Want your
own Fotopage?










 
Mohd Shafie's FotoPage

By: Mohd Shafie Muhamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 5-Jun-2007 12:04 Email | Share | | Bookmark
Aku dan MC

Tg. Balau


Minggu lepas aku dah amik MC 2 kali. Belum pernahlah aku amik MC 2 kali dalam sejarah aku bekerja. Tapi apa boleh buat, dari awal minggu lepas memang aku rasa tak sedap badan. Tekak asyik loya memanjang pastu kepala rasa pening. Hari Jumaat, aku mintak orang rumah hantarkan aku pergi klinik dan aku diberi MC. Hari Sabtu masa hari cuti umum, aku gagahkan juga pergi bekerja, namun nasib tak menyebelahi aku tatkala di penghujung shift. Masatu aku terasa sejuk yang menusuk amat sehingga tulang belulangku rasa bisa-bisa.


Suhu sejuk dari air-cond kat opis lagi membuatkan aku menggigil kesejukan. Aku keluar dari opis dan tidur dalam kereta bagi melegakan kesejukan yang mencengkam. Meskipun aku tak pasang air-cond dan semua tingkap tertutup rapat masih belum dapat meredakan rasa sejuk yang semakin menjadi-jadi. Aku dapat rasakan dahi aku mula hangat. Nampaknya aku demam lagi, tapi kalini rasanya lebih teruk. Mujur masa tu lebih kurang 30 minit lagi habis shift dan kerja pun dah habis sebab kebanyakan gudang tutup pada hari umum.


Memandu ke rumah memang menyeksakan, 1 jam ½ perjalanan terasa terlalu seksa bagiku. Kepala dah terasa pening dan matapun dah terasa kabur untuk melihat jalan raya. Aku rasa aku dah tak mampu bertahan lagi, lantas aku terus menuju ke klinik. Doktor mengesahkan bahawa aku kena demam panas yang agak kronik. Aku diber MC sekali lagi. Kesian partner aku kene kerja sorang-sorang.


Tapi yang paling aku kesiankan adalah orang rumah aku yang menjaga aku semalaman. Tuam air sejuk ke muka, picitkan kepala aku yang pening walaupun aku meracau yang bukan-bukan..kira teruk jugalah demam aku kalini. Untung ada orang rumah yang memahami, setia menemani walaupun sarat mengandung.Terima kasih sayang. Tapi, keesokan harinya, dia pulak yang demam, dah kedua-duanya demam!


Sekarangni syukur Alhamdulillah, aku dah boleh bangun begitu juga dengan orang rumah aku. Dapatlah aku update sesuatu kat FP untuk entry kalini. Walupun badan masih terasa lemah, namun aku rasa semangat untuk update entry mesti ada! Hahahaha

salam perkenalan...aku memang pantang tengok gmbar pantai yang kaler biru2 nie. terasa macam nak g mandi pantailah pulak .nak tanya satu solan..tanjung balau ni famous ke tempatnya sebab aku baru je dengar nama dia ari nie kat fp bro.
satu lagi...nama kita sama lah bro
Sun 10-Jun-2007 02:43
Posted by:muhd shafie shafnie91@yahoo.com  - [Link]
semoga sihat dan segera sembuh Mon 11-Jun-2007 22:19
Posted by:rudy project  - [Link]
mungkin kena viral fever tu.....get well soon n jgn lupa makan ubat coz kekadang viral fever leh berulang.......suka tengok gambar laut yang tenang....... Tue 12-Jun-2007 14:08
Posted by:nanie  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Saturday, 2-Jun-2007 01:32 Email | Share | | Bookmark
Tanjung Balau re-visit

Tg.Balau, Kota Tinggi


Sekejap je dah masuk bulan Jun. Walhal pic ni aku amik pada 28hb May yang lalu. Lama juga tak update FP setelah gambar tu diambil. Kebetulan pada hari tu aku dah start nak demam. Sekarangni pun dah demam dah. Sebabtu tak larat nak edit apa-apa gambarpun. Secara tiba-tiba sahaja hidung rasa tersumbat dan sukar rasanya untuk bernafas secara normal. Namun demi Isteri tercinta yang mengidam sangat nak pergi tengok laut, maka aku sanggup gagahkan jua untuk bergerak ke Tanjung Balau petang tu. Hehe alang-alang 'merendek' sekali...alah, dulu masa belum kawen tak dapat nak jenjalan macamni, dah kawen barulah nak bawak ke sana kemari. Dah halal dengan kita apa salahnya.

