Mohd Shafie's FotoPage

By: Mohd Shafie Muhamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Thursday, 10-Jan-2008 05:38 Email | Share | | Bookmark
Bang..minyak masak dah habis..

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat menyambut Awal Muharam 1429H. Mudah-mudahan segala amalan kita sepanjang tahun yang lalu diterima Tuhan hendaknya. Semoga dengan ketibaan tahun baru akan memberikan satu semangat yang baru untuk menempuh segala cabaran dan halangan yang datang.


Minyak masak dah habis!

Baru-baru ini seluruh Negara dikejutkan dengan berita mengenai kehabisan stok minyak masak paket dipasaran. Memang tidak menyangka bahawa bekalan minyak paket yang biasanya mudah didapati di mana-mana kedai runcit kini makin sukar diperolehi.Tinjauan saya dan rakan-rakan semasa krisis minyak mendapati ada sebilangan pasaraya yang telahpun kehabisan stok minyak masak. Ini bermakna bekalan minyak masak akan menghadapi nasib yang sama seperti bekalan gula, tepung serta beras seperti yang terjadi pada tahun-tahun yang sudah.



Kenapa ia berlaku?

Tidak dapat dipastikan sebab utama mengapa ia berlaku. Jika mengikut logik, bekalan minyak masak memang mencukupi untuk kegunaan seluruh negara. Negara kita merupakan antara pengeluar utama minyak sawit di dunia!. Memeng menghairankan apabila keadaan ini berlaku di Negara kita. Media melaporkan beberapa perkara yang menjadi punca kepada kekurangan bekalan minyak masak. Antaranya penyeludupan di sempadan terutama di utara tanah air. Sebenarnya, perkara ini sudah lama didedahkan. Walhal perbuatan ini telah lama berlaku dan mungkin tindakan untuk membanterasnya adalah agak sukar . Jika difikirkan kembali, mengapa dari dahulu bekalan minyak masak tidak berkurangan sedangkan ada segelintir dari rakyat kita menyeludup minyak keluar Negara?. Berbanding dengan kawasan selatan tanah air, ada yang mengandaikan bekalan berkurangan disebabkan bekalan kita telah dibeli dengan kuantiti yang banyak oleh warga negara jiran. Kalau kita fikirkan, itu sebenarnya satu keuntungan kepada ekonomi negara kerana pengaliran wang masuk adalah dalam jumlah yang banyak datangnya dari mereka ini. Pihak yang berwajib juga merumuskan kemungkinan hari perayaan yang berlaku secara serentak menyebabkan bekalan semakin berkurangan. Bukankah mereka sepatutnya bersadia dalam menghadapi situasi seperti ini yang mana permintaan akan bertambah setiap kali musim perayaan?



Apa langkah untuk mengatasi?

Pihak kementerian telah berjanji bahawa bekalan akan pulih dengan meminta pihak pengilang minyak masak melipatgandakan pengeluaran. Mereka juga telah melaksanakan had pembelian minyak masak kepada 5kg bagi setiap pengguna. Bagi pengguna itu mungkin membebankan tetapi itu mungkin cara terbaik yang mereka fikirkan sesuai untuk menangani huru-hara yang berlaku di setiap pasaraya. Pihak kilang pula menafikan andaian bahawa mereka gagal memastikan pengeluaran yang mencukupi sedangkan mereka telah mencapai had pengeluaran yang maksimum dan menuding jari kepada lembaga minyak yang bertanggungjawab menetapkan had pengeluaran mereka sehari.
Sebenarnya , ada perkara yang kadang-kadang bermula dengan khabar angin dan menjadikan rakyat serta merta dalam keresahan. Maka masing-masing akan mula berpusu-pusu menyimpan stok sebelum ianya menjadi kenyataan. Ini akan menyebabkan kekurangan stok akan berlaku. Banyak yang perlu kita pelajari dari isu yang sama dari tahun yang sudah. Apa yang kita harapkan semoga perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang. Mungkin adalah lebih baik jika saya mengetahui cara memproses minyak sawit menjadi minyak masak, maka saya akan prosesnya sendiri dan tidak perlu membeli di kedai lagi!


