Want your
own Fotopage?










 
Mohd Shafie's FotoPage

By: Mohd Shafie Muhamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Friday, 30-May-2008 13:17 Email | Share | | Bookmark
Macro: Pengakhiran khidmatku..

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Alhamdulillah, saya sudahpun beransur sihat dan kali ini saya paparkan 1 sen sebagai subjek utama yang sebagaimana kita semua mengetahui bermula 1 April 2008, mekanisme penggenapan telah dilaksanakan bermakna setiap transaksi akan digenapkan kepada 5 sen yang terdekat. Perkara ini telah dilaksanakan diseluruh negara berkuatkuasa pada tarikh yang saya sebutkan tadi. Tetapi, menurut Bank Negara Malaysia, 1 sen masih boleh digunakan untuk pembayaran mengikut akta BNM iaitu tidak melebihi RM 2. 1 sen masih lagi dikeluarkan oleh BNM mengikut permintaan tetapi jumlahnya akan berkurangan dan kemungkinan tiada lagi permintaan pada masa akan datang disebabkan perlaksanaan mekanisme penggenapan ini.

Sepertimana wang syiling RM 1 yang telah dimansuhkan penggunaannya, ini akan dituruti oleh 1 sen yang mungkin ditamatkan perkhidmatannya sedikit masa lagi. Abah pernah cakap dengan saya, pada zaman kecil beliau, 1 sen sudah dikira cukup bertuah jika mendapatnya kerana nilainya besar pada ketika itu. 1 sen boleh diguna untuk membeli gula-gula, sepotong buah tembikai dan nilainya diguna pakai untuk membeli pelbagai barangan. Tetapi itu 50 tahun dahulu..dengan kemajuan ekonomi dan infrastruktur yang sedia ada, nilai 1 sen itu terlalu kecil sehingga kita hanya melihatnya dengan sebelah mata. 1 sen kebanyakannya hanya menghiasi tabung amal di kaunter pembayaran TNB, TELEKOM, pasaraya serta agensi perniagaan yang lain. Suatu masa nanti, 1 sen akan hanya menjadi koleksi bagi penggemar koleksi matawang dan ada yang membuangnya begitu sahaja kerana nilainya sudah tiada. Menurut BNM, orang ramai buleh menukar wang 1 sen secara percuma di mana-mana cawangan BNM negeri yang terdekat.

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager
MyMode business programme

My email: shafie_81@yahoo.com
My
Biz: http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123

Mungkin nanti bila inflasi dah makin runcing duit 50 sen pun tak laku dah ............... Thu 26-Jun-2008 00:17
Posted by:baning  - [Link]
gambr syiling ni menarik..
ada cerita tersndiri di sebalik gambor..

p/s: page awk menarik *byk informasi* tahniah!
Thu 26-Jun-2008 06:26
Posted by:Zaidah  - [Link]
betol, byk info kat page ni selain dari gmbar2 yg cantik..komen pon byk Thu 17-Jul-2008 09:30
Posted by:pjon  - [Link]
View all 54 comments Add comment


Friday, 23-May-2008 10:30 Email | Share | | Bookmark
History: Sultan Mahmud Mangkat Di Julang

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Terlambat lagi saya update entry terbaru memandangkan tahap kesihatan yang kurang memuaskan di saat ini .Kali ini saya bawakan kepada anda kisah tragik antara seorang Sultan dan sorang Panglima yang amat dipercayai yang berakhir dengan pertumpahan darah. Kalau ada yang masih ingat, saya pernah menyuarakan hasrat untuk buat cover story mengenai kisah lagenda ini namun tiada berkesempatan untuk update sehinggalah sekarang. Dah lama saya shoot (kalau tidak silap bulan Ogos 2007 yang lalu) tapi entah mengapa saya tidak terlintas di fikiran untuk upload sejurus selepas itu [/black]

Kota Tinggi terkenal dengan sejarah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang ataupun nama asal baginda adalah Sultan Mahmud Syah 2. Baginda merupakan waris terakhir dari keturunan Kesultanan Melayu Melaka yang berhijrah lalu membina pemerintahan di Kota Tinggi setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511. Ketika baginda ditabalkan pada tahun 1685, baginda baru sahaja berusia 10 tahun dan dalam usia yang begitu muda sebegitu baginda dibantu oleh Bendahara Tun Abdul Jalil dalam urusan pemerintahan negeri.

