Want your
own Fotopage?










 
Mohd Shafie's FotoPage

By: Mohd Shafie Muhamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Monday, 3-Nov-2008 03:37 Email | Share | | Bookmark
C a h a y a

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Kembali semula menjalani kehidupan normal setelah tamatnya sebulan beraya. Penghujung bulan banyak dihabiskan dengan menghadiri jamuan makan-makan selain dari jemputan perkahwinan rakan-rakan dan saudara mara.

Minggu ni saya nak bawakan satu lagu yang asyik terngianng-ngiang kat telinga sayani sepanjang bulan puasa yang lalu. Memang lagu yang agak lama kita tak dengar. Tiba-tiba pulak termasuk dalam list Winamp kat ofis. Lirik dan melodinya memang dari kategori rock tapi masih boleh layan lagi..jangan risau..Memang ada maksud yang tersembunyi dalam lirik lagu ni yang menyentuh perasan..

Saya pun tak tahu kemanakah kumpulan GIEGIEL ini sekarang tapi walau apapun mereka dah bawa lagu ini dengan baik.


Salam mesra;


-------------------------------
Mohd Shafie Muhamad


Mobile Manager,
MyEcash business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com

saya budak baru belajar..kagumm Fri 14-Nov-2008 23:54
Posted by:fatimah fatimah_zm@yahoo.com
chomeyh... hheheeh... Mon 24-Nov-2008 16:54
Posted by:lilo unisel_g@yahoo.com  - [Link]
Retro Artkids Enterprise merupakan pembekal bekalan pakaian bundle kepada sesiapa sahaja yang ingin mula belajar berniaga @ pembekal kepada peniaga-peniaga dengan kadar harga yang rendah dan berpatutan.Retro Artkids Enterprise hanya menjual pakaian berjenama gred A Original JAPAN & USA sahaja.kami hanya menjual barang KEPALA- KEPALA SAHAJA.kualiti menjadi keutamaan kami..

PRICE LIST

* NO 1 SELUAR JEANS MISAI KUCING - USA-100KG-RM4700
* SELUAR JEANS LELAKI BIRU - JAPAN - 100KG - RM4300
* SELUAR JEANS BELL BOTTOM - USA - 100KG - RM6300
* NO 1 SELUAR JEANS LEVIS 501 - USA - 100KG - RM3000
* SELUAR JEANS PEREMPUAN SPECAIL - JAPAN + USA- 100KG - RM1700
* SELUAR JEANS LEVIS PEREMPUAN - JAPAN + USA - 100KG - RM2500
* SELUAR JEANS SAIZ BESAR - USA - 100KG - RM1300
* SELUAR JEANS POKET BANYAK - JAPAN + USA - 100KG - RM3000
* SELUAR PENDEK POKET BANYAK - JAPAN - 100KG - RM1900
* SELUAR PANJANG POKET BANYAK - JAPAN - 100KG - RM1700
* SELUAR SLACK DOCKERS - USA - 100KG - RM1700
* SELUAR COTTON - JAPAN + USA - 100KG - RM1200
* SELUAR PENDEK BOXER - JAPAN - 100KG - RM1400
* SELUAR JEANS PENDEK - USA - 300HELAI - RM850
* SELUAR JEANS PENDEK KEPALA KAIN - USA - 150HELAI - RM2300
* JEANS SKIRT DEWASA - JAPAN + USA - 120HELAI - RM1000

PRICE LIST

* T-SHIRT TEBAL LENGAN PANJANG BEJENAMA - USA - 50KG - RM600
* T-SHIRT SUKAN SPECIAL - JAPAN + USA - 100KG - RM2300
* T-SHIRT LENGAN PENDEK - JAPAN + USA - 100KG - RM2300
* KEMEJA JEANS BIRU GELAP - JAPAN + USA - 100KG - RM3300
* NO 1 KEMEJA - JAPAN + USA - 100KG - RM1700
* NO 1 JACKET DEWASA - JAPAN + USA - 100KG - RM1700
* NO 1 JACKET SALJI TEBAL - JAPAN + USA - 100KG - RM1400
* JACKET JEANS BERJENAMA - JAPAN + USA - RM1500
* JEANS OVERALL - JAPAN + USA - 100KG - RM1300
* JEANS COVERALL - JAPAN + USA - 100KG - RM1400
* SAPU TANGAN - USA - 45KG - RM2000


