Want your
own Fotopage?










 
Mohd Shafie's FotoPage

By: Mohd Shafie Muhamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Thursday, 30-Aug-2007 15:17 Email | Share | | Bookmark
Tibalah masanya...

 


Pergi Hospital

Harini 30hb Ogos , genaplah 6 hari tambahan yang diberikan oleh Hospital Daerah Kota Tinggi jika anak dalam kandungan isteri masih lagi belum lahir mengikut tarikh jangkaan. Jadi, aku dan isteri telah pergi ke hospital pilihan iaitu Hospital Sultan Ismail. Malangnya, aku dan isteri terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya. Menurut jururawat yang bertugas, anak dalam perut isteri aku masih belum menunjukkan tanda-tanda ingin keluar dari perut ibunya. Agaknya anak aku ni mintak overtime kot kat dalam perut. Rawatan di HSA menunjukkan anak aku berada salam keadaan sihat dan doktor akan melakukan rawatan pada keesokan hari. Seharian aku menemani isteri di wad hingga tamat waktu melawat kira-kira jam 7:30 malam (kene usir dengan makcik guard) hahahahahahaha. Aku dan isteri berharap anak aku akan keluar pada 31hb esok..tetapi kalau tak ada rezeki tak mengapalah...

Selamat hari Merdeka

Aku nak ucapkan selamat hari Merdeka yang ke-50 kepada seluruh warga fotopages dan rakyat Malaysia khususnya. Mudah-mudahan negara kita kekal aman bahagia hendaknya sampai bila-bila...sayangilah negara kita!!!!!

>> lahir bila tu tak penting...
>> yang penting semuanya selamat...
>> kalau dpt lahir 31hb kira bonus...
>> apapun, salam merdeka utk bro...
Thu 30-Aug-2007 18:11
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
sabarlah fie.. Biarlah dia lahir bila² pun. yang penting dia sihat & selamat..Salam Merdeka juga untuk ko bro fie... Tambah rezeki lagi.. Sat 1-Sep-2007 05:22
Posted by:lie syahmie12@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 29-Aug-2007 16:31 Email | Share | | Bookmark
Haslinda & Irwani

 
 
 
View all 6 photos...


Malang sekali

Pada 17hb Ogos yang lalu, setelah sehari isteri aku keluar wad, aku bersama kedua ibu bapa dan adik-adik pulang ke kampong halaman di Benut, Pontian untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak sepupu aku iaitu Haslinda Binti Ismail dengan pasangannya Muhamad Irwani Bin Nooruldin pada 18hb keesokan harinya. Malangnya aku tidak dapat membawa isteri bersama atas sebab kesihatan. Bertolak selepas maghrib dan hanya tiba di sana pada jam 10 malam hinggakan aku sendiri telah terlepas peluang untuk merakamkan detik pernikahan yang telah berlangsung pada malam itu juga! Aku cuma dapat merakamkan saat pre-sanding malamtu.



Majlis gilang gemilang

Majlis gilang gemilang itu pada mulanya dijangka bermula dengan ceria tetapi hujan lebat telah menemani sepanjang pagi. Mujur menjelang tengahari, hujan teduh sepenuhnya dan majlis telah berlangsung dengan meriah terutama upacara ‘lalu bawah pedang’. Sesungguhnya bertuah kakak sepupu aku ini kerana bersuamikan seorang pegawai PDRM dan majlis telah diatur mengikut adat istiadat PDRM. Kebetulan Pak Long aku adalah bekas seorang pegawai polis, maka majlis tersebut juga adalah untuk menemukan kembali rakan-rakan yang pernah berkhidmat dengan beliau terutama mereka yang menyertai Pasukan Polis Hutan (PPH) di Bakri, Muar dahulu.



Tahniah

Ucapan tahniah kepada keluarga Encik Ismail Bil Latis kerana telahpun mendapat menantu. Sebenarnya tak banyak gambar yang boleh aku lampirkan kerana mutu yang kurang baik..(sebenarnya aku kalah bab shooting indoors).Lagi satu, aku bukan wedding photographer! hahahahahahahha....

one more thing....
please send my regard to Puan Haslinda dan pasangannye......
Fri 11-Apr-2008 17:26
Posted by:fathie rocky
piee````hang mandai2 tarok gambar aku dalam internet`.dah la husband aku tu hensem.kang kena kebas.apa-apapun terima kasih banyak222 Wed 23-Apr-2008 12:08
Posted by:haslinda bt md ismail lindaleng7763@yahoo.com
alamak adik aku la dalam nie. mcm mana hang dapat gambar ni hah? Tahniah la. bukan pengantin baru lagi He.... Wed 23-Apr-2008 12:11
Posted by:Cute girl
View all 7 comments Add comment


Friday, 17-Aug-2007 06:21 Email | Share | | Bookmark
Bawak-bawaklah berehat..

