Want your
own Fotopage?










 
Mohd Shafie's FotoPage

By: Mohd Shafie Muhamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  >  >>]    [Archive]
Friday, 13-Jul-2007 15:05 Email | Share | | Bookmark
Memang salahku..

 
 


Memang salahku...maafkan aku

Hari kedua offday, aku mengemaskini fail dalam laptop Compaq ARMADA ku yang telahpun berusia senja. Apa taknya, saiz storage yang hanya untuk 4 GB telahpun dipenuhi dengan fail-fail terutama gambar-gambar lama. Jadi aku mengambil keputusan untuk memindahkan segala fail lama yang ada dan aku tranferkan ke PC.

Dalam sibuk-sibuk aku sedang transfer fail dan burn dalam CD, maka ada satu fail yang bersaiz 228MB yang mengandungi gambar-gambar percutian dan juga terutama gambar outdoor shoot yang mana bini aku jadik modelnya telahpun aku delete dari Laptop dengan tidak sengaja dan tanpa aku sedari. Aduh, sayangnya...kat fail tu sajalah aku simpan gambar aku buat belajar human model shoot.

Bini aku apalagi, kecewalah..maafkan abang yang..terdelete..heheheeh, abang dah carik balik tapi tak berjaya. Tak mengapalah, nanti kita pergi lagi wat outdoor shoot dalam masa terdekat sementara baby belum keluar lagi..sementara sempat untuk shoot time pregnant ni..hmmm menyesal aku..menyesalnya..



Anyway, gambar tu memeang takda kene mengena dalam entry kalini, sekadar penghias fp sahaja. Jadi pengajaran kali ini, jangan biarkan laptop anda sarat dengan fail dan juga jangan delete sesuatu tanpa melihat dulu kandungannya..maafkan aku..

Nice capture bro....Bulat nampak matahari tuh.....Comel.... Thu 19-Jul-2007 06:40
Posted by:doubleukayes  - [Link]
gambar ni bro snap guna canon powershot tu ke? Tue 24-Jul-2007 08:28
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
Bleh recoverlaa buduh. Fri 7-Nov-2008 21:48
Posted by:Ma
View all 16 comments Add comment


Friday, 13-Jul-2007 14:29 Email | Share | | Bookmark
My Fault

 
 


Selamat datang ke duniaku

3 hari off day memang selesa sekali setelah 5 hari bekerja syif malam minggu lepas. 1 hari memang aku habiskan dengan merehatkan diri lantaran tak cukup tidur dan membayar segala hutang tidur yang tertonggak sepanjang minggu tersebut.

Entry kalini aku ak tunjukkan 'ahli baru' dalam keluarga aku. Dengan rezeki Allah, maka aku telah membeli sebuah lagi kamera cap Canon. Nak beli DSLR aku masih tak mampu dan juga sebab aku baru je nak berjinak-jinak dalam dunia Digicam ni. Banyak function yang nak kena tahu penggunaannya. Aku masih lagi dalam proses pembelajaran.




Tapi tak bermakna aku melupakan kamera lama. Beliau tetap sentiasa menjadi teman setia kemana sahaja aku berada. Sebab, kelebihan beliau adalah saiz yang kecil seperti henpon dan sangat mudah dibawa kemana sahaja. Walau bagaimanapun, selamat datang ke dalam keluargaku wahai encik Canon!

Mohd Shafie Muhamad
http://360.yahoo.com/shafie_81

aku berangan nk punya kamera sndirik ~

tp wat msa skrg rasanya cuma dlm mimpi2 aku ~
Fri 20-Jul-2007 06:57
Posted by:addyaholix  - [Link]
phewiiitttttt. saya baru jek buat review ttg kamera ni kat fp saya last week.

rupanya2 bro shafie dah rembat satu kaknon (canon) ni. congrats. power giler digicam ni!
Tue 24-Jul-2007 08:15
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
salam!!wah lamer betui x menjengah fp bro ni...siap dah ada cam baru gituw..
dr compact cam dulu kini dah up kan...belated congrats la...lebih ganaz la jwbnyer nih...
Tue 4-Sep-2007 17:13
Posted by:yuzz  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 8-Jul-2007 14:44 Email | Share | | Bookmark
Senja di Pelabuhan Tanjung Pelepas