100kg T-SHIRT = 500 HELAI
100KG JEANS = 150 HELAI

*Kadar keuntungan BERSIH bagi 1 bales diantara RM3000 - RM6000

*Kos penghantaran bundle besar RM50 dan RM35 bagi bundle kecil.

*Bekalan pakaian bundle hanya dijual kepada peniaga semenanjung malaysia sahaja.

Thanks and regard

Retro Artkids Enterprise -
+6013 - 9140 888 / +6017 - 288 5551
retroartkids@gmail.com
http://pockids.wordpress.com/4sales/
Thu 1-Jan-2009 16:10
Posted by:nazri retroartkids@gmail.com  - [Link]
View all 38 comments Add comment


Sunday, 26-Oct-2008 16:26 Email | Share | | Bookmark
k a w e n - k a w e n 2

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...




Hari minggu, 26hb oktober 2008 saya mendapat satu lagi jemputan dari salah seorang sahabat yang pernah menjadi tag team ( bukan dalam wrestling WWE) di ofis suatu ketika dahulu. Mohd Nazir aka Dol @ Cho (kena sengau sikit sebutan tuh!) telahmun menemui jodohnya dengan seorang gadis yang bernama Hernie. Hernie ni pulak anak kepada bekas majikan tempat orang rumah saya bekerja dahulu jadi kiranya dua-dua pun saya dah kenal...hahahahhahaa

Kisah perkenalan diorang ni malas saya nak ceritakan..sebab biasalah kerja di dalam department kami melibatkan hubungan dengan pelanggan jadi bila dah sangkut, angkat sekalilah terus...(macam kena kat diri sendiri jek...). Bertuahnya badan bila Hermi kini berada dalam syarikat yang sama jadi Dol akan beruntung bila dapat bonus sama-sama, gaji pon sama-sama...

Walau apapun kepada bapa pengantin, Encik Shamsudin, tahniah..sedap nasik yang dihidangkan...siap bertambah lagik..apa taknya, mingguni kerja malam, jadik balik kerja dapatla lelap sejam dua lepas tu travel dari Pasir Gudang terus ke Gelang Patah. Tak sempat nak tengok engko sanding sebab asyik makan jek...balik rumah mata dah ngantok balik...Intan Shahirah plak buat perangai..hmmmm


Saya pun tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni FP makin susah untuk dikunjung..apakah masalah server ataupun streamyx ni yang dah makin lembab?? Adakah hijrah itu jalan terbaik?? Saya masih sayangkan FP ni..



Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad


Mobile Manager,
MyEcash business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com

musim kawen skrg ni bro... Fri 31-Oct-2008 04:32
Posted by:SyaidulAzam syaidul@yahoo.com.my  - [Link]
sgt santek itu gambar.... Tue 4-Nov-2008 02:03
Posted by:shiemz shiemz82@gmail.com  - [Link]
Congrats !!! Tue 4-Nov-2008 09:54
Posted by:faizalwahab  - [Link]
View all 24 comments Add comment


Tuesday, 21-Oct-2008 01:26 Email | Share | | Bookmark
K a w a n - k a w a n k a w e n..19hb Oct

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dua minggu jugak tak login Fotopages..bulan syawal ni jadual padat betul dengan aktiviti berkunjung ke rumah rakan-rakan dan jiran tetangga. Mujur pada bulan yang mulia ni dapat off hari minggu, jadi tak adalah sebarang masalah untuk bergerak ke sana kemari. Ini bermakna anak saya, Intan Shahirah akan berjalan-jalan pada setiap hujung minggu ...ibunya pun sama juga..

