Want your
own Fotopage?










 
Mohd Shafie's FotoPage

By: Mohd Shafie Muhamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 13-Aug-2008 05:56 Email | Share | | Bookmark
Aduh...si Bawang Merah...

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Terima kasih atas komen anda pada entry yang lalu. Entry kalini merupakan kesinambungan kepada entry yang lepas iaitu bawang putih dan saya akan buka topik untuk Bawang merah sebagai pelengkap 'saudara'nya itu. Memang tidak lengkap rasanya jika bawang merah tidak digunakan dalam masakan harian. Terbahagi kepada 2 iaitu kecil dan besar namun begitu khasiatnya tetap sama. Pic kat atas saya gunakan bawang besar yang separa saiznya lebih kurang bawang kecil tapi tetap merah...bukan bawang kuning tu..

Apa kandungan bawang merah?

Bawang merah ini kaya dengan pelbagai vitamin termasuk witamin B1 (thiamine), B2 (riboflavin) dan juga vitamin C (ascorbic asid). Selain dari itu, bawang merah ini juga kaya dengan Potassium, serat dan juga asid folik. Sebagai tambahan, bawang merah dikatakan mengandungi kalsium zat besi dan juga kadar kandungan protein yang tinggi.

Apa pula khasiatnya?

Sebagai antiseptik

Bawang merah yang dibakar dan ditumbuk halus dikatakan mujarab untuk merawat kulit melecur disebabkan terbakar. Ia juga mampu mengubati telinga yang mengalami infeksi bengkak serta bernanah. Air perahannya biasa digunakan oleh pengamal herba untuk disapu pada bahagian tubuh yang terkena penyakit kulit, bisul serta gigitan serangga. Jika bawang merah ini dicampurkan dengan sedikit minyak makan, ia boleh dijadikan minyak urut untuk menghilangkan sakit sendi, bengkak-bengkak dan sakit kulit.

Penawar dalam sistem tubuh

Bawang merah mampu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing mmanis kerana ia mengandungi unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Ia membantu hati dalam membuang toksik dalam tubuh dan seterusnya menyingkir dan membunuh sel-sel kanser. Bawang merah mampu mengelakkan kita dari kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan menujukkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik sebagai penawar utama penyakit cardiovascular, serangan jantung dan stroke. Ia juga membantu fungsi otak untuk mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bagi mereka yang menghidap kencing manis, bawang merah boleh mengurangkan tahap gula dalam tubuh dengan meninggikan metabolisma glucose dan menghadkan keberkesanan insulin.

Menambah tenaga batin

Ini pasti menjadi kegemaran ramai. Bagaimana nak menambah tenaga batin untuk memperbaiki hubungan kelamin dengan guna bawang merah?. Bawang merah ini hendaklan dikisar halus dan airnya hendaklah ditapis. Campurkan dengan satu sudu madu lebah dan minumlah beserta selawat ke atas Nabi. Itu yang ustaz saya yang ajarkan. Harapnya ia tak menjadi isu sensitif di sini dan maaf jika membicarakannya secara terbuka mengundang rasa tidak senang kawan-kawan. Ini petua sesuai untuk yang dah berkahwin sahaja..

Inilah yang saya mampu kongsikan untuk tatapan kawan-kawan kerana apa..Ilmu itu biarpun sedikit tetapi jika disebarkan Insyaallah akan berkembang dan memberi manfaat kepada orang lain. Satu perkara yang tidak akan habis jika digunakan walaupun berjuta kali..iaitu ilmu



Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad


Mobile Manager,
MyEcash business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com
.



Hheheh Woi Sempoi Woi..!! Wed 20-Aug-2008 19:07
Posted by:mohdfaizal  - [Link]
sedapnya bawang ni klu makan dengan satay ayam... Wed 20-Aug-2008 23:11
Posted by:lyn  - [Link]
sgt menarik bawang2 ini...best2! Fri 5-Sep-2008 17:43
Posted by:izzati  - [Link]
View all 53 comments Add comment


Tuesday, 5-Aug-2008 04:15 Email | Share | | Bookmark
Food: Bawang putih oh bawang putih...