 
 


Panggilan kecemasan

Hari Rabu, 15hb Ogos semasa aku sedang sibuk bekerja diawal pagi lebih kurang pikul 11, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari orang rumah mengatakan dia perlu di hantar ke Hospital Daerah Kota Tinggi setelah mendapati anak aku yang berada dalam kandungan tidak aktif sejak semalam. Jadi, pagi itu juga aku bergegas pulang dari Pelabuhan Tg. Pelepas ke rumah keluarga mertua di Bandar Tenggara untuk mengambil isteri tercinta. Laju memang tak ingatlah sebab aku risaukan apa-apa yang terjadik pada baby aku.



Di tahan ward

Sesampainya aku dan isteri di bangunan wad bersalin, isteri aku ditempatkan di unit penilaian untuk memastikan keadaan kandungannya. Lebih 2 jam aku menunggu dan barulah aku dapat rasakan bagaimana letihnya jika menunggu isteri bersalin. Sedang menunggu keputusan di bilik penilaian pun sudah begitu lama, apatah lagi menunggu di bilik bersalin. Agak lengang pada hari itu dan selepas itu aku diberitahu bahawa doktor telah membuat keputusan untuk menempatkan isteri aku di wad bersalin untuk pemerhatian selanjutnya. Menurut laporan, anak dalam kandungan isteri aku tidak mempunyai masalah, cuma mungkin saiz badannya yang agak besar membuatkan pergerakkannya terbatas. Lega hati mendengarnya.



Keluar wad

Setelah semalaman isteriku berada di wad, doktor telah mengesahkan bahawa kemungkinan anak aku akan lahir dalam jangkamasa seminggu lagi. Maka dia dibenarkan pulang ke rumah dan berehat secukupnya. Setelah aku menguruskan dokumen untuk mengeluarkan isteri aku dari wad, aku bawa pulang ke rumah mak aku di Kg Makam. Kebanyakan foto aku ambil semasa aku dalam keresahan menunggu pangilan telefon isteri dan satu sempat aku shoot dari wad. Minta maaf doktor..hehehehe

huuu~ besnye sbb still ade kampung... bes bes Sun 26-Aug-2007 06:35
Posted by:amroose  - [Link]
Dah lahir ker belum...? Mon 27-Aug-2007 03:13
Posted by:doubleukayes  - [Link]
sayang seorang suami....bertuah isterinya....

Entryku kali ini…

Namdaemun tegak berdiri gagah
Gerbang selatan pintu negeri
Rakyat tempatan merasa megah
Terkenal segenap ceruk negeri

Menjadi kegilaan kaum hawa
Buat hiasan ditudung dan baju
Berada di sana rambanglah mata
Kalau boleh nak dapat satu
Mon 27-Aug-2007 06:01
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Saturday, 4-Aug-2007 16:59 Email | Share | | Bookmark
Pantai Pasir Layar,Pasir Gudang

 


Pantai Pasir Layar

Dah setahun duduk kat Pasir Gudang barulah aku berpeluang nak pergi ke pantai nih. Terletak berdekatan dengan kawasan pelabuhan Tamjung Langsat, pantai ni taklah besar sangat sebab terletak di kawasan pelabuhan dan pembinaan kilang-kilang bahan kimia yang sedang berjalan. Airnya juga tak berapa bersih mugkin kerana di sini adalah kawasan perindustrian, maka tempat ini lebih sesuai dijadikan tempat merehatkan badan dan mata.

Pertandingan Perahu Layar Terbuka Johor

Kebetulan waktu aku pergi,sedang berlangsung satu pertandingan perahu layar yang disertai oleh pelbagai golongan. Tak sangka pulak tempat ni menjadi tumpuan sebab aku tak pernah dapat info jika ada sebarang event kat sini. Jadi kira langkah kanan jugaklah aku ke sini..itupun atas permintaan orang rumah. Cuma tak banyak yang aku cover pasal event ni seab tujuan asalnya adalah untuk melihat sendiri keindahan Pantai Pasir Layar. Sekali sekala cuba layan kolaj pulak!