Selain dari mengunjungi rumah rakan-rakan sejawat, rumah bos, jiran-jiran dan saudara mara, saya juga turut menerima undangan majlis perkahwinan rakan-rakan yang pernah menjadi partner kat ofis. Disebabkan dah berminggu tak pegang kamera, maka banyak shots yang memang tak boleh pakai..tetiba jek kepala bleh blur ..biasa dengan nature dan steady shot tapi bila masuk bab wedding memang kantoi..dengan cuaca yang mendung beserta hujan lebat mengiringi majlis 2 orang rakan saya ni, maka inilah yang terbaik boleh saya hidangkan...(ke itu alasan sebab kena dukung anak masa shoot! wakakakaka)

Mohd Fadzil & Rodziah, Taman Cempaka Kempas





Fadil ni pernah jadi 'cikgu ' masa saya baru masuk kerja dulu. Sampailah sekarangni bila sama-sama dah jadi supervisor. Masa saya eksiden dulu dan takder transport pun dialah kawan yang tolong tumpangkan pergi keje..dah kawen pun. Rasanya dia bercinta dengan orang rumah dia ni lama dah..Sorry lah Fadil, banyak shots yang tak menjadilah..hujan lebat plak masa nak datang kat majlis ngko nih. Walau apapun, selamat pengantin baru yer..Tahniah kepada pakcik Suberi atas kehadiran menantu dalam keluarga anda!!



Haji Khairul Bakhtiar & Nur Saliha- Dewan Tarom Johor Bahru






Bad dapat Saliha???Haha..inilah pengantin yang saya rasa bangga sangat. Sebab apa, sayalah orang yang meracun beliau supaya kawen pada tahun ini juga. Haji Khairul Bakhtiar atau senang dipanggil Bad dikalangan rakan-rakan pernah menjadi rakan setugas di ofis. Alhamdulillah, berkat racun yang boleh tahan juga bisanya, telah menusuk ke jiwa beliau sehingga mempunyai keberanian untuk melamar Saliha untuk menjadi permaisuri hati beliau. Cuma maaflah Bad, kitorang pergi rumah Fadil dulu jadi taksempat nak tengok engko sanding. Walau apapun, sendi lembu ker kambing masak kurma ke kari saya pun tak tahu memang sedap..kira-kira macam gearbox jugaklah..tahniah juga kepada AZ saloon & Bridal..:Tahniah kepada Haji Musa sebab dapat menantu sulung..Lagi satu..siapa sangka teka teki siapa yang dapat Saliha dah terjawab! Haji Bad yang punya!!!!!!




Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad


Mobile Manager,
MyEcash business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com

yg penting menghadirkn diri
sampai lambat tu takleh nk cakap aper la kan
maner tau tenagh2 jln tu sangkut jem ker aper ker
and still pic num1 tu smart
Sun 26-Oct-2008 07:59
Posted by:faried  - [Link]
Memang busy betul jadinya bro ni Mon 27-Oct-2008 04:54
Posted by:baning  - [Link]
ha..igt lagi pun kat kite..
ye la..akhirnye..
wah..best2 gambar die dlm fp..
rajin2 r bg komen eh..
byk nk tny ni..ape2 sy emel k!
nnti bg no phone..
bile sy blk kota leh r korek ilmu ni..
Tue 11-Nov-2008 12:02
Posted by:eZy ezi_81@yahoo.com  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Monday, 13-Oct-2008 03:53 Email | Share | | Bookmark
Best ker beraya kat tempat kerja???

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,




"Bang, bestker beraya kat tempat kerja?"

"Apa yang tak bestnyer, kan itu tempat kejer kita mencari rezeki..sama je bagi abang"

"Abistu abang tak balik kampung?"

