|
|
| Tuesday, 1-Jan-2008 18:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat tinggal 2007
|
|
Suka duka sepanjang 2007
Alhamdulillah, setakat ini usia dipanjangkan Tuhan kepada kita untuk menyambung penghidupan bagi tahun yang seterusnya 2008. Ini bermakna segala suka dan duka pada 2007 telah kita tinggalkan dan ia hanya akan menjadi kenangan tidak mengira sama ada ianya kenangan pahit ataupun manis. Bagi setiap orang, pengalaman yang ditempuhi sepanjang 2007 adalah berbeza bergantung kepada penilaian masing-masing dan cara penerimaannya.
Bagi saya, tahun 2007 meninggalkan sedikit sebanyak kenangan yang tidak mampu saya lupakan. Antara yang terindah ialah kelahiran puteri sulung tersayang pada 1 september 2007 yang lalu. Bagi saya dan isteri, ia merupakan hadiah sempena ulangtahun pertama perkahwinan setelah menanti dengan penuh sabar menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran dalam membina keluarga. Selain itu juga 2007 menyaksikan senjata terbaru yang saya berjaya miliki; Canon powershots S5 IS akhirnya dalam genggaman. Begitu juga tahun ini saya telah berjaya membawa kereta yang berusia13 tahun mendaki Genting Highlands, menempuh perjalanan panjang ke Pahang dan yang terakhir sekali ke Melaka. Sayang betul dengan kereta itu.
Itulah antara kenangan yang sempat saya ceritakan. Yang lainnya telahpun termuat di dalam fotopages ini. Semoga tahun 2008 akan memberi lebih banyak rezeki, diberi kesihatan yang baik untuk diri dan keluarga serta dipanjangkan umur. Begitu juga dengan warga fotopages semua. Selamat Tahun Baru 2008!
Salam mesra'
Mohd Shafie Muhamad
Email: shafie_81@yahoo.com
Pautan menarik:
Membongkar rahsia Teknik Niche: Klik Di sini
Mahukan website sendiri? : Klik Di sini
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 1-Jan-2008 09:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Matahari terbenam yang terakhir 2007
|
|
Misi penutup 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bagi menutupi misi bagi tahun 2007, saya paparkan 'photo shoot' matahari terbenam di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah pada 29hb disember yang lalu. Bukan mudah untuk mendapat peluang seperti ini kerana pada masa itu saya masih tercari-cari bahan yang sesuai untuk dimuatkan di dalam fotopages ini. Kebetulan pula giliran bekerja di syif malam dan jalanraya menuju ke pelabuhan agak lengang jadi saya mempunyai banyak kesempatan untuk merakamkan saat yang menarik ini. Saya selalu mengira bila detik seperti ini akan tiba disebabkan agak lama tidak melihat senario matahari terbenam sejak dari hari raya Aidillfitri yang lalu.
Saya berasa agak hampa kerana kali ini saya hanya menggunakan kamera digital Vivitar kecil yang selalu saya bawa kemana sahaja kerana ia lebih mudah dibawa dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Kamera Canon Powershots hanya saya bawa jika ada tujuan selain daripada bekerja. Namun begitu, sebenarnya kamera bukanlah menjadi masalah, tetapi bagaimana cara kita merakam detik itu adalah penentunya. Saya pernah terfikir bahawa setiap kali saya berhenti di tepi jalan dan keluar dari kereta untuk mengambil gambar matahari terbenam akan dipandang pelik oleh setiap orang yang lalu lalang. Tetapi jangkaan saya silap, ada juga yang mepunyai minat yang sama seperti saya malah, ada yang sanggup mengambil gambar tanpa sempat memberhentikan kereta! (harap jangan ulangi perbuatan yang merbahaya ini).
Walau bagaimanapun, inilah detik yang sempat saya rakamkan dan semoga akan berjumpa lagi dengan detik yang lebih indah ditahun 2008!