Mohd Shafie Muhamad
http:360.yahoo.com/shafie_81

at last dapat gak ryn update my FP...heheh...neway ada entry baru tau....drop by my page ekk... Thu 16-Aug-2007 04:23
Posted by:zasryn  - [Link]
lama tak update! Thu 16-Aug-2007 08:05
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
Entryku kali ini…

Sungai Han terbentang luas
Direntangi berpuluh buah jambatan
Menyusurinya amatlah puas
Menikmati neon yang gemerlapan
Fri 17-Aug-2007 03:09
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
View all 26 comments Add comment


Thursday, 2-Aug-2007 09:59 Email | Share | | Bookmark
Bulan edisi kedua

 


Tangan dah gatal

Sebenarnya minggu ni aku agak sibuk dengan kerja dan membataskan aku dari shoot something new. Tapi memandangkan tangan aku ni dah gatal sangat nak shoot something, maka aku dapatkan juga peluang shoot bulan masa aku balik ke rumah mertua aku malam 31hb yang lepas. Dah seminggu beb duduk sorang kat rumah. Kebetulan pulak esok aku ngan orang rumah ada appointment kat Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk tengok progress baby dalam kandungan. Jadi, malamtu aku ajak orang rumah keluar makan sambil jenjalan sekitar taman perumahan walaupun jam dah hampir 12 malam. Pedulik apa..dah jadik orang rumah..kalau belum kawin tu lainlah..Bulan kalini agak kecil saiznya jika dibandingkan dengan entry dulu..


Mohd Shafie Muhamad
http://360.yahoo.co/shafie_81

wooo..best bro.. Mon 6-Aug-2007 15:02
Posted by:k@sturi kasturi_7p@hotmail.com  - [Link]
bulan sabit merah takde ke?!!!
hheheheh
nice
Tue 14-Aug-2007 15:44
Posted by:rei  - [Link]
POWER Thu 30-Aug-2007 01:00
Posted by:azam61pd azam61pd@yahoo.com
View all 11 comments Add comment


Monday, 30-Jul-2007 01:49 Email | Share | | Bookmark
Alamak Jem Pulak!

 
 


Tetiba jalan jem

Hari ini aku tiba lewat 10 minit kat opis disebabkan tersangkut kat lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Perling. Memang pagini aku rasa mengantuk sangat nak bangun pagi. Walaupun ini hari kedua dalam mingguni aku bekerja, tapi kalau kena syif pagi memang melemahkan semangat. Nak tau kenapa? Semua gara-gara kemalangan yang berlaku kat highway telah menyebabkan aku tersangkut kat dalam kesesakan hampir sejam. Sampai naik penat kaki pijak klac ngan brek..

Kemalangan

Satu kemalangan jalanraya telah dilaporkan berlaku di lebuh raya Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru lebih kurang 200 meter dari susur masuk ke Taman Kota Puteri, Pasir Gudang awal pagi tadi. Kemalangan melibatkan sebuah lori tangki Petronas dan sebuah kereta jenis Nissan Sunny yang masing-masing menghala ke arah yang sama. Kemalangan ini telah menyebabkan kesesakan teruk sepanjang lebuhraya berikutan kedua-dua lorong hampir sukar dilalui oleh kebanyakan kenderaan disebabkan keadaan kereta yang remuk teruk melintangi jalan tersebut. Pihak Polis dan ambulan telahpun dikejarkan di tempat kejadian.

innalillah..selamat ke x passenger tu?? kena baca doa sbl mandu..sama2 kita berhati2.. Tue 31-Jul-2007 01:54
Posted by:r a z i  - [Link]
Siapa yang patut bertanggungjawab atas kemalangan ngeri ini.Anda mampu mengubahnya. Tue 31-Jul-2007 11:47
Posted by:M.Amirul Amsyar  - [Link]
bawak roti .. lepas tu boleh di sapu dengan jemmm heh heheheh... Wed 1-Aug-2007 12:44
Posted by:korok  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Sunday, 29-Jul-2007 02:34 Email | Share | | Bookmark
Sepetang di Kampung Makam

 
 


Rindu

Minggu ni aku banyak menghabiskan masa menziarah kedua orang tuaku dan keluarga mentuaku. Dah seminggu aku 'bujang' kembali kat rumah disebabkan orang rumah dahpun aku anto balik umah mentua aku untuk menunggu saat kelahiran anak aku. Dah seminggu takde orang rumah rasa rindu pulak, tambah lagi orang rumah merengek nak mintak bawak jenjalan. Boring agaknya asyik terperap kat rumah mak dia. Tu yang aku amik bawak jenjalan..