 


Senja di Pelabuhan Tanjung Pelepas

Kalau ada yang terbaru sekalipun, maka inilah foto yang terbaru yang dapat aku sajikan. Memang dah tak ada tempat lain selain senja di Pelabuhan Tanjung Pelepas. Bukan apa, inilah sahaja tempat untuk aku shoot senja sementara menunggu waktu masuk kerja. Kalau nak harapkan outing kat tempat lain mungkin akan mengambil masa aku bercuti. Kebanyakan shot yang ada dalam FP ni memang dari tempat yang sama iaitu atas jambatan sebelum tiba di pelabuhan. Kalau ada yang perasan kebanyakan subjek adalah dalam foto sunset aku mesti ada kren pelabuhan dan kadangkala tiang utama TNB. Tapi memanglah, jika dah terlalu obses shoot senja ni mesti nak shoot benda yang sama aja.

Kepada yang sudi melawat blogku di http://360.yahoo.com/shafie_81, terima kasih. Sambungan episod ke-2 Aku yang berdosa telahpun ada dalam entry.

baru je semalam balik dr JB..

Malam hari suasana sepi
Jampuk berbunyi di pohon tinggi
Susah sungguh nak update fp
Asyik sibuk ke sana ke sini
Wed 11-Jul-2007 02:37
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Nie blur disengajakan ker blur dari asal...
Moment senja sememangnya cantik.....
Fri 13-Jul-2007 06:35
Posted by:doubleukayes  - [Link]
Tue 15-Apr-2008 02:33
Posted by:....h
View all 16 comments Add comment


Saturday, 7-Jul-2007 15:24 Email | Share | | Bookmark
Tercari-cari

 


Perahu Nelayan Tg.Balau

Kali ini aku cuma masukkan foto yang di ambil ketika outing di Pantai Tanjung Balau. Memang aku dah hampir kehabisan foto-foto terbaru disebabkan jarang outing sekarang ini. Kadang kala bila aku dapat subjek yang menarik, kamera pula yang tertinggal kat rumah. Itulah yang dikatakan tidak bernasib baik.

Sedikit mengenai nelayan di Tanjung Balau ini, kebanyakan mereka tinggal dikawasan perkampungan nelayan yang juga berdekatan dengan kawasan pantai. Jadi, kebersihan kawasan in boleh dikatakan berada pada tahap yang memuaskan dan terjaga. Cuma kawasan ini pernah diancam tumpahan minyak suatu ketika dahulu yang menyebabkan kawasan pantai menjadi kotor dan tidak sesuai untuk aktiviti riadah.

Aku dah masukkan cerita baru dalam blog http://360.yahoo.com/shafie_81. Jadi bagi yang berminat silalah berkunjung ke sana!

memang klasla gambar kat tg balau nie.
*nanti ada masa aku ke sana...kau tunggu ye fie !!!
*kau guna 81 tapi aku 91 no kreta.
Sun 8-Jul-2007 02:23
Posted by:muhd shafie nuradriana sofia @yahoo.com  - [Link]
cantik warna air dan langit well blend... incik fie ni penulis ke? Mon 9-Jul-2007 02:49
Posted by:maylique  - [Link]
ambik gambo kat sini memang best...tg balau... Mon 9-Jul-2007 23:56
Posted by:hairulabubakar  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 6-Jul-2007 13:38 Email | Share | | Bookmark
Pantai BAtu Layar

 
 
 
View all 4 photos...


Pantai Batu Layar

Entry kalini aku nak upload mengenai Pantai Batu Layar. Pantai ini terletak di daerah Kota Tinggi Johor dan menjadi tumpuan kepada org ramai tatkala hari cuti umum dan juga hari minggu. Jika pada hari kebiasaan, anda hanya akan ditemani oleh orang-orang kampung Punggai Laut yang ramah tamah. Begitu juga anda akan dapat melihat Jurugambar professional sedang melakukan kerja-kerja fotografi perkahwinan disini kerana kawasan di sini terdapat kawasan rumput panjang yang 'ala-ala' rumput di negara Eropah. Entah bagaimanalah pengantin yang pakai baju gaun cantik-cantik tu boleh tahan rasa gatal kaki akibat duduk lama di tengah semak macam tu. Tidak mengapalah asalkan hasil gambarnya menarik.