Salam mesra dari;
Mohd Shafie Muhamad
Email: shafie_81@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-Dec-2007 05:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Universiti Teknologi MARA kampus Alor Gajah, Melaka
|
|
UiTM kampus Alor Gajah, Melaka
Universiti Teknologi MARA kampus Alor Gajah , Melaka telah ditubuhkan sejak tahun 1984 dan terletak di Jalan Lendu, lebih kurang 5km dari pekan Alor Gajah, Melaka Bandaraya Bersejarah. Ini merupakan sedikit pengetahuan sejarah yang dapat saya catitkan ketika saya menjejakkan kaki ke bumi Melaka. Lima tahun saya tidak berkunjung ke negeri ini dan rasanya banyak jalan yang saya sudah lupakan terutama destinasi menarik yang saya pernah kunjungi dahulu.
Janggal
Pada mulanya agak janggal memandu di kawasan Alor Gajah ini untuk mencari lokasi sebenar UiTM di sini. Memandangkan tujuan asalnya adalah untuk menghantar adik ketiga untuk mendaftar bagi sesi kemasukan pelajar baru di sana. Saya bersama isteri dan anak serta kedua ibu bapa dan adik bongsu turut serta dalam perjalanan ke sana pada 23hb Disember yang lalu. Tergambar riak wajah gembira adik ketiga apabila diterima masuk ke UiTM setelah beberapa kali kecewa dalam permohonan memasuki universiti awam. Jurusan Diploma Seni Halus Fakulti Seni Lukis dan Seni Teka menjadi pilihan dan kursus ini merupakan salah satu bidang yang agak mencabar minda dan kreativiti seorang siswa. Agak berbangga apabila seorang adik menuruti jejak saya menjadi warga UiTM walaupun di kampus dan fakulti yang berlainan. Saya pernah belajar di Shah Alam dan kini adik pula di Melaka. Minggu Wawasan Siswa akan ditempuhi selama seminggu menjadi agenda utama setelah semua pelajar baru selesai mendaftar untuk mereka mengenali misi dan visi universiti serta lokasi tempat mereka belajar dan tinggal selama mereka menuntut di sana.
Keletihan
Ketika hendak meninggalkan UiTM, wajah kedua ibu bapa agak berubah kerana seorang anak mereka akan tinggal berjauhan buat sementara waktu. Ini bukan kali pertama adik ketiga tinggal berjauhan, malah ketika di PLKN sendiri dia telahpun dididik untuk hidup berdikari.
Saya mempunyai rancangan lain iaitu menjelajah ke tempat-tempat menarik di Melaka, malangnya keadaan jalan yang agak sesak terutama ke kawasan-kawasan yang menarik di Melaka ditambah lagi sudah agak lupa jalan-jalan di bandaraya membuatkan masa tidak mencukupi untuk kami berada di Melaka. Insyaallah, jika ada kelapangan mungkin kami akan kembali lagi ke Melaka untuk melawat tempat-tempat menarik sekitar Melaka.