Pada ketika itu Sungai Johor menjadi pusat laluan perdagangan yang utama dan disebabkan itu maka kegiatan lanun sering mengancam dan mengganggu pedagang-pedagang yang menggunakan laluan ini. Laksamana Megat Seri Rama@Laksamana Bintan; disebabkan asal kelahiran di pulau itu diberi tanggung jawab untuk mengepalai angkatan tentera untuk menjaga keselamatan kapal-kapal dagang dan juga menghapuskan kegiatan lanun terutama perairan Mersing hingga ke Tanjung Penyengat dan juga Riau yang menjadi tanah jajahan kerajaan Johor ketika itu.





Pada suatu hari, baginda mengarahkan hulubalangnya mengambil buah nangka yang sedang masak ranum untul dijadikan santapan baginda. Arahan itu dituruti dan sewaktu dalam perjalanan pulang ke istana membawa sebiji buah nangka yang cukup masak, hulubalang ini dan juga penghulu yang turut sama mengiringi telah dipanggil oleh Dang Anum (setengah kisah dinamakan Wan Anum) yang sedang sarat mengandung. Dang Anum meminta buah nangka tersebut kerana dia begitu mengidam untuk memakannya tetapi permintaan itu ditolak dengan baik. Namun melihatkan keadaan Dang Anum yang sarat mengandung dan begitu mengidam untuk memakan buah nangka, dengan belas kasihan maka mereka bersetuju untuk memberikannya seulas dengan syarat kawasan buah yang ditebuk perlu ditampal semula sebelum dipersembahkan kepada sultan. Malangnya, baginda sultan menyedari buah nangkanya ditebuk apabila hirisan kulit nangka itu jatuh di atas kaki baginda sewaktu membelek-belek buah nangka itu

Baginda amat murka dan memerintahkan penghulu serta hulubalang menceritakan kejadian sebenar atau mereka akan dikenakan hukuman yang berat bulan sahaja ke atas diri mereka, bahkan seluruh keluarga mereka juga akan dikenakan hukuman. Lantaran takut atas hukuman yang akan dijatuhkan, maka mereka menceritakan hal yang sebenar dan serta merta Dang Anum diperintahkan menghadap. Dang Anum menjelaskan sendiri perihal anak dalam kandungannya yang inginkan buah nangka itu tetapi baginda tidak percaya lantas mengeluarkan perintah untuk membelah perut Dang Anum untuk melihat sendiri kebenarannya walaupun dihalang oleh bendahara.

Alangkah terkejutnya baginda kerana apa yang dikatakan oleh Dang Anum adalah benar dan baginda menitahkan kepada saksi yang berada di tempat kejadian supaya menutup mulut mereka dari bercerita mengenai kejadian itu lebih-lebih lagi kepada Laksaman Bintan yang akan pulang dari berjuang ibarat "Biar pecah di perut, jangan di mulut!". Kepulangan Laksamana Bintan membawa kejayaan cemerlang bagi sultan namun beliau kedukaan apabila mengetahui isteri kesayangan serta zuriat dalam kandungannya diberitakan sudah meninggal dunia tanpa diketahui punca. Penduduk kampung enggan bercerita atas titah sultan namun Tun Anam sahabatnya telah menceritakan perihal sultan yang telah menzalimi isterinya.