Salam mesra'

Mohd Shafie Muhamad
Email: shafie_81@yahoo.com



Pautan menarik:

Membongkar rahsia Teknik Niche:Klik Di sini
Mahukan website sendiri? : Klik Di sini[b]
Kisah Adik:[b]Klik Di sini



Tuesday, 1-Jan-2008 18:50 Email | Share | | Bookmark
Selamat tinggal 2007

 


Suka duka sepanjang 2007

Alhamdulillah, setakat ini usia dipanjangkan Tuhan kepada kita untuk menyambung penghidupan bagi tahun yang seterusnya 2008. Ini bermakna segala suka dan duka pada 2007 telah kita tinggalkan dan ia hanya akan menjadi kenangan tidak mengira sama ada ianya kenangan pahit ataupun manis. Bagi setiap orang, pengalaman yang ditempuhi sepanjang 2007 adalah berbeza bergantung kepada penilaian masing-masing dan cara penerimaannya.

Bagi saya, tahun 2007 meninggalkan sedikit sebanyak kenangan yang tidak mampu saya lupakan. Antara yang terindah ialah kelahiran puteri sulung tersayang pada 1 september 2007 yang lalu. Bagi saya dan isteri, ia merupakan hadiah sempena ulangtahun pertama perkahwinan setelah menanti dengan penuh sabar menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran dalam membina keluarga. Selain itu juga 2007 menyaksikan senjata terbaru yang saya berjaya miliki; Canon powershots S5 IS akhirnya dalam genggaman. Begitu juga tahun ini saya telah berjaya membawa kereta yang berusia13 tahun mendaki Genting Highlands, menempuh perjalanan panjang ke Pahang dan yang terakhir sekali ke Melaka. Sayang betul dengan kereta itu.

Itulah antara kenangan yang sempat saya ceritakan. Yang lainnya telahpun termuat di dalam fotopages ini. Semoga tahun 2008 akan memberi lebih banyak rezeki, diberi kesihatan yang baik untuk diri dan keluarga serta dipanjangkan umur. Begitu juga dengan warga fotopages semua. Selamat Tahun Baru 2008!


Salam mesra'

Mohd Shafie Muhamad
Email: shafie_81@yahoo.com



Pautan menarik:

Membongkar rahsia Teknik Niche: Klik Di sini
Mahukan website sendiri? : Klik Di sini


Tuesday, 1-Jan-2008 09:28 Email | Share | | Bookmark
Matahari terbenam yang terakhir 2007

 
 
 
View all 6 photos...




Misi penutup 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bagi menutupi misi bagi tahun 2007, saya paparkan 'photo shoot' matahari terbenam di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah pada 29hb disember yang lalu. Bukan mudah untuk mendapat peluang seperti ini kerana pada masa itu saya masih tercari-cari bahan yang sesuai untuk dimuatkan di dalam fotopages ini. Kebetulan pula giliran bekerja di syif malam dan jalanraya menuju ke pelabuhan agak lengang jadi saya mempunyai banyak kesempatan untuk merakamkan saat yang menarik ini. Saya selalu mengira bila detik seperti ini akan tiba disebabkan agak lama tidak melihat senario matahari terbenam sejak dari hari raya Aidillfitri yang lalu.

Saya berasa agak hampa kerana kali ini saya hanya menggunakan kamera digital Vivitar kecil yang selalu saya bawa kemana sahaja kerana ia lebih mudah dibawa dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Kamera Canon Powershots hanya saya bawa jika ada tujuan selain daripada bekerja. Namun begitu, sebenarnya kamera bukanlah menjadi masalah, tetapi bagaimana cara kita merakam detik itu adalah penentunya. Saya pernah terfikir bahawa setiap kali saya berhenti di tepi jalan dan keluar dari kereta untuk mengambil gambar matahari terbenam akan dipandang pelik oleh setiap orang yang lalu lalang. Tetapi jangkaan saya silap, ada juga yang mepunyai minat yang sama seperti saya malah, ada yang sanggup mengambil gambar tanpa sempat memberhentikan kereta! (harap jangan ulangi perbuatan yang merbahaya ini).