"Balik..mungkin masa off nanti..kenapa?"

"Tak rasala meriah beraya kat kampung bersama keluarga.."

"Alah..dah tugas untuk negara..abangpun dah biasa kerja time raya..jadi tak kisah sangat.."

"Bukanke raya tu setahun sekali?"

"Memanglah..eh, awak sibuk tanya abang tapi awak duduk kerja kat tol time rayani buat aper?"

"Eheh bang..kalau takder jurutol camner nak kutip duit tol bang..."

"Hah..sendiri mau ingatla....selamat hari raya!!"

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad


Mobile Manager,
MyEcash business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com

oi singgah2 la kat akunya blog Sat 13-Dec-2008 04:23
Posted by:unnamed  - [Link]
salam sejahtera shafie..bila nak ajak aku ngeteh kat pasir putih..bole jugak kita borak borak pasal fotograpi.kau tinggal kat PG ke? Sat 13-Dec-2008 04:27
Posted by:Halidi multi modal PG kudworkshop@gmail.com  - [Link]
uaaarggghhhhh Sat 13-Dec-2008 04:33
Posted by:mat PM  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Wednesday, 1-Oct-2008 15:49 Email | Share | | Bookmark
S a l a m A i d i l f i t r i . . .

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Keampunan dipinta...

Untuk menyucikan jiwa..

Dari perasaan yang tulus dari hati..

Dari saya, mshafie untuk anda..salam Aidilfitri..


p/s; Tahun ini kena beraya di ofis. Jadi kepada mereka yang tutur bekerja pada hari raya, usah bersedih kerana kita sebenarnya berkhidmat untuk negara!


Salam Aidilfitri;

Mohd Shafie Muhamad


Mobile Manager,
MyEcash business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com

salam lebarannn.. Sat 11-Oct-2008 17:01
Posted by:Conan_skywalkeR  - [Link]
Re: dia kene reject filem tu ..... tu yang frust terjun laut kat Langkawi Mon 13-Oct-2008 00:21
Posted by:baning  - [Link]
cantiknya silhouettes.... Sun 19-Oct-2008 12:22
Posted by:RazaQQ dreamcast8280@yahoo.co.uk  - [Link]
View all 47 comments Add comment


Friday, 19-Sep-2008 07:46 Email | Share | | Bookmark
Melangkah ke pertengahan Ramadhan

 
 
 
Assalamuaalaikum dan salam sejahtera...




Berjumpa lagi dalam entry yang terbaru. Seperti entry pada tahun lepas saya telah paparkan wajah bulan penuh sewaktu 15th Ramadhan..dan saya ulangi lagi pada tahun ini setelah setahun tidak 'menembak' bulan penuh. Untuk melihat kembali entry Ramadhan tahun lepas, sila klik di SINI.


Apa yang saya ingin sampaikan pada enrty ini adalah setelah kita mengharungi Ramadhan selama lebih 15 hari dan semakin menghampiri Aidilfitri, apakah yang kita rasa dalam lubuk hati kita di saat ini. Adakah kegembiraan untuk meninggalkan bulan Ramadhan yang pernuh keberkatan ini ataupun perasaan sedih kerana bulan ini merupakan satu-satunya Tuhan peruntukkan kita pahala yang berlipat ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Manakan tahu jika kita tidak bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang....


Semoga bertemu lagi di entry yang akan datang..selamat menjalani ibadah berpuasa kepada rakan-rakan di Fotopages ini walau di manapun anda berada.


Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad


Mobile Manager,
MyEcash business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com

selamat menyambut aidilfitri yang menjelang tiba.. Tue 30-Sep-2008 10:22
Posted by:ezaiedinRIN  - [Link]
SELAMAT BERHARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
سلامت هاري راي عيدالفطري معاف ظاهير باطين
GAMBAR MAJLIS BERBUKA PUASA FP NORTHERN TELAH DIUPDATE
Tue 30-Sep-2008 21:41
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
Selamat hari raya. hehe... lambat plak saya wish tapi still nak wish gak.
ps: saya dah update setelah sekian lama menghilang
Tue 7-Oct-2008 03:34
Posted by:a passer-by Fazira_est_belle ctfazfarisi@yahoo.com  - [Link]
View all 79 comments Add comment


Saturday, 6-Sep-2008 02:16 Email | Share | | Bookmark
Sudah tiba kita di bulan Ramadhan yer....

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Alhamdulillah sudah hampir seminggu kita dapat menunaikan ibadah yang termaktub dalam Rukun Islam yang ke-3. Mudah-mudahan kita dapat menunaikannya dengan tenang dan berjaya mengharungi segala cabaran sehingga ke akhirnya.

Insan Shahirah sudah setahun umurnya..

Puteri sulung kami, Intan Shahirah genap umurnya setahun pada 1 September yang lalu bertepatan dengan hari pertama umat Islam menunaikan ibadah puasa. Isteri saya sempat membuat majlis ringkas untuk Intan Shahirah pada hari sebelumnya tetapi malang sekali saya bekerja pada hari tersebut. Oleh itu tidak dapat saya menjadi photographer untuk majlis tersebut. Walau apapun syukur kepada Tuhan, kami dapat menjaganya dengan baik sehingga kini. Mudah-mudahan Intan akan mampu berjalan selepas ini.

Cabaran di bulan Ramadhan

Menempuhi bulan Ramadhan dengan sabar merupakan ujian yang agak berat bagi kebanyakan orang termasuk diri saya. Hari Jumaat yang lepas, saya bersama abah ke bank untuk mengeluarkan simpanan EPF beliau. Mujur pada hari tersebut tidak ramai pelanggan maka urusan menjadi lebih cepat. Malang sekali, kad pengenalan abah tidak dapat dibaca oleh ID scanner device maka proses pengeluaran terpaksa ditangguhkan dan abah diminta oleh kerani bank untuk ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) daerah untuk membuat slip kad pengenalan sementara.

Kami pun pergi ke JPN dan pada mulanya nombor giliran abah diberikan sendiri oleh kenalannya yang bekerja di JPN tersebut. Apabila sampai giliran abah, kerani JPN kaunter itu meminta abah mengambil nombor giliran yang lain kerana urusan penukaran kad bukan dalam bidang kerjanya. Hati saya dah memang berbuku dengan pakcik kerani tersebut. Abah dengan rela hati ambil nombor giliran lain seperti yang diarahkan. Kami menunggu lagi dan kali ini giliran 'orang-orang kerajaan' ini berhehat 'minum' setengah jam. Sampailah tiba giliran abah, urusan penukaran kad pun dilakukan dan abah hanya diberikan slip bayaran RM 10 untuk proses tersebut. Abah bertanya mengapa slip kad pengenalan sementara tidak diberikan kerana ia perlu digunakan dalam urusan rasmi bank dan dijawab oleh pakcik 'Pembantu Tadbir' itu bahawa slip itu tiada dan perlu menunggu jika ada pada minggu hadapan. Tambah pakcik itu lagi slip itu boleh digunakan atas budi bicara bank untuk urusan pengeluaran.

Kami pun bergerak semula ke Bank selepas itu. Malang sekali kerani di kaunter tidak dapat menerima slip bayaran tersebut sebagai bukti pengenalan abah. Maka saya dengan hati yang agak mendidih saya bawa abah semula ke JPN untuk minta penjelasan dan bantuan.