Rasa letih sepanjang perjalanan membuatkan saya agak mengantuk setelah menjejakkan kaki ke rumah kedua ibu bapa. Walaupun begitu, selamat menjadi warga UiTM kepada adik Uda. Semoga impian anda akan tercapai!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 12-Dec-2007 10:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Misi: Cari Kerja
|
|
Misi Penting
Assalamualaikum dan salam sehahtera,
Minggu ni aku mempunyai misi terbaru iaitu menemani isteriku mencari pekerjaan yang baru. Banyak juga permohonan yang telah dihantar dan bermacam kerenah penemuduga yang telah kami jumpa. Peluang kerja banyak, tetapi kalau masih belum ada rezeki, apakan daya. Syukur Alhamdulillah, akhirnya dapat juga peluang itu.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 10-Dec-2007 14:34 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bila hari mula hujan
|
|
Bila Hari Mula Mendung
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Memang dah lama tak update fotopages saya sejak akhir-akhir ini. Banyak perkara yang perlu diuruskan memandangkan internet di pejabat tidak lagi boleh digunakan seperti biasa. Kini yang tinggal hanya TM prepaid yang saya gunakan di rumah. Itupun agak lembab dan kadangkala connection seringkali terganggu. Saya sudahpun memohon STREAMYX, malangnya dah setahun menunggu namun masih belum ada jawapan. Nak guna broadband ataupun talian lain yang lebih canggih dan efisyen, kena kira bajet bulanan yang sedia ada. Insyaallah, jika ada rezeki. Itulah sebabnya ada fp rakan-rakan yang tidak dapat saya buka kerana tidak dapat di download dengan sempurna dan harap maaf. Bukan bererti sombong atau sengaja tidak mahu berhubung, tetapi atas sebab kekurangan ini, saya tidak lagi dapat melihat kebanyakan fp rakan-rakan yang mempunyai hasil karya yang sangat hebat dan itu adalah satu kerugian bagi saya. Sementara bebanan kerja yang semakin bertambah dan tanggungjawab yang semakin berat sejak ditukarkan ke sekyen yang baru, hampir keseluruhan jadual harian dipenuhi dan juga melayan kerenah si kecil yang semakin membesar. Alhamdulillah, dalam usia 3 bulan, Intan Shahirah telahpun mampu meniarap dan hanya tunggu masa untuk belajar merangkak. Terkenang bagaimana kedua ibu bapa kita menjaga kita semasa kecil dahulu. Macam-macam ragam dan perangai. Kini kita sendiri melihat 'cermin' diri kita di hadapan mata iaitu anak kita sendiri. Padan degan muka! hahahahhahahaaha.
Bila Hari Mula Hujan
Semakin kita menuju ke penghujung tahun, semakin lebat juga hujan yang turun sejak kebelakangan ini. Ini mengimbau peristiwa mengharung banjir setahun yang lalu di mana saya dan isteri pernah hampir menggadai nyawa di jalan raya mengharungi hujan yang terlalu lebat sehingga hampir melanggar pokok yang secara tiba-tiba tumbang ditengah jalan. Kami kemudian menjadi mangsa kepungan air banjir gelombang pertama di Bandar Tenggara yang membuatkan kami tidak oleh keluar bekerja pada keesokan harinya. Hendak mengisi minyak sekalipun pada ketika itu terpaksa berbaris sehingga ke tengah jalan besar dan keadaan seolah-olah seperti ada karnival di stesen minyak pada hari itu. Namun, itu bukanlah pengalaman yang pertama bagi saya kerana dari kecil sehingga usia sekitar 15-16 tahun, setiap hujung tahun saya sekeluarga akan terpaksa mencari perlindungan dari banjir yang menenggelamkan seisi rumah. Macam-macam yang kami jumpa setelah banjir reda termasuk pelbagai jenis binatang berbisa ketika membersihkan rumah. Syukur kini setelah berpindah ke kawasan yang lebih tinggi, banjir gelombang pertama dan kedua tidaklah menjadi masalah kepada kedua orang tua saya walaupun keliling rumah dikepungi air . Menjelang akhir tahun ini, hujan telah mula turun dengan lebatnya boleh dikatakan setiap hari. Minggu lepas, saya hampir tidak dapat pulang ke rumah kerana terdapat jalanraya yang telah mula digenangi air namun, dek kerana teringatkan anak isteri di rumah, saya gagahkan jua untuk pulang dan hanya bertawakkal kepada Tuhan moga dipermudahkan perjalanan. Syukur tiada apa yang berlaku sepanjang perjalanan pulang. Mudah-mudahan, kali ini tiada lagi kemusnahan seperti tahun yang lepas!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 3-Nov-2007 15:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Hari Raya
|
|
Selamat Hari Raya!!!
