupun mempunyai besi yang dipasang di bahagian tulang. Dah Tuhan nak beri..sabar jelah atas ujian-Nya. Saya berlawak juga dengan rakan-rakan sekerja bahawa saya mungkin mengalami mutasi genetik dan besar kemungkinan saya ini dari spesis Wolverine (X-MAN) hahhahahahahaha



Wa terkantoi jua!!

Ini adalah satu cerita yang terjadi pada hujung minggu yang lalu sewaktu saya sekeluarga bersiap pulang ke rumah ibu mertua. Kedengaran suara jiran taman perumahan memanggil meminta bantuan untuk menangkap seekor ular yang berada di rumah sebelah. Dengan hati yang separuh berani maka saya gagahkan jua melihat ular yang berselindung di sebalik topi yang tergantung di dinding rumah jiran.

Buleh tahan juga panjangya namun saya tidak begitu arif mengenai spesis ular ini. Menyesal juga tak tengok channel Animal Planet kat Astro. Kalau tidak mungkin saya telah berjaya menjadi crocodile hunter . Dengan bantuan seorang lagi jiran, maka kami memberanikan diri dengan memasukkan ular tersebut ke dalam sebuah baldi dan menutupnya. Malang sekali, tutup periuk yang digunakan untuk menutup baldi amatlah kurang saiznya berbading mulut baldi yang tersangatlah luasnya itu dan ular tersebut terlepaslah keluar dengan jayanya sambil mengucapkan sayonara kepada kami yang cuba menangkap beliau.

Dengan tidak berputus asa, kami membuat percubaan kedua untuk menangkap beliau dengan melakukan aksi kejar mengejar ala-ala Impak Maksima yang memerlukan kepakaran drifting masing-masing untuk menangkap encik ular yang telah terlepas dari cuba memasuki rumah jiran yang lain. Sungguh cekap encik ular tersebut. Ingatkan beliau ingin menuju ke kawasan lapang di hadapan rumah, tetapi beliau dengan selambanya cuba ingin melepak di rumah orang lain.

Akhirnya, aktiviti kejar negejar ini berakhir apabila dua orang hero yang gagah perkasa berperut boroi ini berjaya menahan suspek dari menceroboh ke rumah mangsa yang lain. Suspek kemudian dihantar pulang ke kediaman asal beliau di belukar berhampiran untuk menjalani hukuman. Sebenarnya dengan aktiviti kejar mengejar suspek ini telah menyebabkan kami jiran tetangga berbual mesra setelah jarang melakukan sedemikian. Maklumlah, masing-masing sibuk bekerja..apa pun rasa bangga jugak bila berjaya masukkan suspek ke dalam baldi dengan sepantas kilat..macam tak percaya jek..hhehehehee



Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

My Email: shafie_81@yahoo.com
My Biz: http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123


Monday, 10-Mar-2008 03:20 Email | Share | | Bookmark
Model: My Shell Ferrari Collection!

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pilihanraya Umum telahpun berakhir. Kelihatan di sana sini petugas sedang bertungkus lumus menurunkan poster dan banner yang menghiasi bangunan dan jalanraya sepanjang minggu lepas. Kini kita akan kembali kepada kehidupan yang asal setelah demam pilihanraya berakhir yang menyaksikan beberapa perubahan berikutan keputusan yang agak mengejutkan. Bagi calon yang memenangi pilihanraya kali ini, diharapkan mereka akan menjadi tempat untuk kita sebagai rakyat jelata mengadu segala hal. Kotakan segala janji dalam manifesto yang dicanang-canangkan dalam tempoh berkempen yang lalu.

Bukan nak bercerita mengenai pilihanraya, tetapi nak bercerita mengenai kekecewaan saya pada hari ahad yang lepas apabila saya gagal mendapatkan shots yang terbaik sewaktu menghadiri majlis perkahwinan rakan sepejabat. Memang tidak dinafikan Johor kini mengalami hujan yang kerapkali turun sepanjang hari tetapi itu tidak mematahkan semangat untuk mengambil shoot terbaik. Kebetulan rakan sepejabat tidak mengupah Wedding Photographer, maka tempat OP ini diambil alih oleh sedara mara yang menggunakan kamera handphone sebagai senjata utama shoot. Saya pum menggapai kamera kecik cap Vivitar yang memang berada dalam poket, lantas saya shoot dan shoot tanpa menyedari setting kamera dah salah. Adake patut Exposure tahap -1.5 ? Tak patut..tak patut..