Sampai di JPN, saya berjumpa dengan seorang lagi 'pembantu tadbir' yang seperti tidak ada tugas di kaunter dan saya bertanyakan mengenai urusan bank abah yang tertangguh disebabkan resit bayaran tersebut. Dengan selamba beliau berkata dia tidak boleh berbuat apa-apa memandangkan slip kad pengenalan sementara tersebut telah habis sambil kedua tangan beliau diletakkan di atas kepala dan kerusinya dijungkirtkan ke belakang . Saya bertanya lagi sekiranya ada JPN daerah lain yang mempunyai slip tersebut. Pegawai tersebut beri cadangan supaya saya pergi terus ke JPN lain. Saya minta beliau hubungi pihak JPN daerah lain malangnya beliau enggan berbuat demikinan dengan alasan itulah yang beliau tidak dapat lakukan.

Melihatkan saya semakin marah, abah campur tangan seolah-olah hendah menarik saya keluar supaya keadaan tidak menjadi lebih parah. Mujur seorang lagi pegawai menerangkan bahawa slip tersebut sudah lama habis dan JPN negeri juga tiada bekalan untuk itu disebabkan ada masalah bekalan di JPN pusat. Cuma soalan saya apa yang mereka boleh bantu dalam masalah urusan bank ini mereka hanya menggelengkan kepala. Saya dan abah meninggalkan pejabat JPN dalam keadaan marah. Banyak masa terbuang di pejabat kerajaan yang sangat 'effisyen' itu.

Kami nekad kembali ke bank dan minta budi bicara pengurus untuk meluluskan pengeluaran wang. Waima jika kami diminta untuk buat laporan polis sekalipun kami akan usahakan. Alhamdulillah, pengurus bank membantu kami dan segala urusan pengeluaran dapat diselesaikan.

Apa yang saya kesalkan adalah:-

1.Tiada inisiatif kerani JPN tersebut membantu menyelesaikan masalah orang awam

2.Pihak JPN tersebut juga tiada inisiatif memberitahu agensi lain termasuk bank terutamanya bahawa slip bayaran sah digunakan untuk urusan rasmi disebabkan kehabisan slip kad pengealan sementara.

3.Kebanyakan kerani sama ada lelaki mahupun perempuan tidak ada secalit pun senyuman mesra dan terima kasih pada pelanggan yang hadir walaupun terpampang pada kad ingatan mesra pelanggan.

4.Kebanyakan kerani sudahpun menjangkau usia emas malangnya, pengalaman berpuluh tahun dalam kerajaan tidak membawa sebarang makna disebabkan khidmat yang diberikan tidak bermutu dan tiada peningkatan. Hanya jika dilihat pegawai atasan barulah mereka memakai topeng lakonan kerja keras mereka. Adakah orang-orang tua begini yang orang muda perlu hormati dan contohi?

5.Antara alasan yang diberikan, gaji dalam kerajaan kecil jadi setimpal dengan khidmat yang mereka berikan. Jika begini khidmat kamu dalam swasta, saya jamin orang-orang seperti ini dibuang kerja serta merta!!!

Harap maaf banyak yang saya coretkan di sini. Bukan untuk melukakan hati pekerja kerajaan dan bukan semua kakitangan kerajaan yang memerlukan berurusan secara terus dengan orang awam ini tidak betul atau malas bekerja tetapi segelintir darinya yang merosakkan imej dan nama baik kakitangan kerajaan itu sendiri. Harap mereka ini sedar dan beruntung mereka punya banyak kelebihan berbanding pekerja sektor swasta. Saya juga rasa bersalah kerana tanpa disedari saya boleh naik angin pada hari Jumaat tersebut. Peliknya, abah saya yang garang tu boleh selamba lagi. Biasanya dia dah marah dah...