 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Entry kali ini saya nak paparkan mengenai bawang putih. Sambil potong bawang nak masak saya secara tiba-tiba timbul idea nak tahu apa yang tekandung dalam bawang putih ni. Hari-hari masak tapi tak tahu apa fungsi bawang putih ni dan kenapa ia selalu digunakan dalam masakan harian.

Bawang putih merupakan bahan asas utama dalam masakan harian kita. Walau di mana sahaja di seluruh dunia bawang putih menjadi bahan asas dalam masakan terutama yang berasal dari benua asia yang kebanyakan dari masakannya yang menggunakan rempah ratus. Bawang putih mengandungi lemak, protein, karbohidrat, vitamin A, B1, B2 dan C untuk tubuh kita. Ia berkeupayaan tinggi untuk menghasilan hydrogen sulfide yang bertindak sebagai agen anti oksidaan dalam tubuh kita untuk memperbaiki sistem tubuh.



Khasiatnya

Antara khasiat bawang putih:

1. Menambah baik sistem peredaran darah
2. Merawat tekanan darah tinggi
3. Mengawal kadar kolestrol dalam tubuh
4. Mencegah pengerasan arteri
5. Mencegah dari serangan jantung
6. Menambah baik aliran air hempedu dalam hati
7. Merawat penyakit usus serta system pencernaan.
8. Mencegah pertumbuhan tumor dan kanser
9. Mencegah penyakit selsema serta penyakit berjangkit yang lain.
10. Mencegah gangguan sakit kepala, hipertensi dan juga sistem pernafasan

Terdapat kajian dari seorang professor dari Universiti Alabama iaitu Dr David W. Kraus yang menyarankan kita supaya memakan lima ulas atau lebih jika ingin mendapat khasiat bawang putih. Beliau juga mengingatkan supaya selepas bawang putih tersebut dihiris, hendaklah ia dibiarkan selama kira-kira 15 minit untuk membolehkan enzim-enzim yang terdapat dalam bawang putih bereaksi antara satu sama lain.

Ada juga pesanan dari bos saya yang beliau mengamalkan memakan seulas bawang putih yang tidak di masak sewaktu makan nasi untuk menghilangkan bintil daging seperti kutil yang selalu tumbuh di bahagian leher akibat kadar kolestrol yang tinggi. Beliau telahpun berjaya membuktikannya...

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad
Mobile manager

MyEcash business programme

Assalamualaikum, terima ksih singgah di blog saya, biasa jer tempat tu, simple, tempat saya untuk share story saya, supaya lebih kemas, rmai jugak mmber2 fotopages yang dah "Berhijrah", InsyaAllah saya akan try untuk maintain dua2 tempat tu, tapi untuk more story memanglah diblog saya pasal kekadang fotopages meragam, Alhamdulillah anak saya dah nak masuk setahun usia, dah macam2 karenah, saya seronok dapat kongsikan pengalaman saya membesarkan anak dengan semua... Tue 12-Aug-2008 11:43
Posted by:alchemist  - [Link]
lawa-lawa-lawa..
jeles uh tengok!
Mon 18-Aug-2008 00:41
Posted by:Fyzah fizah_ijah92@yahoo.com  - [Link]
mengikut petua, bawang putih ni baguih utk d sental kat panau tapi tk pnah cuba... tarak tahan oo.. Mon 18-Aug-2008 04:03
Posted by:adett  - [Link]
View all 47 comments Add comment


Monday, 28-Jul-2008 16:53 Email | Share | | Bookmark
Nature: Senja nan merah...

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Dah lama tak update entry pasal senja.

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager

MyEcash programme



Memang CANTIK! :surprised: Kalaulah teman boleh ambil gambar cam ni....... Thu 14-Aug-2008 18:10
Posted by:norshidan  - [Link]
nice view...terutama colour cloud tu....macam mana dapt bro?? Fri 15-Aug-2008 14:29
Posted by:Faizal sevenclovers@yahoo.com.sg  - [Link]
so amazing !! Sat 23-Aug-2008 14:32
Posted by:azaM la plaK diplomatic_arien@yahoo.co.uk  - [Link]
View all 43 comments Add comment


Monday, 21-Jul-2008 03:08 Email | Share | | Bookmark
Model: Here in my home...