Alhamdulillah, aku dah kembali samula menjeguk fotopages yang agak lama aku tinggalkan. Selamat hari raya Aidillfitri aku ucapkan kepada rakan-rakan di fotopages yang masih setia bersama-sama dengan fp aku yang tidak seberapa ini. Banyak perkara yang aku lakukan setelah bergelar sorang bapa. Sibuk melayan kerenah anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa dan masih memerlukan perhatian yang secukupnya dari kedua ibu bapanya. Lagipun, aku telahpun ditukarkan ke seksyen lain dalam jabatan aku maka masa untuk aku menjenguk ke fp seakin berkurangan setelah penat bekerja. Insyaallah, aku tidak akan melupakan fp dan akan ada update susulan selepas ini. Terlalu banyak kegembiraan yang aku perolehi pada hari lebaran yang mana kalau dahulu beraya berdua, tapi kini telahpun bertiga dan aku amat bersyukur dengan pemberian-Nya. Di sini ingain aku hulurkan tangan memohon kemaafan seandai kiranya sepanjang entry aku dalam fp ini ada yang terasa hati dan mendatangkan perasaan yang kurang senang dikalangan kawan-kawan.
Majlis Cukur Jambul
Pada 28hb October yang lalu, telah berlangsung majlis cukur jambul anak aku di rumah ibu mertua aku. Tarikh tersebut telah dipilih memandangkan kebetulan giliran rumah ibu mertua aku mengadakan upacara marhaban. Jadi, kata sepakat telah diambil untuk menjadikan majlis tersebut sebagai majlis cukur jambul untuk puteri sulungku. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir memeriahkan suasana.
Salam kasih;
Mohd Shafie Muhamad
Email: shafie_81@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Oct-2007 03:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bulan pada malam 15 Ramadhan
|
|
Gambar ni aku shoot pada malam ke-15 Ramadhan ketika selepas waktu berbuka di halaman rumah ibu mertua di Felda Air Tawar 2. Haa..mak mertua pun ada 2 tau! Tapi jangan pulak salah anggap aku kawen 2. Mak mertua aku yang kat Air Tawar ni sebenarnya adalah makcik kepada bini aku yang menjaga bini aku sejak dia lahir. Kalini, bila bini aku pulak yang bersalin, dia kembali semula ke rumah ini untuk menghabiskan pantang.
Masa Berlalu
Cepat benar masa berlalu meninggalkan kita yang kadangkala masih enak dibuai mimpi. Bulan Ramadhan yang menjanjikan pelbagai rahmat dan keberkatan serta keampunan untuk kita rebut peluang keemasan ini. Kerana apa? Kerana tahun depan belum tentu lagi kita akan dapat menyambut bulan Ramadhan yang sangat dimuliakan oleh orang-orang yang benar –benar memahami akan erti dan pengisian bulan Ramadhan. Telah ramai para Ulama’, mufti-mufti, ustaz dan ustazah membicarakan tentang kelebihan bulan ini yang tiada tehingga khas untuk umat Nabi Muhammad SAW. Telah dijelaskan juga kepada kita bahawa Ramadhan itu pada awalnya adalah rahmat, dipertengahannya pula adalah keampunan dan pengakhirannya adalah kebebasan dari api neraka.
Aku bukanlah seorang Ustaz yang pakar dalam membicarakan perkara ini kerana banyak lagi ilmu yang harus aku pelajari dan aku sedar kelemahan aku sebagai manusia di muka bumi Allah ini. Tetapi, harus diingat, kita tidak seharusnya kekal menjadi orang yang jahil dalam hal agama kerana Islam menuntut semua umatnya untuk menuntut ilmu pengetahuan bukan sahaja hal-hal berkaitan hokum hakam, bahkan juga ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan manusia sejagat. Sedih jika melihat ada rakan-rakan seagama kita yang masih tidak tahu apakah nilai dan erti berpuasa di bulan Ramadhan. Di bulan ini masih kelihatan yang ‘kurang’ faham dan yakin akan kelebihan berpuasa. Antara alasannya adalah kepenatan walaupun bekerja di bangunan yang dilengkapi alat pendingin hawa, sentiasa sakit perut walhal ia tidak berlaku dalam bulan-bulan yang lain dan lebih malang lagi, tidak dapat menahan diri dari ingin menghisap rokok. Golongan ini harus disedarkan dari lena. Golongan ini bukannya tidak dapat membezakan antara yang benar dan yang salah, cuma hati mereka telah ditutupi oleh kabut dosa yang menyelimuti sehinga cahaya iman yang bertindak sebagai pelindung telahpun kelihatan samar. Jika kanak-kanak berusia 5 tahun mampu menahan lapar dan dahaga, kenapa sesetengah dari kita yang usianya telahpun menjengah pengakhiran zaman remaja tidak mampu menahan godaan hawa nafsu yang menjaditunjang hidup mereka selama ini.
