Mohd Shafie's FotoPage

By: Mohd Shafie Muhamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Monday, 25-Feb-2008 04:29 Email | Share | | Bookmark
Sunrise untuk minggu lepas 18-21hb Feb

Kamera kecik pun jadiklah!!!

Selama 4 hari berturut-turut aku mengikuti peredaran matahari terbit di kawasan tempat letak kereta staff Pelabuhan Tanjung Pelepas..alah, pelabuhan yang masuk dalam Majalah3 hari sabtu lepas..eheh rasa bangga pulak sekejap. Walau apapun, tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya masuk TV dan kepada yang tidak berjaya, diharapkan supaya cuba lagi tahun hadapan.

Sejak saya dapat merakamkan senario matahari terbit pertama pada entry yang lepas, saya rasakan adalah baiknya jika saya teruskan mengikuti setiap perkembangan corak matahari terbit kerana bukan setiap waktu coraknya sama Ia juga bergantung kepada kedudukan awan dan masa matahari tersebut mucul.

Ada juga yang memerhatikan gelagat saya shoot pada setiap pagi. Kebetulan saya hanya menggunakan kamera kecil Vivitar yang menjadi teman setia saya walau kemana sahaja tapi rasaya saya tak ambil kisah kerana kualitinya boleh dikatakan baik.

Paling menggembirakan pada minggu lapas adalah, saya berjaya meminjam sebentar DSLR cap Canon 400D milik executif saya. Susaah juga nak mengaplikasikan manual fokus guna lens ni..maklumlah biasa guna powershots je..bila ditilik-tilik, rasanya perjalan saya masih jauh lagi untuk saya gunakan kamera DSLR seperti itu. Tunggulah, saya akan terus berusaha untuk belajar menggunakan DSLR!!!! nak beli??? nanti dulu ah.....


18hb February


19hb February


20hb February


21hb February



Mohd Shafie Muhamad
My email: shafie_81@yahoo.com
My Blog: 360.yahoo.com/shafie_81



Friday, 15-Feb-2008 19:30 Email | Share | | Bookmark
Jom pergi Melaka!



Jomlah bang gi Melaka...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah dua minggu sejak entry yang lepas barulah saya berpeluang untuk memasukkan update yang terbaru. Entahlah, kadang-kadang saya hanya singgah sahaja sebentar dan berlalu pergi tanpa membuat apa-apa pada fotopages kesayangan saya ini. Singgah di fp rakan-rakan dan log off begitu sahaja. Bila sifat malas sudah menguasai diri, maka tiada apa lagi yang boleh saya katakan. Kebanyakan gambar pun saya dah jarang masukkan editing (yang basic sahaja). Nak buat yang ala-ala graphic designer memang tak berapa pandai sebab diri sendiri dah serasi dengan kaedah photojurnal.

Baiklah, kali ini saya bawakan kisah yang terjadi sepanjang cuti Tahun Baru Cina minggu lepas. Kebetulan pula giliran saya off day pada 2 hari tersebut, maka saya sambung lagi 2 hari bermakna 4 hari saya akan menghabiskan masa dengan anak isteri tercinta. Memang tiada perancangan awal untuk kemana-mana pada hari pertama TBC. Kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja saya menghabiskan masa dengan melunaskan hutang tidur yang kerapkali tertunggak mengakibatkan sakit kepala sering berulang. Jika tidakpun pada pandangan saya, adalah lebih baik pulang ke kampung sahaja memandangkan inilah masa yang ada untuk kami sekeluarga bercuti bersama.




Memang tak disangka-sangka, pujuk rayu orang rumah untuk menjejakkan kai ke negeri Melaka, sebuah negeri yang terkenal dengan sejarahnya telah mencairkan tembok kebal malas saya. Keputusan sebulat suara diambil untuk kami memulakan destinasi ke Melaka! Perjalan kami bermula pada 1130hrs agak lembab kerana kesesakan yang berlaku di lebuhraya Skudai menuju ke Kulai membuatkan saya naik angin sementara. Memang patut saya sambung tidur sahaja di rumah dari tersekat di lautan kereta yang membanjiri kawasan lebuhraya. Namun, untuk tidak menghampakan isteri tercinta, saya tekad jua menempuh segala halangan hingga kami tiba di tol Ayer Keroh pada 1530hrs.