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Terima kasih atas ucapan harijadi pada entry yang lepas. Walaupun serba ringkas tetapi amat bermakna buat diri ini.

Kali ini saya bawakan kepada anda entry yang saya rasa menarik untuk difikirkan iaitu rumah kita. Saya tertarik apabila mendengar lagu "Here in My Home" nyanyian MAFU (Malaysian Artistes For Unity). Mereka terdiri daripada artis-artis tempatan seperti Afdlin Shauki, Atilia, Jason Lo, Awie, Ning Bizura, Jacklyn Victor, Reshmonu dan ramai lagi yang turut terlibat dalam lagu ini. Setiap bait liriknya ada perkara penting untuk disampaikan kepada kita iaitu perpaduan sesama kita. Perpaduan hubungan suami isteri, anak beranak dan ahli keluarga yang kukuh menjamin hidup yang bahagia. Ia akan membawa kepada perpaduan kawasan kejiranan dan seterusnya kepada masyarakat. Apabila perpaduan antara masyarakat berbilang kaum ini menjadi kuat, negara yang aman dan harmoni akan dapat dibentuk dan anasir-anasir jahat dari luar akan dapat ditangkis dengan mudah.

Semuanya ini bermula dari mana? Dari rumah kita.........

saksikan video klip penuh lagu ini di sini: http://www.youtube.com/watch?v=z8Wl3firJQk

p/s: rumah tu saya buat guna sepit baju kayu dengan gam UHU untuk hadiah harijadi orang rumah masa bertunang dulu. Masih kukuh lagi nampaknya...

Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager
MyEcash programme

http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123

bina sendiri ker umah tuh??? fuyyyoooo cun gilossss..leh bukak biz nih...tingin nak wat sebijik tp takut roboh laa pulokk Sat 26-Jul-2008 15:06
Posted by:shima  - [Link]
sentuhan seni yang begitu baik.... Sat 26-Jul-2008 15:42
Posted by:abangchantek  - [Link]
rumah yg menarik. oho hadiah buat isteri ye. wow so the sweet... hehehe. Sun 27-Jul-2008 06:14
Posted by:tutcute melompati@yahoo.com  - [Link]
View all 29 comments Add comment


Tuesday, 15-Jul-2008 14:05 Email | Share | | Bookmark
Food: Selamat Hari Lahir Encik Mohd Shafie...

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Inilah rasanya kali pertama saya upload entry terbaru paling cepat. Sebenarnya ini adalah entry istimewa sempena menyambut hari kelahiran saya di muka bumi ini. Terima kasih atas kek yang dibelikan isteri tercinta walaupun saya tidak berapa gemar makan kek..terutama krimnya yang holeh buat sakit kepala. Terima kasih kepada emak dah abah kerana berjaya menjaga sehingga dewasa..dah berkahwin pun masih lagi ada nasihat berguna yang diberikan. Paling utama syukur kepada Allah kerana membenarkan saya bernafas di muka bumi ini..

Seumur hidup saya tidak pernah saya menyambut hari kelahiran dengan acara potong kek kecuali emak buatkan bubur merah untuk kami sekeluarga. Abah pula bacakan doa selamat mudah2-mudahan saya berjaya dalam hidup. Terima kasih untuk isteri tercinta walaupun saya tak mengharapkan apa-apa sambutan pada hari yang istimewa ini..

salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager
MyEcash programme
http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123

Selamat Hari Lahir Bro
Moga diberikan perjalanan kehidupan yang sempurna.......amin
Tue 29-Jul-2008 23:52
Posted by:dOd  - [Link]
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN BRO SHAFIE.....
Wed 30-Jul-2008 05:18
Posted by:lyn  - [Link]
salam...hepi birthday......
moga2 pnjang umur,murah rezeki n diberkati Allah selalu dalam ape jua keadaan............AMINNNNNNN..
Wed 6-Aug-2008 03:53
Posted by:pokleyimages  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Sunday, 13-Jul-2008 14:43 Email | Share | | Bookmark
Fruits: Enaknya Buah Naga!!!