Walau bagaimanapun, inilah detik yang sempat saya rakamkan dan semoga akan berjumpa lagi dengan detik yang lebih indah ditahun 2008!


Salam mesra dari;

Mohd Shafie Muhamad
Email: shafie_81@yahoo.com






Wednesday, 26-Dec-2007 05:14 Email | Share | | Bookmark
Universiti Teknologi MARA kampus Alor Gajah, Melaka

 


UiTM kampus Alor Gajah, Melaka

Universiti Teknologi MARA kampus Alor Gajah , Melaka telah ditubuhkan sejak tahun 1984 dan terletak di Jalan Lendu, lebih kurang 5km dari pekan Alor Gajah, Melaka Bandaraya Bersejarah. Ini merupakan sedikit pengetahuan sejarah yang dapat saya catitkan ketika saya menjejakkan kaki ke bumi Melaka. Lima tahun saya tidak berkunjung ke negeri ini dan rasanya banyak jalan yang saya sudah lupakan terutama destinasi menarik yang saya pernah kunjungi dahulu.



Janggal

Pada mulanya agak janggal memandu di kawasan Alor Gajah ini untuk mencari lokasi sebenar UiTM di sini. Memandangkan tujuan asalnya adalah untuk menghantar adik ketiga untuk mendaftar bagi sesi kemasukan pelajar baru di sana. Saya bersama isteri dan anak serta kedua ibu bapa dan adik bongsu turut serta dalam perjalanan ke sana pada 23hb Disember yang lalu. Tergambar riak wajah gembira adik ketiga apabila diterima masuk ke UiTM setelah beberapa kali kecewa dalam permohonan memasuki universiti awam. Jurusan Diploma Seni Halus Fakulti Seni Lukis dan Seni Teka menjadi pilihan dan kursus ini merupakan salah satu bidang yang agak mencabar minda dan kreativiti seorang siswa. Agak berbangga apabila seorang adik menuruti jejak saya menjadi warga UiTM walaupun di kampus dan fakulti yang berlainan. Saya pernah belajar di Shah Alam dan kini adik pula di Melaka. Minggu Wawasan Siswa akan ditempuhi selama seminggu menjadi agenda utama setelah semua pelajar baru selesai mendaftar untuk mereka mengenali misi dan visi universiti serta lokasi tempat mereka belajar dan tinggal selama mereka menuntut di sana.



Keletihan

Ketika hendak meninggalkan UiTM, wajah kedua ibu bapa agak berubah kerana seorang anak mereka akan tinggal berjauhan buat sementara waktu. Ini bukan kali pertama adik ketiga tinggal berjauhan, malah ketika di PLKN sendiri dia telahpun dididik untuk hidup berdikari.

Saya mempunyai rancangan lain iaitu menjelajah ke tempat-tempat menarik di Melaka, malangnya keadaan jalan yang agak sesak terutama ke kawasan-kawasan yang menarik di Melaka ditambah lagi sudah agak lupa jalan-jalan di bandaraya membuatkan masa tidak mencukupi untuk kami berada di Melaka. Insyaallah, jika ada kelapangan mungkin kami akan kembali lagi ke Melaka untuk melawat tempat-tempat menarik sekitar Melaka.

Rasa letih sepanjang perjalanan membuatkan saya agak mengantuk setelah menjejakkan kaki ke rumah kedua ibu bapa. Walaupun begitu, selamat menjadi warga UiTM kepada adik Uda. Semoga impian anda akan tercapai!




Wednesday, 12-Dec-2007 10:31 Email | Share | | Bookmark
Misi: Cari Kerja

 


Misi Penting

Assalamualaikum dan salam sehahtera,
Minggu ni aku mempunyai misi terbaru iaitu menemani isteriku mencari pekerjaan yang baru. Banyak juga permohonan yang telah dihantar dan bermacam kerenah penemuduga yang telah kami jumpa. Peluang kerja banyak, tetapi kalau masih belum ada rezeki, apakan daya. Syukur Alhamdulillah, akhirnya dapat juga peluang itu.


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net