Di sini terdapat resort dan juga chalet persendirian yang kebanyakannya dibina menghadap ke kawasan pantai. Memang kawasan disini tempat yang meyegarkan untuk berehat kerana terdapat banyak pokok yang menjadikan kawasan pantai kelihatan redup dan ddapat mengelakkan dari cuaca panas. Cuma saya tidak mampu menafikan kawasan pantai ini terdapat masalah kebersihan yang agak membimbangkan. Mungkin kerana tanah dikawasan pantai ini masih dimiliki oleh orang perseorangan, maka kebersihan setiap kawasan ini adalah bereza-beza. Lagipun memang ada segelintir pengunjung yang agak 'kurang ilmunya' membuang sampah sesuka hati.

Ada lagi satu pantai yang ingin saya tunjukkan kepada kawan-kawan yang juga berada di sekitar pesisiran yang sama selain Desaru, Tanjung Balau dan Batu Layar. Insyaallah jika berkesempatan untuk pergi kerana jarang dapat shoot outdoor sekarang ini.


Mohd Shafie Muhamad
http://360.yahoo.com/shafie_81

>> pantai mmg merupakan satu tempat yang cukup sesuai utk shoot gambar...
>> cantik tempat ni...
Fri 6-Jul-2007 16:37
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
nice pic & nice info......
cuti2 malaysia.....
Sat 7-Jul-2007 02:48
Posted by:azira azirazaidi@yahoo.com  - [Link]
fie.. Cantik gambar² pantai ni ditambah lagi ngan penjelasan ko tu.. Mantap..... Sat 7-Jul-2007 02:51
Posted by:lie syahmie12@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 4-Jul-2007 14:42 Email | Share | | Bookmark
Janji kita

Bulanku..


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga update fp kalini. Sebenarnya, aku hanya update fp sekali sekala sebab kesibukan kerja dan tak ada pic baru untuk di'upload'kan. Walau apapun, terima kasih kepada semua yang melawati fpku yang tak seberapa ini. Sebenarnya cerita pada entry yang lepas bukan kisah sebenar tetapi hanyalah cubaan menulis yang dah lama aku tinggalkan. Untuk kali ini ada cerita terbaru dan aku 'tayang' sedikit di sini. Nak taruk kat sini nanti panjang sangat, jadi silalah berkunjung ke blog ku di http://360.yahoo.com/shafie_81

Lihat, disebalik rimbunan dedaunan pokok yang melambai, aku lihat bulan yang sangat cantik. Terpaut hati melihatnya. Rasa seronok kembali menghantui perasaanku; sama seperti perasaan ketika di kampung sewaktu kecil dahulu. Teringat kepada kisah lama bersama kawan-kawan sekampung melihat keindahan bulan selepas habis mengaji di surau...

Jadi berkunjunglah ke http://360.yahoo.com/shafie_81 untuk kisah selanjutnya..

gambar bulan tuh.....Cantik ...Tapi sikit blur....Maybe guna lens panjang kot.... Thu 5-Jul-2007 13:19
Posted by:doubleukayes  - [Link]
cantik fie.. ko dapat shot gambar bulan tu.. Shot dari halaman rumah kah.. Thu 5-Jul-2007 19:01
Posted by:lie syahmie12@yahoo.com  - [Link]
ni pakai teropong astronomi ke? caya la! Fri 6-Jul-2007 06:31
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 27-Jun-2007 16:22 Email | Share | | Bookmark
Kisah aku..