Dengan penuh dendam, maka Laksamana bersiap sedia untuk menuntut bela atas kematian isteri dan zuriatnya. Dan pada hari Jumaat pada tahun 1699, tatkala baginda Sultan di julang menuju ke perkarangan masjid, Laksamana muncul dan menggunakan peluang terbaik ini untuk menikam perut baginda hingga santak ke ulu hati. Baginda yang sedang dalam kesakitan sempat membaling kerisnya dan terpacak mengenai ibu jari (setengah kisah di buku lali) Laksamana dan beliau rebah disitu juga dan menghembuskan nafas terakhir. Sebelum mangkat, baginda bersumpah bahawa 7 keturunan Bintan tidak dibenarkan untuk memasuki Kota Tinggi dan baginda mangkat sejurus selepas itu dalam usia 24 tahun. Jenazah baginda dikebumikan di sebuah kampung yang kini dikenali dengan Kampung Makam.

Saya berjaya menjejaki saki baki keturunan Bintan ini dan diceritakan oleh AJK sebuah masjid di Gelang Patah yang mengakui beliau adalah keturunan Bintan. Namanya dan gambarnya tidak dapat saya siarkan atas permintaan dan beliau mengakui agak takut untuk ke Kota Tinggi walaupun mengakui bahawa sumpahan tersebut telahpun berakhir. Beliau juga menceritakan perihal keturunan datuknya yang menanam pokok nangka dan apabila berbuah dalamnya tiada berisi walaupun seulas pun. Pelik tapi benar.


Salam mesra;


Mohd Shafie Muhamad

My Email: shafie_81@yahoo.com




dari mana datangnya keturunan Laksamana Bentan?sedangkan dia sendiri, anak dan isterinya da mati.
Tue 5-Aug-2008 07:41
Posted by:sue ella_1907@yahoo.com.my
Thnx Bro For The Useful Info. Very Useful for My Malay Project Wed 1-Apr-2009 05:18
Posted by:NamaSayaIalah
keturunan laksamana bentan tu telah pun sampai yg ke-11
Thu 28-May-2009 02:04
Posted by:keturunan_wan
View all 52 comments Add comment


Thursday, 15-May-2008 14:47 Email | Share | | Bookmark
Food: Daging rempah lada hitam

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...





Kalini saya kekurangan idea untuk paparkan entry terbaru..shoot kalini pun separuh hati je..betul juga kata seorang photographer yang saya minat..jika tak ada passion, agak sukar nak dapat hasil yang cantik..ni tengah dok betapa nak dapatkan balik passion yang hilang..atau mungkin penat masak pastu terkejar nak shoot..hahahahaha

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

My Email: shafie_81@yahoo.com
My Biz: http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123

cr balik passion tu bro,btw cool photo n info here.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
interested in victoria secret stuff?visit us at http://misssmells.fotopages.com/
thx, hv a nice day
Mon 16-Jun-2008 22:54
Posted by:mr.smells  - [Link]
hmm.. pagi-pagi nih tertengok pulok lauk daging nih... lapar pulok jadinya... Sat 21-Jun-2008 23:20
Posted by:dR ali drali@miosh.net  - [Link]
alamak jd lapa la plak...gmbr nmpk idop...two thumbs up bro... Wed 25-Jun-2008 05:57
Posted by:nerd104  - [Link]
View all 49 comments Add comment


Wednesday, 7-May-2008 01:55 Email | Share | | Bookmark
Nature: Sunrise

Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Terima kasih atas sokongan anda semua. Memang masih rasa marah tapi dah boleh reda. Bukannya apa, sahabat semasa susah senang dahulu akhirnya menyusahkan kita tanpa diduga. Kali ini dugaannya berat sehinggakan saya berkemungkinan akan menghadapi tindakan mahkamah atas apa yang sahabat 'baik punya' ini lakukan. Mudah-mudahan beliau diberi petunjuk dan hidayah. Dosa yang beliau lakukan sebenarnya tidak akan membuatkan beliau hidup dengan jiwa yang tenteram kerana ia akan tetap menghantui sehinggalah saat terakhir beliau bernafas di muka bumi Allah ini. Meskipun beliau boleh lari dari hukum dunia, saya akan tetap menuntutnya diakhirat kelak (marah benar nampaknya ni..)