Mujur ada ipar yang bermastautin di Batu Berendam, jadi perjalanan kali ini rasanya akan ditaja oleh beliau. Hahaha..nak memandu sendiri ke bandar Melaka memang tak berapa pandai, takut sesat macam masa pergi ke Lendu tempohari. Sampai di rumah beliau, kami pun berehat semetara melepaskan lelah. Memang cuaca pada hari itu panas terik sepanjang jalan hingga air-cond pun terpaksa di setkan pada full blast. Lebih kurang jam 1700hrs, kami pun memulakan perjalanan ke Bandar Hilir. Memang niat saya untuk kembali melihat Kota A Famosa yang sudahpun 5 tahun saya tidak melihatnya.




Tak disangka-sangka perjalanan untuk ke kawasan tersebut juga mengalami kesesakan teruk sehinga kami terpaksa bersesak selama 1 jam untuk sampai ke tempat parking. Paling saya tidak menyangka adalah perubahan yang berlaku dikawasan sekitar Kota A Famosa ini yang rasaya agak sukar untuk saya cam berbanding 5 tahun dahulu. Tetapi agak tidak seronok kerana segenap kawasan dipenuhi dengan lautan pelancong hinggakan hendak ambil gambarpun susah. Memang terpaksa terima hakikat bahawa hari ini adalah merupakan citu umum, jadi tidak hairanlah jika kawasan ini menadi tumpuan pelancong baik dalam mahupun luar negara.

Hendak mendapatkan angle yang menarik juga boleh dikatakan agak sukar kerana di setiap sudut memang akan dipenuhi manusia dengan tujuan yang sama. Barangkali jika saya pergi di waktu bukan cuti umum ataupun hari minggu, mungkin saya akan mendapat sedikit ketenangan dan angle yang lebih menarik.




Memang tak sangka banyak perubahan yang berlaku. Dahulu, di kawasan kota A FAmosa yang menghadap ke Mahkota Parade akan diselangi dengan padang rumput yang menghijau dan terdapat kereta lembu yang akan menunggu penumpang. Tetapi kini, kawasan tersebut telapun berubah menjadi tempat membeli-belah yang dinamakan Dataran Pahlawan. Abang beca pun dah maju..siap ada radio dengan hon yang mengalahkan hon lori pun ada!. Masa memang mencemburui kami. Lawatan lebih kurang sejam memang tidak berapa cukup untuk memuaskan hati. Paling utama, saya tidak dapat angle terbaik untuk shoot. Saya hilang fokus dek kerimasan dalam lautan pelancong asing yang berpusu-pusu datang. Sementara badan pun dah letih, maka kami pulang ke rumah ipar setelah bersantap di McDonald.



Malam itu ingatkan nak merasa kesedapan asam pedas dengan ikan bakar Melaka, tetapi rasanya badan ini sudah tidak larat untuk digerakkan ke mana-mana. Maka saya pun terlena walaupun pada ketika itu filem Tan Sri P Ramlee yang menjadi kegemaran sedang ditayangkan di kaca TV. Keesokkan harinya, saya sekeluarga berkemas pulang dan sebelum itu, sempat juga ipar saya membawa kami ke pasar besar di Melaka Sentral untuk membeli ole-ole. Apalagi kalau bukan cencaluk dan belacan!! Yang pasti, pasar ini memang dipenuhi oleh pelancong terutama dari Singapura. Kami bertolak pulang ke Johor sejurus selepas itu dan menuju ke rumah orang tua kami.



Selamat harijadi sayang

09hb February, satu sambutan harijadi mini untuk isteri tercinta. Selamat harijadi sayang. Terimalah kek coklat yang ada strawberi kegemaranmu. Abang dah bawak jalan pergi Melaka kan.....itulah hadiahnya!! hahahahaha..mungkin kita akan kembali menjejaki Melaka dan menginap lebih lama untuk merasai keindahan Melaka...(eleh, Johor pun tak habis pusing lagi)


Salam Mesra,

Mohd Shafie Muhamad

My Email: shafie_81@yahoo.com


Friday, 1-Feb-2008 16:12 Email | Share | | Bookmark
Sinar

sinar


Adakah lagi sinar esok...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini saya ingin paparkan mengenai sinar mentari di sebalik kepulan awan sewaktu saya sedang mengambil foto matahari terbenam. Pada hari itu saya tidak adapat melihat fenomena matahari terbenam disebabkan kepulan awan besar yang menutupi pandangan pada petang itu. Cuma yang kelihatan adalah sinaran cahaya yang berjaya menembusi kepulan awan tebal menerangi bumi pada petang itu. Pada saya, itu juga adalah suatu fenomena yang menarik dan tidak sepatutnya saya lepaskan begitu sahaja tanpa detik itu di rakamkan untuk kenangan di masa hadapan.