Dulu masa tunang takdenyer nak jenjalan tengok laut..masing-masing sibuk ngan kerja, carik duit siang malam nak cukupkan belanja. Bila majlis dah selesai, apalah salahnya kita bawak Isteri kita berjalan-jalan. Kadang-kadang pelik juga tengok ada sesetengah orang masa bercinta bagai nak rak berjalan kehulu-kehilir. Dari Johor sampailah ke Perlis pun sanggup dijelajahi semata mata kerana aweks tercinta. Tapi apabila dah kawen, nak ajak jalan pun susah.



Inilah suatu perkara yang perlu diperbetulkan. Perkahwinan itu adalah perkara yang murni. Ia merupakan suatu perkara yang dituntut oleh umat Islam untuk membolehkan lelaki dan perempuan itu bergaul dengan cara yang diredhai Allah.Bukan bermakna apabila berkahwin, kita lenyapkan aktiviti seperti bersiar-siar, beriadah bersama ataupun menghadiri makan malam yang romantis.Semua itu bukan lagi halangan bagi kita untuk melakukannya bahkan itulah perkara yang dituntut dalam agama. Mengapa sewaktu bercinta kita sanggup berkorban apa sahaja demi kekasih tetapi apabila sudah memasuki alam perkahwinan, segala yang Indah itu menjadi suram



Lihat sahaja kepada perbandingan kes penceraian dan pendaftaran perkahwinan di Jabatan Agama. Kes penceraian lagi banyak dari pendaftaran perkahwinan. Itu tidak termasuk kes-kes yang masih di bawah nasihat kaunseling.Kadang-kadang takut juga bila lihat statistik yang sedia ada. Bukankah perkahwinan itu membimbing kita agar menjadi lebih bertanggungjawab, memiliki sifat kasih sayang dan belas kepada pasangan.Penat badan sental periuk dan duit habis beribu untuk buat kenduri dan hantaran boleh dilupakan macam itu sahaja.Rata-rata menyalahkan takdir dengan menyebut "jodoh kami sampai di sini". Bukankah Tuhan dan berkata, nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah jika kaum itu sendiri cuba mnegubahnya!

Perkahwinan itu dapat bertahan jika kita amalkan nilai Islam yang sejati. Baik suami mahupun Isteri, masing-masing punyai tanggungjawab dan hak masing-masing yang telahpun ditetapkan tambahan pula rujukannya mudah didapati di kedai-kedai buku Ilmiah. Kadang-kadang puncanya adalah satu, kurang bersyukur. Kita kurang bersyukur ada Isteri yang sediakan makanan dan minuman, sediakan pakaian malah menagggung sakit melahirkan zuriat kesayangan..kita juga kurang bersyukur ada suami yang sanggup bantu isteri di dapur, uruskan rumahtangga, berkorban diri mencari sesuap nasi untuk keluarga..

Mudah-mudahan dengan memahami erti perkahwinan sebenar, kita dapat menjaga keharmonian keluarga. Kehidupan keluarga yang bahagia, anak-anak juga akan turut merasa kesannya.

nampak lawa dan menarik. terpikir nak gi gak tapi bila tgk kat kota tinggi... hmmm... jauh sangat la plak. Tue 5-Jun-2007 02:32
Posted by:Red  - [Link]
great shot! sempoi abisss... Mon 11-Jun-2007 01:50
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
along, tima kaseh sbb singgah fp saya.... saya suka gmbr perahu tanjung balau dengan kulit siput tu..... Sun 24-Jun-2007 01:20
Posted by:maylique  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Sunday, 20-May-2007 06:47 Email | Share | | Bookmark
Team Building Program- Charting New Horizon Part2