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera....





Entry kalini saya bawakan buah naga sebagai tajuk minggu ini.

salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager
MyEcash programme
http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123

Email:shafie_81@yahoo.com

tu hari aku mcm ter perasan lalu kat kwsan tanaman buah naga ni.. tp lupa ar kat ner.. Wed 30-Jul-2008 10:07
Posted by:areteam  - [Link]
kalau tengok gambar yang ko ambik tu dah sah kau mesti minat fotograpi cam aku jugak Sun 12-Oct-2008 08:34
Posted by:mat foto kudworkshop@yahoo.com
gegn kau mesti dok pg kan bila bila kita g ngeteh pasir putih bole kita borak borak pasal fotograpi...ehh ape kmera kau guna/ Sun 12-Oct-2008 08:37
Posted by:mat foto kudworkshop@yahoo.com
View all 27 comments Add comment


Sunday, 6-Jul-2008 03:41 Email | Share | | Bookmark
Nature: Terbitnya sang mentari pagi

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Memang dah lama saya tak shoot matahari. Tidak kira sama ada waktu terbenam mahupun terbit. Minggu ini secara tiba-tiba saya kekeringan idea untuk artikel terbaru. Memang mengecewakan tetapi Insyaallah akan cuba sampaikan sesuatu buat tatapan kawan-kawan. Kerana apa..kerana ilmu itu biarpun sedikit, ia mungkin akan memberi manfaat yang besar kepada orang lain jika ia disampaikan...jumpa lagi di entry akan datang..

salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager
MyEcash business programme
http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123

Email: shafie_81@yahoo.com

salam..gambar ni kat mane eh? nampak macam anda suka bermain dengan 'kegelapan' ek?anyway..the pic is so nice...congrat !
Thu 14-Aug-2008 09:19
Posted by:lufizo lufizo@yahoo.co.uk  - [Link]
salam..gambar ni kat mane eh? nampak macam anda suka bermain dengan 'kegelapan' ek?sama laa anyway..the pic is so nice...congrat !
Thu 14-Aug-2008 09:20
Posted by:lufizo lufizo@yahoo.co.uk  - [Link]
salam..gambar ni kat mane eh? nampak macam anda suka bermain dengan 'kegelapan' ek?sama laa.. anyway..the pic is so nice...congrat !
Thu 14-Aug-2008 09:20
Posted by:lufizo lufizo@yahoo.co.uk  - [Link]
View all 35 comments Add comment


Monday, 30-Jun-2008 10:12 Email | Share | | Bookmark
Food: Mari makan tempe...

 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera…



Kali ini saya ingin bawakan anda mengenai sejenis makanan yang dinamakan ‘tempe’. Makanan ini dikatakan berkait rapat dengan makanan tradisi masyarakat Jawa. Oleh itu, bagi sesiapa yang berketurunan Jawa seperti saya, alangkah ruginya jika tidak tahu mengenai makanan istimewa ini.

Tempe diperbuat dari adunan kacang soya yang diketahui khasiatnya yang pelbagai. Ia dibungkus dengan daun lebar seperti daun rambai dan ada juga dengan daun pisang dan kemudian dibalut dengan kertas surat khabar serta diikat dengan getah pembalut. Tempe buleh didapati di kebanyakan pasar dan kedai runcit tidak kira dalam bungkusan tradisinya mahupun hanya dibungkus dengan plastik sahaja.

Apa yang saya ingin paparkan mengenai kebaikan tempe ini adalah kandungan probiotik yang terdapat dalam makanan tradisi ini. Apakah itu probiotik? Ia adalah bakteria yang membantu dalam pelbagai proses yang berlaku dalam tubuh badan kita. Dr. Bernard Jensen, merupakan seorang pakar dalam bidang terapeutik probiotik merumuskan fungsi probiotik dalam tubuh kita:

1. Membantu pergerakan usus
2. Membantu penambahbaikkan sistem imun
3. Membantu pembentukan vitamin
4. Membantu penyahaktifan agen barah
5. Membantu mengawal kolestrol dan paras hormon
6. Membantu dalam penghasilan laktasi (enzim pengurai susu)

Dengan adanya probiotik, ia dapat mengatasi gangguan keseimbangan bakteria didalam tubuh yang disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:

1. Gaya hidup yang tidak sihat
2. Amalan permakanan yang tidak teratur
3. Penggunaan antibiotic yang tidak terkawal
4. Tekanan mental
5. Persekitaran yang tercemar.