Setelah saya amati betul-betul kejadian ini, saya berfikir bahawa bukan setiap hari hidup kita dilimpahi dengan kegembiraan. Adakalanya kita diuji dengan pelbagai musibah yang sememangnya tidak kita jangka dan ianya dalam pelbagai bentuk dan cara. Antaranya diuji dengan penyakit, diuji dengan beban kewangan, kehilangan harta benda mahupun nyawa orang yang tersayang. Bukan itu sahaja, hatta kemewahan itu juga merupakan ujian kepada kita yang diberikan oleh Tuhan kepada kita untuk memperlihatkan adakah kita ini seorang hamba yang bersyukur. Dari situ, adakah lagi sinar untuk hari esok? sama-sama kita fikirkan...

Setting yang saya gunakan adalah seperti berikut:

Camera: Canon Powershots S5 IS
Exposure: -1 1/3
AV: 4.0
ISO: 80
Shutter: 1/640


Salam mesra

Mohd Shafie Muhamad
Email: shafie_81@yahoo.com



Pautan menarik:

Membongkar rahsia Teknik Niche: Klik Di sini
Mahukan website sendiri? : Klik Di sini
Alahai Pak Usop: Klik Di sini


Thursday, 24-Jan-2008 07:19 Email | Share | | Bookmark
Matahari Terbit

Matahari Terbit di PTP


Peluang yang muncul secara tiba-tiba!

Tidak pernah saya terfikir untuk mendapatkan shot sewaktu matahari terbit. Rasanya inilah mungkin permulaan yang baik untuk mempelajari sesuatu yang baru iaitu meneroka rahsia matahari terbit. Kebetulan pula pada hari ini saya telah mendapat sesuatu yang baru iaitu STREMYX yang baru di pasang pada pagi tadi. Gembira jugalah sejak setahun menunggu, barulah saya menerima apa yang saya hajatkan. Tidak bermakna TM prepaid yang saya gunakan selama ini saya lupakan kerana banyak jasanya telah ditaburkan sepanjang setahun penggunaannya. Apapun, setting camera adalah seperti di bawah:

Camera: compac Vivitar 3780's
AV: -1.5
Mode: Landscape
Shutter Speed: Auto
W/B: Auto
Location: Pelabuhan Tanjung Pelepas


Salam mesra'

Mohd Shafie Muhamad
Email: shafie_81@yahoo.com



Pautan menarik:

Membongkar rahsia Teknik Niche: Klik Di sini
Mahukan website sendiri? : Klik Di sini
Alahai Pak Usop: Klik Di sini


Thursday, 17-Jan-2008 15:23 Email | Share | | Bookmark
My 1st sunset on the 1st Muharram 1429H!

 
 



Selamat datang ke tahun baru!

Tiada ucapan lain melainkan syukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi dapat menyambung nafas di tahun 1429H dan dapat menyaksikan panorama menarik ini!

Saya hanya menggunakan kamera compac Vivitar 3780s dengan exposure sekitar -1.5 beserta tripod. Akhirnya, saya dapati gambar yang dihasilkan adalah lebih baik dari yang gambar yang saya pernah ambil pada awal kemunculan saya di fotopages ini. Banyak yang belum saya teroka mengenai kamera kecil saya walaupun dah hampir 2 tahun menggunakannya. Cuma kelemahannya adalah perlukan bateri simpanan yang mencukupi. Lagipun bateri yang digunakan adalah saiz AAA!!! alahai...mahal plak tu berbanding bateri kamera biasa yang hanya menggunakan saiz AA sahaja.

Salam mesra'

Mohd Shafie Muhamad
Email: shafie_81@yahoo.com



Pautan menarik:

Membongkar rahsia Teknik Niche: Klik Di sini
Mahukan website sendiri? : Klik Di sini
Alahai Pak Usop: Klik Di sini


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net