CNH- Part 2

Untuk hari kedua, pagi-pagitu dalam pukul 6:30pg, kitorang ada satu aktiviti iaitu Morning Talk. Sesi ini lebih kepada kuliah motivasi santai yang memang best. Pengisian yang padat oleh penceramah jemputan walaupun dalam masa lebih kurang setengah jam, tapi dapat menusuk jiwa kebanyakan peserta termasuk aku...hehehhe


Selepas itu, kitorang ada aktiviti yang paling mencabar sekali iaitu The Unbroken Chain. Aktiviti ni memaksa ahli setiap kumpulan seramai 11 orang memijak 4 keping papan panjang lebih kurang 30sm kononnya melalui paya beracun. Hahahaa..macam-macam gaya ada..berdukunglah, berhimpitlah, berpeluklah..bau pun macam-macam..








Hahahhaha..mmg kelakar masatu..aktiviti terakhir yang kiorang buat adalah sesi Khidmat Komuniti iaitu melawat ke rumah org miskin di Kampung Pekajangm Gelang Patah dan juga membersihkan kawasan perkuburan lama di kampung tersebut. Gambar aktiviti di kubur tidaklah aku amek bagi mnghormati kawasan tersebut. Korang ingat tak arwah adik Nurulhuda yang mati diliwat dulu yang melonjakkan lagu Kau Teristimewa nyanyian Adibah Noor tu? Kubur arwah pun sama ditempatkan di kawasan ini...Al-Fatihah


Akhir sekali, banyak kenangan yang dapat aku kutip masa kat kursus ni. Selain aku dapat kenal kawan-kawan dari department lain, hubungan kitorang dah semakin mesra. Jadi, aku akan kenang group kita sampai bila-bila!


bagus nih... Thu 31-May-2007 01:32
Posted by:mukhrizlatif  - [Link]
dah lama tak pergi ke tanjung balau...teringat zaman dolu dolu... Sat 2-Jun-2007 02:48
Posted by:wiwinn principal@snapfever.com  - [Link]
bro, saya suka bro punya angle & moment... chun... Mon 3-Nov-2008 13:31
Posted by:shahrulhairi.fotopages.com shahrul_trans8123@yahoo.com
View all 12 comments Add comment


Sunday, 20-May-2007 06:02 Email | Share | | Bookmark
Team Building Program-Charting New Horizon Part 1

 
Pada 12&13hb May yang lalu aku telah menyertai kumpulan ke-8 kursus Team Building bertempat di Leisure Farm Resort, Gelang Patah Johor. Seramai 28 orang kakitangan dari pelbagai jabatan telah dipanggil dan berkumpul di sini dan banyak giler program best yang pihak syarikat sediakan untuk kitorang selama 2 hari tu..

CNH- Day 1




Hari pertama je kitorang didedahkan dengan misi dan visi serta matlamat sebenar kursus itu diadakan oleh pihak syarikat. Ini pun bukan kali pertama aku pergi program Team Building ni, cuma pengisian kalini lebih santai berbanding kursus yang lepas yang lebih bersifat survival hidup.





Kitorang jugak dibahagikan kepada kumpulan kecik untuk membuat presentation kepada aktiviti dalam kelas..ntah mende yang aku merepak masatu pun aku tak tau..hehehe


Untuk aktiviti terakhir malamtu, kitoang telah diberi tugas ala-ala 'The Apperantice' ngan 'The Restraunt' yang mana kitorang kene handle n organize satu BBQ dinner. Bangga giler bila dapat pujian dari tetamu VIP yang datang. Kira boleh bukak restoranlah lepasni...




Lepastu kitorang pulang ke rumah yang disediakan. Ada yang tak balik sebab nak mandi kat kolam renang (gambar tak boleh siar yek..) dan juga ada yang berkaraoke..aku? balek tido best! reumah tu harga setengah juta wooooo....

Care to comment?