Walau apapun selamat berpuasa dan Insyaallah akan bertemu lagi dengan artikel yang baru...wassalam




Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad


Mobile Manager,
MyEcash business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com

real good topic...totally agree with ur cnclusion.... Thu 18-Sep-2008 15:32
Posted by:dafi  - [Link]
artikel begini baik benar jika dikirimkan ke akhbar dengan beberapa pemurnian. Dengan harapan agar kakitangan yang tidak bertanggungjawab spt ini dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Duhai taulan
kuhulur salam maaf
akrab persaudaraan dan tulus pengertian
terus menjalar di ujana setiakawan
memaknakan kehidupan
yang wangi dengan pengorbanan.
Fri 19-Sep-2008 07:11
Posted by:SyaidulAzam syaidul@yahoo.com.my  - [Link]
saya dmire betul ngan gambar quran nie....


re: gambar jadi kuning sebab pencahayaan warna kuning yang malap dari mentol bulat dan guna slow shutter.latar belakang hitam dan small aperture numbers without flashlight..
Fri 19-Sep-2008 23:23
Posted by:ijulabi  - [Link]
View all 56 comments Add comment


Thursday, 28-Aug-2008 14:09 Email | Share | | Bookmark
Halia..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Quote:
Nama: Halia
Nama saintifik: Zingiber Officinale

Halia merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam masakan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat dan membantu kesihatan tubuh. Secara umumnya, halia ini digunakan dalam masakan untuk merangsang kelenjar pencernaan dan juga membangkitkan nafsu makan.

Halia segar yang ditumbuk halus boleh digunakan untuk dijadikan ubat sapu di tubuh. Minyak yang terhasil dari halia mempu menhilangkan rasa lenguh, anti-inflamasi dan juga anti-bakteria. Ia juga berkesan untuk mengubati luka luar dan dalam tubuh. Rasa gatal-gatal pada tubuh juga dapat dirawat dengan menggunakan halia. Ia juga dikatakan berkesan untuk merawat bisa gigitan ular.

Air perahan halia digunakan untuk mengubati penyakit katarak (selaput putih pada mata) yang selalu terjadi jika seseorang itu menghidap penyakit diabetes dan juga kencing manis. Ia juga mengubati migrain, reumatik, lenguh-lenguh pinggang, rasa mual dam mabuk dalam perjalanan jauh dan juga jika terkena penyakit cacing gelang. Paling penting sekali, halia mampu membuang angin dalam tubuh untuk melancarkan sistem peredaran darah agar tidak tersekat.


Saya suka jika halia ini dicampurkan dengan teh tarik dan juga dibuat jeruk.

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad


Mobile Manager,
MyEcash business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com]

saya suka ayam goreng masak dgn halia - cuba la..letak kicap masin+manis sikit Sat 4-Oct-2008 03:49
Posted by:ewan ewan_image@yahoo.com  - [Link]
TQ.....baru masuk keje ari niii.......Selamat Hari Raya Aidilfitri ....wah cantik gambar ....pakai macro apa?
sunset tuu saya ambik waktu pakai filem time tuu mana ada dslr... pakai slide provia100 kalu nak ikutkan...pakai slide filem lagiii cunn tapi gambar tak leh edit ...so gambar terjadi yang original takleh tipu....kalu masuk mahkamah persatuan photographer dunia pun menang...hehehehe!!! secara juju hamba cakap..pakai slide or filem must more pro than dslr...so jangan lupakan slr filem....tq
Tue 7-Oct-2008 03:57
Posted by:fadz43 fadzlyrani@trexxtravels.com
Kami ada menjalankan perniagaan minuman herba pracampuran terutama sekali yang mempunyai ekstrak halia. Agen di
perlukan di seluruh Malaysia. Berminat, sila hubungi En. Rozaidee Lajim di talian 017 - 620 7699 ataupun emel ke anabila.amrgroup@gmail.com.my. Setiap negeri akan mempunyai agen yang terhad dari 2 agen hingga ke 5 agen sahaja dan sesiapa yang terdahulu diutamakan.

Sekian, terimakasih.
Mon 28-Dec-2009 08:25
Posted by:Anabila Million Resources anabila.amrgroup@gmail.com.my
View all 40 comments Add comment


Thursday, 21-Aug-2008 08:24 Email | Share | | Bookmark
Hari ulangtahun perkahwinan...