 


Hari ini memang hari yang memenatkan. Badan aku menjadi semakin letih dan tidak bermaya. Perjalanan pulang memang sesuatu yang menyeksakan dan menyakitkan hati. Hanya kesesakan lalu lintas yang menjadi peneman sepanjang kepulangan aku ke rumah. Dalam kepenatan menunggu giliran melepasi lampu trafik yang bertukar hijau, ada sahaja suku sakat pemandu yamg boleh dianggap kurang ilmu dengan memotong barisan dari tepi. Dengan bersahaja mereka ini memotong barisan tanpa memikirkan hati dan perasaan mereka yang telahpun lama menunggu dan berbaris panjang. Sakitnya hati ibarat dihiris sembilu. Ingin sahaja aku gores kereta kesayangan mereka dengan syiling dua pilih sen dalam kocekku. Baru mereka rasa betapa hampanya aku bila mereka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.

Tidakkah mereka belajar erti adab sopan dan tatacara menghormati hak orang lain. Tidakkah mereka pernah terfikir apa akan jadi apabila diri mereka sendiri diperlakukan begitu setelah penat berbaris panjang menunggu giliran. Ah..lupakan mereka itu. Kalau aku terus berdendam sekalipun takkan mendatangkan sebarang cacat cela kepada mereka hatta secarik luka sekalipun. Tanpa kusedari, aku sudahpun sampai ke rumah yang menjadi tempatku berteduh dari hujan dan panas. Tak sabar rasanya nak menikmati suasana aman dirumah setelah seharian penat bekerja dan melegakan stress yang sedang menguasai tubuhku ini.

Daun pintu terbuka dan aku melangkah masuk dan melabuhkan punggungku di sofa kulit mewah berjenama yang ku kumpulkan hasil gaji bulanan yang kuterima. Bukan itu sahaja, malah semua perabot dalam rumah ini adalah hasil titik peluhku setelah aku bekerja keras. Dari ruang tamu, dapur hinggalah ke bilik tidur, telahpun aku penuhi dengan perabot-perabot yang boleh aku katakan agak mewah. Aku memilih gaya Eropah sebagai tema hiasan dalaman untuk rumahku kesayanganku ini. Harga rumah sahaja sudahpun hampir mencecah setengah juta ringgit! Cuma kekurangan beberapa ribu sahaja.

Bercerita tentang rumah aku ini banyak kenangan yang aku simpan mengenainya. Sebenarnya aku beli rumah mewah seperti ini untuk kepuasan aku dan membalas dendam kepada bekas teman wanita aku. Dialah yang membuatkan aku rasa tercabar setelah dia memutuskan hubungan kami emapt tahun dahulu. Sanggup dia meninggalkan aku sedang kala itu aku sudah berkira-kira untuk menghantar rombongan peminangan atas dasar aku tidak mempunyai kereta!. Dia berpindah kasih kepada sahabat aku sendiri...betapa luluhnya hatiku. Dia selalu menunjuk-nunjuk kemesraannya di hadapanku dengan sengaja untuk membuat aku sakit hati. Aku memang buat tak tahu tapi lama-kelamaan aku sudah tidak dapat menahan rasa sakit hati yang teramat sangat.

Memanglah aku akui dahulu aku tidak mempunyai harta, yang ada cuma sebuah basikal mountain bike pemberian ayahku untuk pergi bekerja. Kalau nak berjalan-jalan dengannya terpaksalah menaiki bas ataupun teksi. Aku pun tak tahu apakah yang dikehendaki oleh wanita cantik, berkulit putih, comel seperti patung, punya mata yang galak dan jernih berkaca itu. Aku dihina semata-mata tidak mempunyai kereta untuk membawanya berjalan-jalan kesana kemari, mengambilnya pergi dan balik bekerja setiap hari. Malah, yang paling aku bengang, dia dan kawan baik ku telah menjalinkan hubungan di belakangku tanpa aku sedari.

Aku cuba bangkit semula dari penghinaan yang dia bagi dengan berpindah tempat kerja dan mencari ruang baru dalam hidupku. Dengan kelulusan yang aku ada aku mengorak langkah ke kota. Walaupun aku sebenarnya bimbang aku tidak diterima bekerja oleh syarikat-syarikat gergasi yang hanya mementingkan pengalaman dari kelulusan dan juga ‘orang dalam’, aku berjaya mendapat tempat di salah sebuah syarikat gergasi antarabangsa yang mula bertapak di Malaysia. Aku dihantar untuk menjalani latihan intensif dan juga belajar menguruskan syarikat di luar negara selama 2 tahun dan kemudian aku di tukarkan kembali ke tanah airku.