Saturday, 19-May-2007 04:32 Email | Share | | Bookmark
Terperangkap

 
Entry kalini aku nak cerita tentang cuaca yang tak menentu kat daerah Johor Bahru sejak kebelakangan ini. Walaupun Piere Andre dah cakap ngan aku "Jangan Pandang Belakang" tapi aku tetap jugak nak pandang kebelakang terutama waktu nak reverse kereta paling tak pun kalau ada awek cun lalu kat belakang kete. Mana tau terlanggar, adoiiiiiiii...abes calar kulit anak dara orang...tapi saper suruh lalu kat belakang keter aku bila aku nak reverse?



Pic tu aku amik masa aku nak balik umah selepas abis syif malam yang merupakan hari terakhir minggu aku bekerja. Bukan bermakna aku berenti kerja atau dipecat, tapi hari off day. Cuma pagitu agak sayu sikitla tapi tak sampai tahap nak nangis. Hujan lebat yang disertai angin kencang memang menakutkan. Tapi lagi takut kalau nampak benda-benda terbang macam dlm filem twister tuh..gila ah kalau kete jatuh dari langit...dahla tempat keje aku memang tepi laut, kene angin kencang jek dah rasa lain macam. Tapi syukur Alhamdulillah, setakat hujan dan angin kencang memang dah jadik lumrah kalau duduk kat tepi laut nih takdelah kejadian buruk yang menima. Orang tua-tua kata, "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai". Tapi, orang muda kata, "Kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai tapi berhotellah ataupun beresortlah di tepi pantai..anda akan jadi pengusaha yang kaya raya!!!!"


Nasib keta ko ada airconkan.. cuba bayangkan kalau x ada.. mesti kabus jer yang nampak kat cermin tu.. nice shot.. Sat 19-May-2007 12:13
Posted by:fadzlie syahmie12@yahoo.com  - [Link]
>> cuaca mmg tak berapa menentu time ni...
<< kejab hujan kejab panas...
>> yang tentunya adalah mendapat demam...
Sat 19-May-2007 14:43
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
cantik, nampak macam drama sedih Sun 20-May-2007 01:11
Posted by:http://maylique.fotopages.com
View all 4 comments Add comment


Thursday, 10-May-2007 14:26 Email | Share | | Bookmark
Kesesakan Trafik

shoot..shoot..
Ini adalah satu fenomena yang pada aku kadang-kadang aku tak kisah sangat kalau terlibat sama. Tetapi tengok situasilah..kalau time aku nak pergi kerja jalan jem..alamat aku akan jadi 'ijau' macam HULK.



Apa taknya, kalau lambat nanti rosak rekod kedatangan aku tahun ni..Pic ni aku amik semalam masa on da way nak pergi kerja melalui highway Pasir Gudang-Perling. Jalan Jem starting dari kawasan industri Pasir Gudang sampailah kat susur keluar Plentong. Puncanya? ada lori pasir penuh muatan tersadai kat lorong kanan sebab tayar melotop. Dah tau lori berat, jalan tersenguk-sengguk lagi mau pecut sampai pecah tayar. Sampai naik saket kaki asyik pijak pedal klac ngan brek. Ni yang nak beli kereta gear auto nih, tapi macam tak adventurelah pulak. Bayangkanlah aku keluar rumah seawal jam 5 petang dan hanya sampai di Taman Perling 2 jam setengah selepas itu. Mujur kamera aku jenis biasa jek..kalau pakai Canon ke, Nikon ke tak pun Leica ke..pasti aku tunjukkan gelagat orang-orang yang tersangkut dalam kesesakan jalanraya seperti aku!

sabarlah bro.. kalau ada rezeki tak ke mana juga tu. tau² dapat beli yang betul² power. Tue 15-May-2007 18:04
Posted by:fadzlie Baharun syahmie12@yahoo.com  - [Link]
Nice Shot Fri 18-May-2007 06:50
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
biasa lar tu bro, mana tak jam pasir gudang nih. letak 10 lane pon jam jugak Fri 18-May-2007 16:31
Posted by:cengkadad  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Wednesday, 9-May-2007 14:53 Email | Share | | Bookmark
Ayuh minum cendol!!!!

tak sabar rasanyer...
Cuaca yang tak begitu menentu sejak akhir-akhir ini terutama cuaca panas membuatkan badan cepat keletihan dan kekurangan air sementara suhu persekitaran pula bisa mencecah 40 darjah Celcius. Tahap panas yang seperti ini mengigatkan kita kepada lapisan ozon yang semakin tipis yang menyebabkan suhu dunia meningkat dan pemanasan global mengancam semua sudut muka bumi tidak terkecuali kawasan kutub. Itulah bahana dari perbuatan manusia yang tamak mengejar kekayaan hingga lupa alam sekitar yang harus dipelihara.