Ketahanan
Jika kita melihat sejarah kehebatan Islam, tercatit sejarah bahawa peperangan Badar telah berlaku di dalam bulan Ramadhan. Bagaimanakah umat Islam pada masa itu berjaya menahan diri dari makan dan minum dan berjuang di tengah terik mentari demi mempertahankan maruah agama sedang kita di sini masih mampu menunaikan ibadah puasa ini tanpa rasa bimbang keselamatn diri diancam. Cuma kita bayangkan jika Negara kita ini berada di dalam kancah peperangan dek kerana kealpaan kita mengingati Allah. Ketika itu barulah kita akan sedar akan keperluan meminta pertolongan dari Allah sedangkan selama kita hidup aman dan damai, kita ingkar akan perintah-Nya. Pada masa itu menyesal pun tiada berguna kerana janji Allah itu sememangnya benar!
Ada yang mengatakan “buat apa kau sibuk, kubur masing-masing”. Saya tersenyum sinis memandang betapa jahilnya mereka hidup di bumi Allah ini. Saya bertanyakan soalan kepada mereka, “Adakah anda sudah bersedia untuk kembali kepada Allah jika nyawa kamu diambil sebentar lagi?” “Apakah kata-kata kamu ini menunjukkan kamu berani menghadapi soal jawab kubur” “Adakah kamu berani menahan azab kubur yang tidak terperi sakitnya?” Banyak lagi yang ingin saya utarakan, tetapi jika soalan itu tidak bisa dijawab maka ketahuilah bahawa kita sebagai umat Islam ingin kembali kepada Allah dalam keadaan yang baik. Jika golongan yang bongkak ini tahu bahawa betapa azabnya siksaan kubur diperlihatkan dihadapan mereka mungkin mereka akan sedar bahawa kata-kata bongkak mereka telah membuatkan mereka binasa dan menderita sampai bila-bila.
Mohd Shafie Muhamad
email: shafie_81@yahoo.com
blog: http://360.yahoo.com/shafie_81
MyMode: http://prepaid4u.net/?id=mshafie123
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Sep-2007 16:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ramadhan dan kurma
|
|
Aku dan kurma
Sejak aku demam sehari sebelum puasa yang lepas, aku rasa berat nak angkat kamera dan carik subjek yang aku nak shoot bulan puasa ni. Target mula-mula nak amik gambar kat bazar ramadhan, tapi kaki malas pulak nak melangkah. Last-last, buah kurma percuma tajaan Yayasan Al-Bukhari yang menjadi sasaran lensa kamera. Yang penting sekali setiap ramadhan, pastinya buah kurma yang menjadi makanan yang popular sewaktu berbuka.
Sekarang ni aku dah duduk membujang kat rumah, jadi agak kalut jugalah nak masak, basuh baju, kemas rumah..mujur aku tahu memasak, jadi tak terasa sangatlah bini takde. Ini pun aku takde idea menarik nak shoot.
Mohd Shafie Muhamad
Myblog: http://360.yahoo.com/shafie_81
MyPrepaid: http://prepaid4u.net/?id=mshafie123
|
|
|
|
|
|
| Monday, 17-Sep-2007 05:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Intan Shahirah anakku...
|
|
Selamat menyambut Ramadhan
Rasanya masih belum terlambat lagi bagi aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua warga fotopages dan umat Islam khususnya. Mudah-mudahan segala amal yang kita lakukan akan mendapat balasan berganda dari Allah SWT. Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih atas segala komen yang diberikan dan juga minta maaf atas kesibukan meguruskan bermacam-macam hal, maka tidak sempat untuk melawat fp kengkawan.