Setelah aku kembali, aku telah dinaikkan pangkat disebabkan kejayaanku menguruskan syarikat dan juga menjadi perintis kepada salah satu projek yang menjana keuntungan syarikat bukan sahaja di Eropah, malah di Asia juga turut menghasilkan keuntungan yang sangat banyak. Aku bangga dengan kejayaanku dan rasanya aku nak tunjukkan kepada dia. Tapi apakah gunanya, aku bahagia dengan kehidupanku sekarang. Tak perlulah aku ingat lagi pasal dia. Dua tahun setelah kembali, aku mampu memiliki semua yang aku mahu. Tak perlu lagi merasa risau dengan perihal wang dan harta seperti dahulu.

“Jemput minum bang” ....betapa merdu suaranya. Rambutnya yang panjang, lurus dan hitam berkilat dibuarkan mengurai lembut memaut hatiku. Haruman yang di pakai di badannya menaikkan semangatku dan menghilangkan stressku. Aku lihat dia menuangkan secawan air teh panas untukku..aromanya cukup menyegarkan. Begitu putih dan licin kulit tangannya. Aku lihat dia berlalu ke dapur dengan penuh lemah gemalai dan hilang dari pandangan. Aku tersenyum..betapa cantiknya dia...

Aku mengangkat cawan dan inginku hirup airnya tetapi terhenti setelah aku terfikir kembali tentang diriku ini. Bukankah aku masih belum berkahwin?????? Siapakah gerangan wanita yang menghidangkan air kepadaku tadi? Cawan yang ku pegang terus terhempas ke lantai....

Lama sudah berita tersebar
PM negaraku bernikah semula
Tiga empat hari fpku terbiar
Tiba hari ini berkemaskini semula
Wed 4-Jul-2007 08:42
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
x semua prp begitu.. tp mmg x patut.. jodoh n rezeki dtgnya dr Allah n bila2 masa pong Allah blh menariknya kembali.. tp saudara patut bersyukur.. mungkin tanpa prp 'tu' n apa yg dilakukannya.. anda x mungkin bangkit n jadi spt skrg... (thanks lawat my fp) Sun 8-Jul-2007 01:12
Posted by:Lelamajnun  - [Link]
terima kasih kerana komen kat FP saya...........................
best la baca your cerite kat FP you...........................
Buat saya terfikir panjang lak.....................

Nice capture..................................and new ideas ..................
Mon 9-Jul-2007 10:06
Posted by:azam61pd azam61pd@yahoo.com
View all 18 comments Add comment


Wednesday, 20-Jun-2007 03:24 Email | Share | | Bookmark
Selamat hari bapa

ayah..


Walaupun hari bapa dah lepas namun aku masih tetap nak uacpkan selamat hari bapa kepada abah aku sendiri; Muhamad bin Abas dan juga kepada sesiapa yang bergelar bapa, abah, ayah, Abi dan macam-macam gelaran lagi untuk sang bapa.

Kalau dulu ingat lagi masa kecik-kecik, waktu tu memang nakal habis. Memang tak reti duduk diam asyik merayap je pergi rumah orang, mandi sungai, main tembak-tembak sampai maghrib dan dapat penangan sebat dari abah. Seingat aku, kalau setakat sebat, lempang memang aku dah lali dan rendam kepala dalam sungai pun aku dah rasa. Tetapi, aku tak pernah berdendam dengan abah. Aku tahu tindakan abah tu semata-mata nak mengajar aku agar mengikut kata dan jadi anak yang baik serta tak menyusahkan orang lain.

Cuma bila masa berubah, anak-anak sekarang dah tak boleh dipukul, nanti dianggap dera anak. Sang bapa pun kadang-kadang kalau pukul anak macam nak pukul sampai mati..cucuh ngan puntung rokok, sebat pakai kepala tali pinggang sampai rabak kulit badan anak dek kerana tak mampu nak kawal syaitan yang sering menjadi teman ketika marah. Sedih bila memikirkannya. Syukur abah aku bukan jenis yang seperti itu. Pukulannya adalah tanda sayang. Cuma pendekatan orang zaman dulu memang berbeza dengan anak-anak sekarang yang zamannya lebih canggih. Alhamdulillah, walaupun aku tak mendapatkan segulung master, ijazah, mahupun diploma atas kesilapan aku sendiri tapi aku masih mampu bebakti kepada orang tuaku dan itulah janji aku untuk jadi anak yang soleh macam yang abah pernah ajar aku dulu.