Pengkalan Kota

Aku balik ngan orang rumah menziarahi orang tua aku. Kampung aku dikenali dengan Kampung Makam Sultan Mahmud Mangkat di Julang. Tetapi ramai yang hanya menyebut Kg.Makam sahaja. Sultan Mahmud ini pula merupakan waris Kesultanan Melayu Melaka yang terakhir. Telahpun ada dokumentari dan filem berkenaan Sultan Mahmud ini. Paling terbaru berita mengenai kehilangan seorang staff produksi yang membuat dokumentari mengenai sejarah makam tersebut. Agak menggemparkan sehingga diberi liputan oleh akhbar-akhbar harian. Insyaallah, jika ada kesempatan, akan ada full version mengenai Kampung Makam ni. Entry kalini aku lebih kepada jeti yang dinamakan Pengkalan Kota. Tempat ini menjadi tempat bot-bot pemancing sungai yang aktif berlabuh dan juga menjadi tumpuan para pemancing yang ingin mencuba nasib mendapatkan 'udang bangkang' ataupun 'udang jongkong' iaitu gelaran bagi udang besar yang terdapat di sungai Johor.



Terjebak

Akupun dulu terjebak sama dalam aktiviti ini (memancing udang), tetapi itu dah 5-6 tahun dulu. Dah lama tak pegang joran memandangkan bot dan enjin pun dah dijual, joran pula dah bersemadi di dasar sungai Johor. Cuma aku seronok dapat tengok kaki-kaki pancing dapat menaikkan udang dengan bangganya. Besar atau kecil memang tak jadi masalah, asalkan puas hati setelah lama menanti. Bukan senang nak mancing udang tau!

Macam tak kena

Memandangan waktu dah menhampiri maghrib, jadi tak banyak shot yang aku amik. Insyaallah, jika ada kelapangan akan ada update untuk sambungannya. Cuma aku rasa ada macam tak kena jek dengan shot kalini. Macam ada yang kurang tapi tak tau kat mana. Aku masih tak puas hati ngan shot yang aku amik. Mungkin aku kena carik angle yang lebih baik untuk tatapan semua.

Mohd Shafie Muhamad
http://360.yahoo.com/shafie_81

wahhhh shot semakin power semenjak 2 menjak ni! Thu 2-Aug-2007 05:50
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
wahhhh shot semakin power semenjak 2 menjak ni! Thu 2-Aug-2007 05:51
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
bang nie picture nie amik pakai digital ker...cantik gak ekkkk Thu 23-Aug-2007 07:40
Posted by:carameloman
View all 10 comments Add comment


Monday, 23-Jul-2007 14:39 Email | Share | | Bookmark
Oh Muhamad Nur Hakim....

 


Terperanjat

Minggu lepas, aku sempat balik menjengah orang tua aku kat kampong. Hehe..rumah taklah jauh sangat. Setakat Pasir Gudang-Kota Tinggi je. Tapi sejak dah berumah tangga ni, memang jarang aku balik kampong. Udah adat hidup bekeluarga,berjiran, ada masyarakat yang nak kita bergaul. Kalau tak nanti digelar kera sumbang pulak.

Tapi ada perkara yang paling aku tak sangka ialah, bila sampai rumah jek, aku dengar suara baby kecik tengah nangis. Alamak, anak siapa pulak tu? Setau aku, dalam family aku, cuma aku sorang jek yang dah kawen.




Oh...

Rupanya mak aku dapat offer bela anak jiran aku. Namanya Muhammad Nur Hakim. Baru 2 bulan. Ingatkan aku dapat adik lagi..maklumlah mak aku ni muda lagik..kalau kuar jenjalan dengan mak aku, mesti orang ingat aku adik mak aku..hahahahhahaahhaa..tapi, kalaulah betul mak aku ada anak lagi, maknanya anak aku yang lahir nanti mesti sebaya ngan pakcik dia...Isssshhhh.



Comelnyer..

Aku tak tau camner nak edit gambo si Hakim ni..mula-mula nak buat efek macam dalam mimpi tu, tapi tak pandai ah..aku belasah je apa yang ada pakai photoshop. Kalau ada yang terer, mintak ajarkan..hehehe. Apa pun, welcome to the club Hakim. Mengikut apa yang bapak aku cerita, Hakim ni minat tengok TV..terutama WWE..Bahaya nih.....