Intan Shahirah
Memang aku akui setelah bergelar bapa, maka banyak perkara yang aku kena uruskan. Hari keempat kelahiran anak kami yang bernama Intan Shahirah binti Mohd Shafie mempunyai berat 3.9kg sewaktu dilahirkan telah pun didaftarkan namanya sebagai warganegara Malaysia mengikut perlembagaan. Terasa macam tak percaya pulak bila tengok surat beranak tu yang nama aku tertera sebagai bapa. Kalau dulu aku selalu ikut abah isi boring kat JPN masa aku dapat adik baru, tapi kalini aku yang buat sendiri untuk anak aku. Inilah yang dinamakan kitaran hidup, generasi akan berkembang dan terus berkembang. Permulaan hidup aku sebagai seorang bapa diuji apabila anak aku disahkan kena penyakit kuning. Dah aku terpaksa berulang alik ke klinik kesihatan setiap hari. Mujur Intan tak banyak ragam dan kelihatan tenang biarpun hari-hari dicucuk dengan jarum. Tapi kini Alhamdulillah, sememangnya susu ibu adalah antibodi terbaik untuk bayi. Buat masa ni anak bini aku menghabiskan masa berpantang di rumah mak mertua dan aku tinggallah berseorangan di rumah…(bujang lagi nampaknya…)
Demam
2 hari sebelum Ramadhan menjelma, aku telah diserang selsema yang teruk desertai sakit tekak yang teramat sangat. Tak sangka pulak kebetulan 1 hari sebelum Ramadhan, aku sepatutnya dah naik kerja semula tetapi doctor dengan murah hati bagi aku berehat 1 hari untuk menyambut sahur yang pertama dengan anak dan isteri di kampung. Berat hati jugak nak tinggalkan anak bini kat kampung, tapi memandangkan aku perlu bekerja semula setelah 9 hari bercuti maka aku terpaksa redha. Tapi memang suasana kat rumah sendiri memang berbeza. Terasa macam sunyi je rumah..kalau dulu ada bini yang menyambut kepulangan aku bekerja, tapi kalini aku bersendirian. Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ni. Setahun yang lepas, kami masih berdua berbuka puasa bersama-sama, tapi kalini hanya aku yang menjamah juadah berbuka berseorangan. Mudah-mudahan bila tiba hari raya nanti aku tak kena demam lagi!
Best regards;
Mohd Shafie Muhamad
Email: shafie_81@yahoo.com
MyBlog: http://360.yahoo.com/shafie_81
MyMode: http://prepaid4u.net/?id=mshafie123
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Sep-2007 00:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tibalah masanya 2!
|
|
Tak sabar
Tak sabar rasanya nak update fp untuk kali ini. Tetapi memandangkan banyak perkara yang perlu aku uruskan, maka aku hanya dapat nukilkan sedikit daripada apa yang berlaku selepas dari entry yang sebelumnya.
Pada 31hb Ogos yang lalu, pada pagi yang ceria, isteri aku masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk bersalin dan doctor telah mengambil keputusan untuk memberikan ubat untuk mempercepatkan tanda-tanda tersebut. Kira paksalah ni sebab da terlebih hari. Memang rezeki anak agakya isteri aku turut menerima hamper sempena hari kebangsaan oleh tetamu VIP hospital Sultanah Aminah pada hari itu. Jam 12 tengahari, aku bersama kedua orang tuaku dan adik-adik melawat isteriku yang sudah mula menunjukkan rasa sakit mugkin kesan dari ubat yang diberikan oleh doktor. Sehingga jam 5 petang, isteriku dibawa ke bilik doktor untuk pemeriksaan jantung bayi dan alangkah terperanjatnya aku bila isteriku kembali dengan menaiki kerusi roda. Jururawat memberitahu bahawa air ketuban isteri telah dipecahkan dan mungkin anak aku akan dilahirkan tidak berapa lama lagi.