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

My Email: shafie_81@yahoo.com
My Biz: http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123

Memang mantap! Tue 13-May-2008 06:20
Posted by:Fazz-Picturesque  - [Link]
thanks sbb sudi jenguk fp ku itew.. fyi.. awan tu kat pantai penarik, setiu terengganu...mcm yang dalam lagu tganu kite nyanyian saleem tu.. "setiu pantai peranginan" hehe Wed 14-May-2008 00:23
Posted by:~ain  - [Link]
wow speechless bro..... Wed 14-May-2008 13:18
Posted by:A r a z z s R a z w i l l  - [Link]
View all 42 comments Add comment


Tuesday, 29-Apr-2008 14:17 Email | Share | | Bookmark
Nature: Sunset on 11th April 2007

 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera!



Ini antara koleksi yang belum saya paparkan. Tak banyak yang saya ingin perkatakan kerana saya kini dilanda kerunsingan berdepan cabaran pengkhianatan dan penipuan oleh seorang yang digelar sahabat..

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

My Email: shafie_81@yahoo.com
My Biz: http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123

wow very cute bebeh ganas masuk la fp caye lagi ganas Wed 7-May-2008 05:53
Posted by:ahamd syafiq akram syafiq.amir@gmal.com  - [Link]
panas panas cute cute cute pasti pakarrr nie panas222 Wed 7-May-2008 05:54
Posted by:ahamd syafiq akram syafiq.amir@gmal.com  - [Link]
nice awan and composition...
great job...

http://alfianhashim.fotopages.com
Thu 22-May-2008 04:19
Posted by:unnamed
View all 30 comments Add comment


Tuesday, 22-Apr-2008 08:37 Email | Share | | Bookmark
Nature: Air Terjun Kota Tinggi/ Kota Tinggi waterfalls

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aiseh,,harini terlambat pulak saya update entry terbaru..biasanya hari Isnin, tetapi memandangkan kepenatan yang teramat sangat malam tadi, maka saya pun terus merebahkan badan yang keletihan ini dan terus terlelap. Mungkin stress akibat Internal audit yang berlangsung sepanjang minggu lepas yang memerlukan team saya memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Untuk entry kali ini saya ingin bawakan anda ke satu destinasi yang agak menarik iaitu Air Terjun Kota Tinggi. Perjalanan lebih kurang 15km dari bandar Kota Tinggi, Johor, destinasi ini menyajikan tempat untuk berkelah dan mandi manda. Airnya yang dingin mengalir dari puncak gunung Muntahak (jika tidak silap saya sebab ada yang cakap gunung Panti) Amat mudah untuk ke tempat ini dari bandar Kota Tinggi.

Saya berkesempatan untuk shoot bersama adik yang kebetulan pulang bercuti seminggu dari kuliahnya pada 16hb April lalu dengan membawa kelengkapan yang diperlukan. Apalagi jika bukan kamera cap Canon S5 beserta tripod. Namun begitu, kamera Vivitar tetap setia menemani cuma ia tidak dapat menghasilkan gambar yang diingini disebabkan kehabisan bateri (kira kalah sebelum berjuanglah tu). Kali ini saya aplikasikan aspek pengawalan shutter speed.



Untuk makluman, keadaan air yang agak deras adalah disebabkan hujan yang turun seketika pada petang itu. Pengunjung yang agak kurang membolehkan saya bebas melakukan photoshoot. Ada juga bro yang tahu pasal tembak menembak ni. "Nak menmbak ker?" tanya seorang brader apabila kelihatan saya terperanjat bila melihat beliau muncul di viewfinder saya. Sekadar memberi senyuman saya lihat brader tu mengambil barang-barangya dan memindahkan ke tempat lain untuk memudahkan saya menembak. Terima kasihla brader.