Walaubagaimanapun, ayuh, pekena cendol kat mana-mana warung berdekatan. Memang kebetulan aku balik kampung rumah atuk aku kat Benut, Pontian. Pulaktu abang sepupu aku bukak warung ada jual cendol..apalagi amik pot pekena cendol. Biasa rasa cendol mamak, sekali sekala rasa cendol Melayu pulak...Dengar kata cendol Melaka lagi sedap, ye ker?

>> pekena cendok pulut best gak ni... Fri 11-May-2007 17:05
Posted by:jeff  - [Link]
hulamak ai..cendol la pulok..!! Tue 15-May-2007 09:29
Posted by:abstractdementia  - [Link]
mintak sket cendol bro Sat 19-May-2007 03:54
Posted by:nun  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 8-May-2007 15:11 Email | Share | | Bookmark
Hari tua..

 
Harini kita masih muda, masih kuat, masih bertenaga untuk bekerja masih mampu melakukan kerja-kerja berat yang memerlukan usaha dan daya pemikiran yang banyak. Banyak yang aku dapat belajar hasil dari perbualan dengan generasi terdahulu. Memang seronok jika kita dapat bergaul mesra dengan golongan ini kerana pengalaman hidup mereka terlalu banyak untuk mereka ceritakan kepada kita.



Memang hidup kita sekarang ni tak sama macam hidup di zaman mereka dahulu, tapi sekurang-kurangnya kita amik segala pengajaran yang ada pada cerita mereka dan jadikan panduan hidup kita. Generasi terkemudian seperti kita sepatutnya tak perlu segan mahupun bersikap angkuh untuk begaul mesra dengan generasi terdahulu ini. Bukannya terlalu susah untuk berdampingan dengan mereka jika kena dengan caranya. Ibaratkan mereka ini sama seperti ayah dan ibu kita yang juga merupakan generasi terdahulu seperti mereka. Ini kerana suatu masa kita akan jadi seperti mereka..banyak nikmat akan mula ditarik oleh Tuhan..baik penglihatan,pendengaran,selera makan,kesihatan tubuh badan sehingga mahu berjalan pun kadangkala tiada berdaya,hendak makan makanan yang lazat pun sudah kurang seleranya...itulah masanya kita sedar bahawa kita dah semakin tua...

Sangat benar

I've updated
:: Life is Beautiful
Wed 9-May-2007 05:03
Posted by:Meorjay  - [Link]
wahhh pakcin nie bangun solat tahajjud nie.. huhuhuhu...
terharuu aku bro.. hehehehehe
Wed 9-May-2007 08:00
Posted by:tetupai-xp tetupai_xp@yahoo.com  - [Link]
>> bekalan dunia sudah dikumpul...
<< bekalan utk di sana jangan pula dilupakan...
Wed 9-May-2007 14:18
Posted by:jeff  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Monday, 7-May-2007 13:53 Email | Share | | Bookmark
Kenduri sambut menantu 28hb April 2007

peluk kuat-kuat
 
Ini adalah sambungan dari kisah pengantin Epi & Lynn tapi kalini di lokasi dan acara yang berbeza iaitu acara menyambut menantu setelah kenduri sebelah pihak perempuan selesai pada 21hb April lalu di Pahang. Lambat aku update gambarni pasal sistem badan 'jem' dan semangat pun seakan hilang. Tak banyak yang dapat aku captured disebabkan aku turut sibuk rewang hingga terlupa kamera yang berada di beg. Hahahaha..macam mana nak jadi photgrapher pro kalau asyik rewang kat dapur (kene kacau daging rendang woooo). Tapi, inilah sedikit bingkisan dari aku untuk entry kali ini. Kenduri diadakan di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi pada 28hb April yg lalu..