Berbalik kepada ‘tempe’ tadi, ia mengandungi bakteria asid laktik (strain TH10) yang mampu melawan bacteria berbahaya MRSA (methilcillin resistance staphylococeus). Oleh itu, apa kata anda? Adakah tempe akan menggantikan makanan segera seperti pizza, kentang goreng dan burger dalam kehidupan anda..


Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

Mobile Manager
MyMode business programme
http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123

Email: shafie_81@yahoo.com

my feberet tempe ni.. Fri 25-Jul-2008 15:14
Posted by:areteam  - [Link]
bagus .. dapat tahu khasiat niee... so mohon saya copy dalam blog saya... Mon 28-Jul-2008 13:10
Posted by:mus mus_aa@yahoo.com
bro...comment seket fotopages sy.. Sun 17-Aug-2008 09:30
Posted by:Fyzah fizah_ijah92@yahoo.com  - [Link]
View all 41 comments Add comment


Sunday, 22-Jun-2008 14:17 Email | Share | | Bookmark
Kids: Beriadah di Bukit Layang-layang

 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..









Untuk entry kali ini saya tiada perkara menarik untuk disampaikan memandangkan belum ada topik menarik yang ingin saya paparkan kali ini. Cuma saya papatkan aktiviti saya pada petang hari minggu ini iaitu beriadah dengan keluarga tersayang. Memang dah 3 bulan saya tidak 'off duty' pada hari ahad maka inilah kesempatan terbaik yang saya ada untuk berjalan-jalan bersama keluarga. Anak saya, Intan Shahirah pun sudah hampir 10 bulan usianya dan sudah tahu merajuk jika saya tak tepati janji untuk bawanya berjalan-jalan.

Beriadah bukanlah suatu yang merugikan. Ia mampu mengembalikan keceriaan hidup terutama apabila aktiviti ini dilakukan bersama orang yang tersayang. Aktiviti riadah seperti piknik, bersenam, bergotong royong waima mencuci kereta sekalipun, ia mampu mengembalikan keceriaan seseorang walaupun tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Orang seperti saya yang setiap hari berada 12 jam di tempat kerja, menghabiskan 1-2 jam perjalanan dari rumah ke tempat kerja dan begitu juga sebaliknya sebaliknya maka selebihnya adalah untuk saya berehat. Waktu tidur kadangkala 4-5 jam kadangkala meletihkan sewaktu memandu tetapi apakandaya dah lebih kurang 5 tahun saya biasakan hidup sebegini. Stress adalah suatu yang biasa bukan sahaja di tempat kerja, malahan di jalan raya dan juga di rumah. Maka dengan aktiviti berjalan-jalan bersama keluarga selain dari dunia fotografi dan jurnalis adalah penghibur buat diri saya.

Entry 'Pengakhiran Khidmatku..' yang lepas juga saya telah di 'tag' oleh saudara Eppy. Saya tidak berapa faham akan permainan ini tetapi saya akan cuba paparkan apa yang termampu. Saya bukan menggalakkkan permainan ini mahupun tujuan untuk mengenakan orang lain, tapi tanda saya menghargai rakan- rakan yang bersama-sama dengan saya di dunia fp ini. Sila saksikan pernyataan berikut mengenai diri saya:

1. Saya jenis suka bersendiri terutama apabila melakukan sesuatu yang saya minat. Kalau ada gangguan, pasti hasil kerja saya tak bagus sebab rasa diperhatikan.

2. Saya jenis yang suka memandu pada jarak jauh. Sebab itu kawan-kawan pun heran bila saya sanggup berulang alik dari Pasir Gudang ke PTP. Jauh tu..lagi-lagi bila harga minyak naik.