Bilik bersalin
Setelah mengambil beberapa barang keperluan, aku menemani isteri ke bilik bersalin pada jam 6 petang. Isteriku telah mula merasa kesakitan dan aku beranggapan, mungkin rezeki lahir 31hb Ogos masih ada untuk kami..
Teringat kepada orang tuaku yang aku tinggalkan di wad bersalin..rasa bersalah pula meninggalkan mereka. Mujur ada pakcik saudara yang sudi membantu menumpangkan mereka. Sebenarnya kami memang tidak menyangka bahawa isteri aku akan ke bilik bersalin secepat ini jadi, aku punya masa untuk menghantar mereka pulang selepas waktu melawat nanti. Mintak maaf mak ngan abah..Along kena temankan isteri kat bilik bersalin.
11 jam isteriku menanggung kesakitan namun anak masih tidak menunjukkan tanda-tanda keluar. Sepanjang malam itu aku mengajaknya membaca surah Al-Fatihah, disamping zikir-zikir memuji Allah dan selawat ke atas Nabi berulang ulang. Jeritan dan tangisan isteri sepanjang malam membuatkan tembok kebal ego seorang lelaki yang ada dalam diri aku runtuh sama sekali. Sehingga aku tak dapat nak tahan air mata bila melihat iseriku merayu meminta derita yang dialami segera dihentikan. Aku merayu kepada doctor supaya mencari jalan lain setelah 6 jam isteriku menahan sakit tetapi jawapan yang sama diberikan iaitu ia adalah normal dan mereka ingin menunggu sehingga 11 jam sebagai limit waktu sesudah air ketuban dipecahkan.
Dewan Bedah
Sehingga jam 6 pagi 1hb September, ketua doctor yang bertugas mengesahkan bahawa isteri perlu dibedah untuk mengeluarkan anak aku setelah tamat 11 jam masa yang diberikan untuk bersalin normal. Isteriku kelihaan lemah dan tak bermaya. Setelah persiapan untuk ke dewan bedah dilakukan, aku dan isteri berdoa kepada Tuhan agar dilindungi dan pembedahan akan berjalan lancar. Rasa sebak diiringi dengan air mata membuatkan doa yang aku baca tersekat separuh jalan. Usapan tangan isteri di pipiku yang basah menaikkan kembali semangatku. Sehingga doa selesai, aku menemani isteri terus ke dewan pembadahan. Aku menunggu di luar dengan penuh debaran sehingga rasa letih membuatkan aku tertidur.
Lebih kurang jam 10 pagi, isteriku dibawa keluar..dan hanya senyuman manis seorang isteri dapat menceritakan kegembiraan yang teramat sangat. Kelihatan seorang bayi perempuan di hujung katil trolley dan itulah anak kami. Sangat comel! Macam tak percaya itulah zuriat pengikat kasih kami. Isteri dibawa ke wad bersalin dan aku uruskan segala keperluan barangan hingga proses pengalihan katil sekalipun aku turut serta membantu jururawat yang bertugas.
Malangnya aku masih belum dapat memegang anakku kerana masih belum dibersihkan lagi dan aku diminta keluar dari wad oleh pengawal keselamatan kerana waktu itu bukan waktu melawat. Sehinggalah waktu melawat pada tengah hari, aku sendiri terpaksa mengambil anak dari jururawat yang bertugas dan aku azankan dan iqamatkan sebagai permulaannya hidup sebagai umat Islam di bumi Allah. Lebih menceriakan kedua ibu bapaku serta abang ipar sekeluarga turut hadir bersama memeriahkan suasana.
Kepuasan
Aku memandang isteri dan aku dapat rasakan kepuasan pada matanya setelah melihat anak kami selamat dilahirkan. Walaupun lahir pada 1hb September, tetapi aku tetap puas dan bersyukur...dan pandangan inilah yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila! Setakat ini dahulu yang hendak aku sampaikan..gambar-gambar tak sempat nak edit..Lagi satu, jururawat tuh tak kasik aku amik gambo anak aku..ishhh
|
|
|
|
|