Selamat datang ke teratak kami..


Inilah antara chef terbaik yang kami sediakan..


anda akan dilayan dengan mesra..


Doakan kedua mempelai agar hidup bahagia..


Jika bernasib baik, gambar anda akan dirakamkan..


Tetapi yang penting, terima kasih pada hadirin yang sudi bertandang..segala kekurangan minta dimaafkan..

huhu, ramai plak owg kawin n tunang time nih Tue 8-May-2007 07:39
Posted by:ira  - [Link]
cantikla editing ni... saya tak pandai guna photoshop.... bole ajar tak? dah instal tapi tak pandai Thu 17-May-2007 04:44
Posted by:http://maylique.fotopages.com
hai hai hai....kepada you all sume...sesape yang nak melangsungkan majlis perkahwinan...diri sendiri ke...kawan2 ke...adik2 you all ke...sedara mara ke ataupun wedding2 planner sume.....kalu anda nak majlis perkahwinan anda teratur dan berjalan seperti yang dirancang....kena la buat buat persiapan dgn teliti kan?so mcm mane..anda xde pengalaman menganjurkan majlis....xnak la nanti majlis yg sebegitu bermakne jd kacau bilau...jd...apelah sgt kalu dibandingkan dgn beberapa ringgit untuk dihabiskan dengan membeli e-book ini....yg penting sume berjalan lancar....sape yg dah kawin..tentu anda tau mcm mane peningnye nak buat majlis....kalu byk duit bleh la gaji wedding planner..tp untuk jimatkan kos..(bg yg nak buat sendri)...beli je buku ni..sume jd mudah...anda akan tahu...mane nak buat dulu...ape lg yg blum buat supaya xde yg tertinggal....so...klik je kat sini......mudah kan!!!!
http://www.majlisimpian.com/index.php?ref=pijah_ikram
Sun 21-Sep-2008 03:46
Posted by:PJAH pijah_ikram@yahoo.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Saturday, 5-May-2007 02:36 Email | Share | | Bookmark
Selamat pengantin baru Epi&Lynn

 
 
 
Seperti yang telah diberitahu pada entry sebelum ini bahawa aku telah menjadi blur dan kehilangan mood secara tiba-tiba menyebabkan aku hanya melayan blues dan hanya melawat fp orang lain. Tapi kalini aku dah kembali bersemangat setelah mendapat sokongan dari kawan-kawan. Terima kasih aku ucapkan.
Kalini aku cuba bemain shoot dengan pengantin apabila menyertai rombongan pengantin lelaki dari Johor ke Kg Lubok Kawah, Temerloh. Jauh juga perjalanan ke sana tetapi memandangkan aku tidak pernah memandu ke Pahang, maka aku berminat sangat nak melihat negeri Pahang ini.
Cuma aku tak puas hati pasal aku punya SD card. Bila bateri aku beli lebih, SD card pulak full memory pasal banyak sgt shoot kat sana. Plaktu time shoot sanding plak..eiiiii






Aku tak tau naper SD card penuh, mungkin saiz gambar besar agaknya. Dahla gambar sepanjang perjalanan ke Pahang aku tak dapat nak amik, Gambr pengantin pun banyak yang aku tak dapat..terutama makan berdamai..Anyway, selamat pengantin baru Epi&Lynn..mudah-mudahan korang bahagia...eheh..lain kali beli SD card spare...

Selamat pengantin baru....
InsyaAllah bahagia....

Mon 7-May-2007 01:39
Posted by:wan-zul zoel_ph@yahoo.com  - [Link]
happy ever after hopefully...AMIN
tq 4 visiting my fp bro
Mon 7-May-2007 12:36
Posted by:nun  - [Link]
wah meletup entry2 kali nih..dah lamer tak melawat entry bro nih..
ingat dah salah entry..hehe..sudah tukar ka...suke yg kate2 dlm filen CINTA tuh..
sesuai jek ngan gbr bro tuh...kewl editing..yg pic tuh angle ok dah...cume kena beli dslr jek kot...
Tue 15-May-2007 10:59
Posted by:yuslina yusaf  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.