 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Alhamdulillah kebakaran di depot simpanan minyak Pelabuhan Tanjung Langsat telahpun dapat dipadamkan pada petang 20 Ogos. Tahniah kepada pasukan Bomba dan Penyelamat, ahli skuad PAGEMA dan juga agensi penyelamat yang turut serta membantu usaha memadamkan kebakaran sekaligus menyelamatkan nyawa dan harta benda dari mengalami sebarang kemusnahan. Malang sekali saya belum berpeluang hendak meninjau kawasan kejadian dan mungkin jika ada kesempatan di lain waktu.

20hb Ogos merupakan hari istimewa sebab tarikh itulah saya disatukan dengan isteri tercinta. Alhamdulillah juga kami dapat mengharungi cabaran dalam berumahangga yang kadang kala sukar nak ditelan. Intan Shahirah pun lagi 10 hari genap setahun umurnya. Mudah-mudahan Tuhan memanjangkan usia perkahwinan kami an semoga kasih sayang dan cinta ini sentiasa mekar di hati.

p/s: 21hb hari anniversary Siti Nurhaliza & Datuk Khalid...hahahha



Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad


Mobile Manager,
MyEcash business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com

Canteknya cincin..
Smoga kekal bhgia smpai ke ank cucu cicit.

p/s: Ada ms lapang, jenguk la ftpg sy.. now updated
Fri 12-Sep-2008 17:22
Posted by:Zaidah  - [Link]
Semoga kekal hingga ke akhir hayat Sun 21-Sep-2008 16:18
Posted by:azam  - [Link]
allhamdullillah..tahniah di atas ulang tahun.touching laa cincin tue.walaupun tak semahal cincin dato k tp tue laa pengorbanan tanda dari suami tak gitu Tue 23-Sep-2008 03:48
Posted by:malieq mustclick@yahoo.com  - [Link]
View all 40 comments Add comment


Wednesday, 20-Aug-2008 02:12 Email | Share | | Bookmark
Tolong...kebakaran!!!

 
 


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Gambar di atas saya shoot dari hadapan rumah memberikan gambaran kepada anda situasi kebakaran yang berlaku di depot minyak Pelabuhan Tanjung Langsat bermula pada Ahad petang 17 Ogos yang lalu. Kelihatan langit yang merah serta cahaya api yang mampu dilihat walaupun kawasan perumahan saya agak jauh. Sudah hampir 3 hari pihak bomba dan PAGEMA ( Pasir Gudang Emergency Mutual Aid) bertungkus lumus memadam dan mengawal kebakaran dari merebak ke tangki bersebelahan dan mengakibatkan kemusnahan yang besar.

Jiran-jiran ada yang mengambil keputusan keluar dari rumah disebabkan bimbang keselamatan diri dan keluarga malah saya sendiri bersiap-siap untuk berpindah jika pihak berkuasa mengarahkan berbuat sedemikian. Saya percaya lebih kurang 200 anggota bomba sedang berusaha menyabung nyawa memadamkan kebakaran demi keselamatan orang ramai khususnya penduduk sekitar. Ini berdasarkan pengalaman sewaktu kebakaran tangki milik Petronas April 2007 kalau tidak silap saya.

Insyaallah jika berpeluang saya akan dapatkan gambaran yang lebih dekat lagi.



Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad


Mobile Manager,
MyEcash business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com]

ohooo...ni la kebakaran tu ya. agaknya apa hikmah sebaliknya ekkk??
bestkan dpt tgk depan2. errr...best ke??
Wed 20-Aug-2008 17:51
Posted by:cak cicadalogy  - [Link]
erm...asap kat situ x berachun ker?? camner leh terbakar?? cuai ker?? Thu 21-Aug-2008 04:08
Posted by:Moment Capture  - [Link]
sharp giler gambar bulan..pakai lense apa eks?.. Tue 23-Sep-2008 02:50
Posted by:syakiff syakiffz@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.