Mohd Shafie Muhamad
http://360.yahoo.com/shafie_81
email: shafie_81@yahoo.com

dah pegi Hosp Sult Ismail tu, tapi hampeh , depa tak check pun even though dah due date...cuma ckp dtg semula lepas 6 hari..... ...memula mmg situ la hajatnya...last2 tu la sesat kat penawar...tapi charges nye mak aiii..potong leher Fri 27-Jul-2007 06:26
Posted by:ArazzsRazwill  - [Link]
wahhhh handsome young baby! Fri 27-Jul-2007 06:49
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
Cute baby ni... efek pun menarik Sun 29-Jul-2007 02:04
Posted by:Zoomer  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Friday, 20-Jul-2007 18:00 Email | Share | | Bookmark
Bulan sabit

 
 
 


Bulan sabit nampakkan serinya

Ahah, biasanya orang suka nengok bulan penuh. Kalini aku bawakan dari depan rumah mak aku bulan sabit. Asyik nak shoot bulan penuh jek. Sedangkan banyak dalam dunia ni yang pakai nama bulan sabit. Sebagai contoh; Persatuan Bulan Sabit Merah. Ada lagi, kat Jalur gemilang pun ada bulan sabit. Ambulan kat Malaysia pun ada lambang bulan sabit. Apatah lagi kat atas puncak kubah masjid juga kebanyakannya berbentuk bulan sabit.

Sebenarnya, aku saja je amik shot bulan setelah kejayaan aku mengambil shoot bulan tempohari. Kalini aku pakai tripod. Tapi nampak ada gear sikit pasal bumi ni sebenarnya berputar, jadi bulan tu akan kelihatan lari daripada center gambar kat viewfinder camera. Tu yang namanya cabaran dalam amik gambo bulan ni. Asal lambat sikit jek, dapatlah shot separuh badan jek.nasiblah..


Mohd Shafie Muhamad
http://360.yahoo.com/shafie_81

smart beb!!! panjang tol lens die.. huehueueh.. Mon 30-Jul-2007 03:53
Posted by:||| MunKeYs @ EyeRich ||| blisz_04@yahoo.com  - [Link]
Nice picture. What lens you using? Fri 9-Jan-2009 14:55
Posted by:Jake jake@onlinedigitalphotographytips.com  - [Link]
Jake, i'm using Canon Powershots S5 IS... Sat 10-Jan-2009 02:45
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Thursday, 19-Jul-2007 16:49 Email | Share | | Bookmark
Akhirnya...

 


Tak ada gambar baru

Memang aku tak ada amik shot baru sejak dari kehilangan gambar-gambar percutian tempohari. Memang aku kecewa apatah lagi orang rumah aku yang tercinta. Dia lagikla kecewa yang amat sangat. Tapi taklah sampai merajuk teruk sangat. Kamera aku langsung tak berusik cuma kamera kecik tu je aku pakai wat amik shot eksiden kat tempat kerja.

Anyway, ini adalah hasil aku dari shot selama setengah jam bertempat di Pelabuhan Tg.Pelepas dengan close up yang aku rasa terbaik yang aku dapat dengan encik Canon. Cuma aku tak menggunakan tripod dan hanya di bantu oleh Image Stabilizer yang terdapat pada kamera aku untuk fokus jauh. Mungkin next time aku akan pakai tripod. Ada juga aku gunakan self-timer untuk aku shot gambar senja ni sebab aku buleh adjust pergerakan tangan aku supaya lebih stabil.

Lagi satu, aku telah mula belajar nak menggunakan photoshop sebagai editing software. Mula-mula susah jugak nak paham cara dia. Tapi Insyaallah, aku akan merujuk mana-mana website yang buat tutorial photoshop. Cuma, kadang-kadang aku rasa aku ni lebih kepada candid dan photojurnalism ah..tapi apa salahnya kalau kita belajar semua category dalam fotografi kan?


Mohd Shafie Muhamad
http://360.yahoo.com/shafie_81

tq 4 drop @ my fp. cul le payah nak dpt cam nih Fri 20-Jul-2007 04:15
Posted by:krul  - [Link]
Saya pun baru nak berjinak-jinak ngan Photoshop nie, saya belajar dari Zero, sekarang ni senang banyak website, ada yang bagi free video photoshop tutorial lagi... Fri 20-Jul-2007 04:30
Posted by:alchemist  - [Link]
gambar sedikit gegar le bro... nice try without tripod... kalau aku handheld pun mesti gegar punya... Fri 20-Jul-2007 07:35
Posted by:mr. jeff mezzaforte  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.