Di bawah ini adalah gambar air terjun dari aras ke-2. Sebenarnya ada banyak lagi aras di Air Terjun ini yang kedalamannya memang sangat dalam. Menurut kakitangan yang menjaga kawasan tersebut, jika saya ingin pergi ke aras yang seterusnya, saya perlu berhubung dengan pihak pengurusan Kota Tinggi Waterfalls Resort dan mereka akan memberikan kebenaran dengan disertai pegawai pengiring. Manatahu jika apa-apa berlaku disebabkan kawasan yang airnya sangat dalam dan kemungkinan binatang buas muncul. Di aras 2 ini juga telah dipasang jaring keselamatan untuk mengelakkan pengunjung dari tergelincir ke kawasan yang mempunyai kedalaman 24 meter. Sebenarnya sudah terdapat kes mati lemas di sini dan disebabkan itu, pihak pengurusan mengekang kawasan tersebut dari menjadi tempat pengunjung mandi manda.



Setelah tempat ini diambil alih oleh pengurusan Kota Tinggi Waterfalls Resort, bayaran masuk ke tempat ini telah dinaikkan. Makanan dari luar juga tidak dibenarkan dibawa masuk dan makanan yang dujual di tempat itu harganya agak mengecewakan. Begitu juga terdapat peraturan lain yang disediakan untuk pengunjung yang ada pro dan kontranya.

Secara peribadi, saya katakan air terjuan adalah warisan semulajadi tetapi mengapakah kita perlu membayar untuk menikmati keindahannya?. Begitu juga dengan peralatan ala taman tema air yang agak tidak sesuai dipasang di sini yang merosakkan suasana alam semulajadi kawasan sekitar. Sudahlah bayaran masuk dikenakan dan harganya agak mahal, (RM9 untuk dewasa,RM5 untuk kanak-kanak,RM5 untuk kereta) makanan dari luar pula tidak dibenarkan dibawa masuk (bimbang pengunjung mengotorkan kawsan) dan harta benda spt kereta tidak dijamin keselamatannya untuk parking. Pihak yang berwajib sepatutnya melihat perkara ini bukan sebagai satu cara untuk meraih keuntungan dari pengunjung tetapi ini adalah alam semulajadi yang mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri yang perlu mereka hargai dan bukanlah menjadikan tempat ini seperti taman tema air buatan yang terdapat di Malaysia yang lain. Bukan itu sahaja, mengapa aktiviti perlombongan masih diteruskan walhal kawasan ini sepautnya boleh diwartakan sebagai Taman Negara. Adakah kerana tamak? Rasuah? Kepincangan peguatkuasaan? Malas bertindak? sama-sama fikirkan..bimbang suatu masa nanti. bencana buruk menimpa dan kita akan kehilangan alam yang indah ini..

Keterlaluan pula membebel di sini, bukan apa, tidak mahu sebarang kemalangan buruk seperti yang telah terjadi di suatu tempat pelancongan yang terdapat kuari dan pembalakan yang akhirnya membunuh nyawa yang tidak berdosa. Selamatkan bumi kita..kempen Bumi Hijau!


Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

My Email: shafie_81@yahoo.com
My Biz: http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123


indah sangat skill abang ni!!WELL DONE!! Wed 28-May-2008 12:47
Posted by:biskuat
cntiknya gambar Sun 5-Jul-2009 02:08
Posted by:syu shashahani@gmail.com
Fri 16-Oct-2009 09:56
Posted by:unnamed
View all 43 comments Add comment


Monday, 14-Apr-2008 15:56 Email | Share | | Bookmark
Nature: Sunset on 29-03-2008

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Antara koleksi yang saya belum siarkan untuk tatapan kawan-kawan. Moment ini ketika selepas hujan lebat yang melanda Johor pada petang hari reda.

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

My Email: shafie_81@yahoo.com
My Biz: http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123


Salam.