Akhirnya, inilah bingkisan yang saya dapat berikan iaitu Model kereta cap Ferari yang dibeli oleh orang rumah untuk anak..hehehe bukan untuk bapaknyer...Pinjam sekejap yer nak...




Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad


Tuesday, 4-Mar-2008 17:12 Email | Share | | Bookmark
Nature: Bingkisan dari rumah atuk

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tetiba sahaja saya teringin sekali nak update entry yang terbaru koleksi gambar yang ada dalam simpanan. Bila dah jadi rajin ni maka terbitlah entry terbaru ini. Bila dah malas esok, mungkin lambatlah nak update nanti.


Kali ini saya bawakan tajuk BINGKISAN DARI RUMAH ATUK kerana saya telah berkesempatan untuk pulang ke rumah atuk saya di Kampung Tampok Darat, Benut Pontian Johor pada sabtu dan ahad yang lalu. Kalau nak diikutkan memang malas nak berjalan-jalan ke kawasan sekitar rumah sebab terlalu letih memandu setelah 5 hari bekerja syif malam ditambahkan lagi dengan rasa mengantuk akibat daripada kekurangan tidur yang cukup.

Memang tak terlintas niat di hati nak buat shoot kat kebun belakang rumah atuk, tetapi dah alang-alang terbawa kamera dengan bateri yang hampir habis tenaga, saya shoot mana-mana yang sempat untuk menghabiskan terus tenaga bateri yang berada di dalam kamera kesayangan. Sebenarnya masa shoot ni memang time dah nak balik pada tengahari ahad sebab pagi hari melayan sepupu bermain badminton kat depan rumah. Dah lama tak bergiat dalam arena badminton, bila sekali dapat peluang, mulalah sakit segala otot tangan dan kaki. Cepat betul letih. Kurang stamina. Nampak sangatlah dah jarang bersenam!

Walau apapun, inilah bingkisan yang dapat saya paparkan buat entry kali ini. Sekitar kebun kelapa sawit atuk yang mendamaikan. Cuma nyamuk banyak je yang buat tak tahan! hahahahahah




Salam mesra:

Mohd Shafie Muhamad
My email: shafie_81@yahoo.com
MyBlog: http://360.yahoo.com/shafie_81
MyBiz:http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123


Sunday, 2-Mar-2008 16:21 Email | Share | | Bookmark
Nature: sunset and port crane

Alhamdulillah, kali ini berjaya juga saya update entry yang baru setelah seminggu mengumpulkan material terbaik yang saya ingin kongsikan untuk tatapan semua. Jika diikutkan, hampir setiap hari saya berpeluang untuk melihat matahari terbenam pada minggu lepas tanpa ada sebarang gangguan cuaca.

Akan tetapi, semuanya bergantung kepada kedudukan awan pada ketika itu. Adakalanya saya berasa hampa kerana dengan cuaca yang begitu baik pada hari itu, sehingga saya sanggup berkejar menuju ke spot kegemaran saya, malangnya saya cuma dapat rakamkan awan tebal yang berarak menutupi matahari. Apakan daya, terpaksalah duduk rilek menikmati pemandangan senja sebelum masuk waktu kerja.

Kali ini saya siarkan foto yang saya ambil pada 2 hari terbaik yang saya rakamkan iaitu pada 25&28 Februari yang lalu apabila saya berpeluang merakamkan kedudukan matahari berdekatan dengan kren pelabuhan. Rasanya imej seperti ini telahpun dapat saya rakamkan pada entry di tahun lepas. Walaupun imej matahari yeng saya peroleh tidak sebesar matahari pada entry yang lepas, namun saya tetap berpuashati apabila tahun ini saya berjaya merakamkan 2 kali dalam seminggu. Entah bila lagi saya akan dapat peluang seperti ini lagi.


25 February

28 February 2008


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net