Sampai sekarang aku masih ingat kata Ustaz Azahari yang pernah ajar aku kat sekolah agama. Katanya, cuba kita bandingkan tangan ayah masa kita cium tangan dia sekarang dengan 10,20 atau 30 tahun dulu..apa yang kita nampak perbezaannya?. Perhatikan betul-betul tapak tangan nya..bezakan kasar dulu dan sekarang tangannya itu masa kita kecil dulu..Cukup mendalam maksud Ustaz tu..kadang-kadang boleh buat aku menangis..sebab dengan tangan itulah abah cari rezeki untuk suapkan makan kat mulut anak-anak. Belanja sekolah yang makin bertambah yang buatkan abah menangis mengadu pada Tuhan minta ditabahkan hati dan dimurahkan rezeki. Tapi abah tak pernah minta jasanya dibalas ketika hari tuanya. Sakitnya ditanggung sendiri bukan kerana ego..tapi kerana tak mahu susahkan anak-anak..

Sekali lagi aku ucapkan selamat hari bapa kepada abah..jika aku tulis banyak lagi aku rasa air mata aku ini aku tak mampu nak tahan sebab mengenangkan jasa abah yang aku tak mampu nak bayar balik sampai akhir hayat aku. Terima kasih abah..terima kasih..terima kasih...

Baik-baik pergi mencuci
Mencuci kain di tepi muara
Entryku hari ini beraroma kimchi
Cantik di mata tapi tidakku berselera
Tue 26-Jun-2007 03:09
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
hand some jugak si bapak nih ... Wed 27-Jun-2007 14:26
Posted by:korok  - [Link]
shahdu lak bila baca ...saper perempuan tuh???hampehh tul..matrialistic perempuan jenis ni.....
kekadang..biarlah luaran tak nampak mewah tapi dalam poket,bank..penuh..gitu..baru dapat cari wanita yg bebaik...
Wed 27-Jun-2007 23:21
Posted by:wiwinn principal@snapfever.com  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Wednesday, 13-Jun-2007 01:12 Email | Share | | Bookmark
Lets Go Holidays!

 


Lepas baik demam ni aku macam blur sikit nak sama ada shoot ataupun edit gambar. Macam aku baru je pertama kali guna kamera dan software editing. Agak pelik rasanya. Entry kali ni aku amik mana yang agak terbaik..tapi aku masih tak puas hati kualitinya..musykil..musykil

nice pic! pantai pun cantik...kat mana tu ekk.. Mon 18-Jun-2007 00:08
Posted by:syahrul  - [Link]
Pantai nie macam kenal jer....Nie kat area batu layar ker...or Tanjung balau.....
Nice pic ....
Mon 18-Jun-2007 13:50
Posted by:doubleukayes  - [Link]
shot cantik..
tapi takder tulisan tu lagi ok kot..
Mon 18-Jun-2007 18:35
Posted by:kopi  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Tuesday, 12-Jun-2007 10:20 Email | Share | | Bookmark
Hanging By The Moment

hanging by the moment


Alhamdulillah, aku dah mampu bergerak agak cergas. Cuma batuk yang masih belum lega.

shot cantik ar..
kalu matahari tu betul seproh lagi cantik kot..
Mon 18-Jun-2007 18:34
Posted by:kopi  - [Link]
memang u nie pencinta kedamaian Mon 25-Jun-2007 16:38
Posted by:deamazon khazanahbonda@gmail.com  - [Link]
anda perlukan tripod utk shoot panorama mcm nie.
p/s: ini bahan2 utk shoot gmbr air terjun: sebuah tripod, polariser dan kamera yg ada fungsi manual utk anda kawal dr segi speed, aperture.
raime E-500
nature photog
Sun 1-Jul-2007 08:16
Posted by:raime greenfore@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.