Dapatkan Sabun Taharah - Sabun Tanah Liat yang dijamin halal & suci. Mendapat perakuan dan pengesahan Jabatan Mufti, PPIM dll.
Lawati http://fazakha.fotopages.com/?entry=1467526 untuk keterangan lanjut.
Mon 21-Apr-2008 16:52
Posted by:FaZaKha
bro lawa gambar landscape nie..mcm mana picture nie leh besar ha bila letak di fotopages.ia jadi lebih landscape. saiz pun jadi 1024 x 451.sedangkan aku set tak jadi.tetap jadi 800 maximum?..ajar sikit boleh tak bro?..tq. Sun 27-Apr-2008 06:11
Posted by:malieq mustclick@yahoo.com  - [Link]
Wow..nice capture... Thu 8-May-2008 02:05
Posted by:iryani alias iryani_iryani@yahoo.com  - [Link]
View all 30 comments Add comment


Monday, 7-Apr-2008 14:00 Email | Share | | Bookmark
Model: My wife's green shoe

 
 
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Haa..kali ini saya siarkan model photo shoot yang bertemakan alas kaki iaitu kasut. Ada dari kalangan kita yang memanggilnya kasut, sepatu, capal, sandal, selipar dan juga lain-lain panggilan mengikut jenis yang tertentu. Paling penting, ia berfungsi sebagai alat perlindungan kaki sepanjang kita bergerak di muka bumi ini.

Terdapat pelbagai jenis dan bentuk yang terdapat di pasaran yang memberikan pelbagai pilihan kepada kita sebagai pengguna mengikut citarasa masing-masing. Walau apapun pilihan, yang pastinya keselesaan menjadi kriteria utama dalam pemilihan. Harga juga memainkan peranan yang cukup penting bagi kebanyakan orang yang amat mementingkan budget perbelanjaan seharian. Bagi yang berkemampuan, mereka mempunyai pilihan untuk membeli kasut dengan harga yang lebih mahal sesuai dengan kehendak dan keinginan mereka.

Oleh yang demikian, jadilah pengguna yang bijak. Kita yang menentukan halatuju perbelanjaan seharian kita. Bak kata pepatah; ukur baju di badan sendiri. Terimakasih kepada isteri tercinta kerana meminjamkan model dan props untuk shooting kali ini.

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

My Email: shafie_81@yahoo.com
My Biz: http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123


yeahhh....aku suka sepatu ijau Tue 22-Apr-2008 17:31
Posted by:jamad  - [Link]
nice one. i love greeennn...green goblin, green apple, green witch, mcm2 la yg ijau2 hehe Mon 19-May-2008 18:59
Posted by:husni  - [Link]
sepatu hijau ni menarik kagum ku lihat wah2 Mon 23-Jun-2008 10:24
Posted by:pp acid_rain899@yahoo.com  - [Link]
View all 34 comments Add comment


Monday, 31-Mar-2008 03:03 Email | Share | | Bookmark
Nature: sunset on 25 Mac 2006

 
 
 
View all 5 photos...



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hanya ini yang saya dapat capture sepanjang minggu lepas memandangkan Johor sering dilanda hujan lebat pada setiap petang. Syukur Alhamdulillah, ada juga yang dapat saya bingkiskan buat tatapan rakan-rakan semua.

Pada entry yang lepas juga, saya ada menyatakan bahawa saya telah di serang penyakit gatal-gatal yang menyebabkan saya merasa kegatalan dan bengkak-bengkak di seluruh tubuh. Setelah pulih, saya telah diserang kembali buat kali yang kedua pada minggu lepas dan ianya lebih teruk dari yang sebelumnya. Memang terperanjat bila melihat keadaan ini berulang kembali, walhal ubat yang diberikan kepada saya pada minggu lepas masih belum habis dimakan. Lantas, saya bergegas ke klinik di tempat kerja untuk mendapatkan rawatan segera. Doktor memberikan saya injection dan Alhamdulillah, rasa gatal sudahpun berkurangan. Harap-harapnya ia takkan berulang kembali. Doktor beritahu bahawa mungkin sepanjang waktu bekerja, saya berkemungkinan telah terkena bahan kimia beracun yang menyebabkan alahan yang teruk. Maklumlah, bekerja di kawasan pelabuhan kontena..macam-macam benda yang ada kat dalam kontena yang dibawa dari seluruh dunia.