3. Saya suka memasak. Pelik ker? Taklah, kebanyakan chef yang popular pun lelaki..

4. Saya suka mengkaji sejarah tetapi tak tahu kenapa.

5. Saya pernah bercita-cita nak jadi pembikin filem aksi....entah bila nak tercapai..

6. Saya meminati permainan video/pc game yang mempunyai aksi penembak tepat cth Counter strike..

7. Saya amat meminati photojurnalism sebabtu jarang saya edit gambar guna photoshop etc. Entahlah kenapa..


Dan, inilah dia rakan-rakan yang amat saya hormati..

1. Encik Jeff

Saya amat kagum dengan idea dan rencana beliau dalan fp ini dan rasanya beliau adalah orang yang pertama memberikan komen dalam fp saya ni masa saya baru berjinak-jinak dalam fp. Rasanya ramai yang dah 'tag' beliau.

2. Encik Ouled Kenitra

Saya suka beliau atas tulisan dan rencana beliau. Banyak yang saya belajar dari beliau.

3. Encik Khoirul

Beliau mempunyai teknik dan bakat besar dalam dunia fotografi. Saya kagum dengan hasil kerja beliau.

4. Encik Wazari

Saya suka melihat foto yamg beliau capture. Terutama tempat-tempat yang menarik di Malaysia. Beliau saya anggap photojurnalist yang hebat.

5. Encik Trisno

Cara beliau shoot memang saya kagum. Hendak juga belajar teknik shoot seperti beliau.

6. Encik Raimee

Ini merupakan salah seorang sifuu saya dalam teknik nature photography. Banyak ilmu yang saya ambil dari beliau.

7. Kak Shima

Tidak ketinggalan juga wakil dari pihak wanita. Saya suka pic dan masakannya walaupun belum pernah rasa. Beliau pandai dalam seni masakan dan hiasan serta fotografi makanan.

Kepada yang tidak termasuk, bukan bererti anda tidak tergolong dalam yang saya minat, tetapi permainan ini hendakkan 7 yang terbaik..susah untuk memilih dan kalau boleh nak taruk kesemuannya sekali. Apa-apapun terima kasih untuk semua yang memberi komen. Jumpa lagi!

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager
MyMode business programme

My email: shafie_81@yahoo.com
MyBiz: http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123


alahaii so adorable....anak ke? Fri 27-Jun-2008 10:48
Posted by:deen  - [Link]
Terima kasih saya ucapkan pada saudara kerana memasukkan saya dalam senarai, di Malaysia nie sebenarnya remai photographer yang berbakat cuma kekadang kita belum jumpa jer pasal terlalu ramai, I'm not really good. Saya pun suka jugak bawak anak jalan2, cuma buat masa nie, di sekitar rumah sahaja.
InsyaAllah bila anak saya dah dapat kaki, makin jauhlah perjalanan saya, makin banyaklah gambar anak saya, ramai orang ingat saya nie, Juru Foto Baby...
Wed 2-Jul-2008 00:41
Posted by:alchemist  - [Link]
comelnya baby tu...senyumannya menawan betul Thu 3-Jul-2008 15:49
Posted by:iena mhddmr@yahoo.com  - [Link]
View all 31 comments Add comment


Saturday, 14-Jun-2008 16:59 Email | Share | | Bookmark
Event: Lafaz taklik

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Dah hampir 2 minggu fp ini tidak saya kunjungi. Macam-macam hal yang berlaku dengan kenaikan harga minyak yang umumnya masyarakat sudah jelas dengan tindakan kerajaan menetapkan harga baru minyak petrol serta diesel. Begitu juga senario politik yang tidak begitu baik ketika ini yang berlaku di dalam negara memungkinkan perkara-perkara baru akan mucul di kemudian hari. Walau apapun hidup mesti diteruskan dengan tabah dan saya tidak akan menyentuh hal ini mungkin di kemudian hari jika diizinkan. Insyaallah.