Apa-apahal pun, inilah yang dapat saya berikan buat tatapan anda. Saya shoot mrnggunakan camera PnS cap Vivitar 3780's dengan setting seperti berikut:

Shuter speed: 1/336
AV: 3.0
EV: -1.5
ISO: 100

Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

My Email: shafie_81@yahoo.com
My Biz: http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123

thanks bro sbb comment pic sy..gambar ni marvelous habis..memang cantik..sy memang minat nagkap sunset mcm ni..di harap beri tunjuk ajar untuk pic2 sy yg lain yer.. thanks Wed 9-Apr-2008 01:27
Posted by:fahmimazlan pluralapple@yahoo.com  - [Link]
lawanya......nak juga ambik pic macam ni
ajar adik plzzzz

http://syafiqakram.fotopages.com
Thu 10-Apr-2008 03:12
Posted by:syafiq syafiq.amir@gmal.com  - [Link]
thax 4da comnt..
warh.... cantiknye picture..
ley share tips?hehe
Sat 3-May-2008 16:17
Posted by:eliesphoto elies_pinky@yahoo.com.my
View all 23 comments Add comment


Monday, 24-Mar-2008 15:25 Email | Share | | Bookmark
Nature: Sinar cahayamu...

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera....




Minggu ini saya hanya berpeluang untuk merakamkan foto sinar mentari terbit lebih kurang jam 0720hrs dengan hanya menggunakan kamera henfon cap Nokia 6680 dangan ISO sekitar 250 dan aperture value 3.2. Nampak memang ada kekurangan apabila menggunakan kamera henfon nih.

Pagitu dah memang dari highway nampak sinar mentari terbit sebab biasanya pada jam 0715hrs matahari akan menampakkan dirinya. Kalini, saya dapat senario menarik sinar mentari di balek awan pagi yang berarak. Cuma kamera cap Vivitar 3780s tu pulak buat hal. Bateri habes secara tiba-tiba. Tapi tak apa, janji moment tersebut dapat dirakamkan. Cuma petang tu, kawasan pelabuhan di basahi hujan lebat tahap ribut dalam filem twister tuh.

Minggu ini jugak saya telah diserang alahan. Bintat kecil yang tumbuh di permukaan kulit terasa amatlah gatal..dang dengan kegatalan itu jugaklah, saya garuk..kruk..kruk..kruk..sehingga terasa kesedapannya..namun begitu, bintat tersebut terus membangkak dan merebak kebahagian tubuh yang lain. Wah, menggaruk tahap beruk kalini...Akibat tak tahan dengan keadaan, akhirnya saya pergi memberanikan diri berjumpa doktor untuk pengesahan. Doktor mengesahkan saya mungkin terkena alahan dari habuk ataupun gigitan serangga memandangkan saya ni jenis makhluk asing yang buleh makan sembarangan...tu yang jadik boyak tuh...



Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

My Email: shafie_81@yahoo.com
My Biz: http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123

pergh! sejak dpt editor choice ... makin mantap nie ... hehe ... kena lawan nie

FP saya dh update - SMS
Thu 27-Mar-2008 03:58
Posted by:+ FarEast +  - [Link]
cantikkkkkkkkkkkkkkkkk Mon 31-Mar-2008 15:17
Posted by:ejard jard_smailp@yahoo.com  - [Link]
sangat mantap.... Sun 27-Apr-2008 03:07
Posted by:Kururu doradora_chan123@yahoo.com  - [Link]
View all 9 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.