Tajuk kali ini, lafaz taklik merupakan lafaz perjanjian antara suami dan juga isteri berkenaan tanggungjawab dan hak masing-masing di dalam perkahwinan. Biasanya kita pentingkan saat-saat lafaz ijab qabul itu berlangsung tetapi, lafaz taklik yang di baca sesudah aqad nikah itu selesai juga perkara yang penting. Keseronokan menempuh alam perkahwinan pada hari pertama belum tentu indah untuk 10 mahupun 20 tahun yang seterusnya. Bahkan, ada yang sudah tidak lagi tinggal sebumbung setelah 10 hari bernikah! Walaupun sudah suratan takdir, tetapi perkara ini hendaklah dijauhkan kerana Tuhan tidak menggalakkan perceraian kecuali sudah tidak ada jalan untuk berbaik semula.

Jika kita baca semula lafaz taklik itu, bagi seorang suami rasanya patut fikir semula apakah tanggung jawabnya kepada isteri dan zuriat yang lahir hasil perkongsian hidup jika ada. Tetapi, ada setengah suami yang lupa lafaz taklik ini sehingga sanggup melemparkan kata kesat dan paling teruk memukul isteri dan anak sehingga mengalami kecederaan yang serius walaupun tahu anak isteri adalah amanah Tuhan kepadanya. Ada juga yang mengambil jalan mudah iaitu dengan menjalinkan hubungan dengan wanita lain malahan dengan isteri orang pula tanpa berusaha sedikitpun untuk memperbaiki keadaan. Begitu juga halnya dengan isteri yang terlupa lafaz taklik yang diucapkan untuk taat setia kepada suami selagi tidak lari dari batas syariat. Ada yang tidak lagi tahu menghormati suami dengan meninggikan suara, mengherdik, mencaci maki suami, mengaibkan suami dihadapan keluarga dan rakan-rakan, tidak memelihara harta suami dan yang paling teruk tidak pandai menjaga kehormatan diri dengan menjalinkan hubungan dengan lelaki lain yang kadang-kadang berstatus suami orang.

Perbuatan-perbuatan ini adalah sesuatu yang dimurkai Tuhan kerana ia membinasakan institusi kekeluargaan dan juga memburukkan keturunan sebagai umat Islam khususnya. Lafaz taklik yang dibaca serta didengari oleh hadirin hanya kekal sebagai lafaz untuk mencukupkan syarat majlis dan bukan lagi sebagai satu ingatan kepada suami dan isteri berkenaan hak dan tanggungjawab mereka jika ia tidak disemat kedalam minda dan hati. Kajian terkini menunjukkan kes perceraian adalah 1.0 kes bagi setiap seribu penduduk. Jika suami suami isteri tidak mempunyai ketahanan mental dan emosi yang cukup baik untuk menempuh dugaan alam perkahwinan, maka kemungkinan untuk menjadi penyumbang bilangan kes perceraian adalah besar.

Insyaallah, dengan ini saya berpesan untuk diri saya dan rakan-rakan supaya kembali melihat kembali perjanjian kita supaya menjadi wadah perjuangan kita hidup menuju ke arah kejayaan. Berjaya keluarga akan berjaya masyarakat. Berjaya masyarakat akan berjaya negara..

p/s: shots ini diambil keitka majlis penikahan sepupu isteri; Mohd Khairul Nizam Syah dengan pasangannya, Marlia di surau Kampung Rantau Panjang, Bukit Ramun Kota Tinggi pada 31 Mei yang lalu. Selamat menempuh alam perkahwinan.


Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

Mobile Manager
MyMode Businesss Programme
http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123

thanks 4 visiting my page...
im not good in photogrphy...i just shoot what ever its look nice...
Sat 21-Jun-2008 13:34
Posted by:dina nida groovedyna@yahoo.com
Em.bro thanks for the comment.Komen bro pada entry saya sebelumni begitu terkesan buat saya.pasai ada yang berkira nak kawin,berkira nak kumpul duit.rasanya saya nak buat satu entry dan nak guna tag yang bro taip tu.Cam dalam jer maksudnya.heheh.nantikan..... Sat 21-Jun-2008 15:54
Posted by:azri@bob  - [Link]
nice pix ! Wed 25-Jun-2008 14:00
Posted by:Conan_skywalkeR  - [Link]
View all 27 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.