Want your
own Fotopage?










 
Mohd Shafie's FotoPage

By: Mohd Shafie Muhamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 12-May-2009 10:33 Email | Share | Bookmark
S a r a n g B u a y a Pasir Gudang

Sarang Buaya Pasir Gudang
Sarang Buaya Pasir Gudang
Sarang Buaya Pasir Gudang

Saya berkesempatan untuk pergi ke satu destinasi menarik yang sedang dibangunkan di jajahan Pasir Gudang, Johor. Sarang Buaya Pasir Gudang bakal menjadi salah satu tempat menarik kepada pengunjung setelah ia siap dibina 100% nanti.

Terletak bersebelahan dengan Pelabuhan Tanjung Langsat ,dan berhampiran dengan kawasan pantai Pasir Layar yang juga merupakan salah satu tempat pelancongan di Pasir Gudang. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 30 minit (kalau pandu secara normal 80km/j) dari pusat bandar Pasir Gudang, anda akan disajikan dengan pembangunan kilang-kilang industri berat dan kimia di Johor sebelum anda tiba di Sarang Buaya ini. Cuma sebelum anda sampai ke destinasi, anda akan diperiksa oleh pengawal keselamatan yang bertugas di jalan utama dan diberikan pas lawatan atas tujuan keselamatan.

Sarang Buaya ini diurustadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang masih lagi dalam pembinaan kolam-kolam untuk menempatkan pelbagai spesis buaya dan juga kawasan lanskap sekitarnya. Buat masa ini hanya terdapat lebih kurang 4 kolam dan hanya 3 kolam telah diletakkan beberapa ekor buaya untuk tatapan pengunjung. Saya difahamkan pada ketika ini lebih kurang 30 ekor buaya telahpun diletakkan di sini dan jumlah ini akan bertambah setelah banyak lagi kolam yang sedang dalam proses pembinaan siap kelak.

Harga tiket masuk ke Sarang Buaya Pasir Gudang ini adalah RM8 untuk dewasa dan lebih kurang RM4 (kalau tidak silap) untuk kanak-kanak. Akan tetapi buat masa ini, harga tiket diberikan diskaun iaitu RM4 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak dan beberapa lagi kategori pengunjung termasuk pelajar sekolah dan juga IPT.

Memandangkan pembinaan kawasan ini masih dalam 30-40% siap, kawasan tempat letak kenderaan dan juga jalan masuk masih lagi berbatu kerikil dan kabin jualan tiket juga masih belum sempurna. Mungkin setelah ia siap kawasan ini akan menjadi tumpuan selain Taman Buaya Melaka (tak termasuk kolam buaya Sungai Rengit, Kota Tinggi)

Bagi mereka yang mempunyai tele-photo lens. macro lens yang baik dan juga hebat, silalah berkunjung ke sana untuk dapatkan 'shots' yang terbaik kerana kita kan berada 'dekat' dengan 'silent killer' ini.

p/s: Gambar entry sebelum ini tak sharp sangat pasal kamera kompak guna maximum zoom ada goyang sikit walaupun guna IS (image stabilizer). Lagi satu, takut tangan kena sambar dari bawah sebab masatu memang masa makan encik Boya nih...


Salam mesra;

Mohd Shafie Muhamad

alhamdulillah ... semua ok skang ni sejak amik vacation, semua kembali normal ... hehe ... owh! taman buaya?lama juga x melayan haiwan2 reptilia ni Wed 13-May-2009 03:17
Posted by:FarEast  - [Link]
Buaya sungai atau buaya darat tak berapa bahaya dah.
Buaya ragut lebih bahaya - dah jadi killer
Wed 13-May-2009 03:58
Posted by:Pemancing Ikan  - [Link]
uhh ugly creature tapi akan jadi cantik setelah jadi handbag or kasut.. hahaha.. sian mereka...
//oh soalan yg agak ngeri..
Wed 13-May-2009 04:27
Posted by:yiyani  - [Link]
fulamak bro menarik sisik buaya tu... Wed 13-May-2009 04:31
Posted by:fadzlie syahmie12@yahoo.com  - [Link]
wow nice shots.................interesting subject ni.......

ala cam biasa jer...........masih berkarya berkelana penuh lara.

tq 4 dropping by.......................
Wed 13-May-2009 05:15
Posted by:1961  - [Link]
dak aihh..kat upm ja...haha.... Wed 13-May-2009 09:42
Posted by:adam  - [Link]
apapun ianya tetap menarik untuk tatapan..sekurang-kurangnya dapat ilmu untuk kita semua...nice entry... Wed 13-May-2009 13:51
Posted by:imazam
best kalau ambil sikit kulit beliau nie untuk buat kasut......
re: ya...memang betul kalau macro boleh guna f/5.0 keatas,kalau subjek basar sikit boleh guna f/12 pun kadang-kadang.(kalau cahaya cukuplah).jadi jangan takut nak bermain dengan large f number.
Wed 13-May-2009 22:08
Posted by:ijulabi  - [Link]
serious goyang tgk gambo ni. Thu 14-May-2009 06:04
Posted by:JEHAN NAJIB zygzaggy@gmail.com
sonok dapat shoot cam gini...
lagi2 kalau dia tengah menganga....
syok woooooooooooooo
Thu 14-May-2009 06:35
Posted by:LITTLESTARS littlestars_studio@yahoo.com  - [Link]
Ugly but magnificent creature! Thu 14-May-2009 08:56
Posted by:baning  - [Link]
Ugly but magnificent creature! Thu 14-May-2009 08:56
Posted by:baning  - [Link]
Jadi boya kan best.Dok senyap senyap pastu ngap.Tak yah bising bising.Huhu.Tenaga pun kuat.Mampu tumbangkan seekor kerbau dengan sekali ngap jer.Hehe..Apapun kita patut belajar dari boya.Tak penah berubah bentuk ataupun alami evolusi sejak zaman dinasour lagi...Tapi manusia.sedikit cubaan, sedikit kesenangan terus merubah peribadi dan "bentuk" diri. Thu 14-May-2009 14:53
Posted by:azri@bob  - [Link]
wahhh boya !! janji jgn jadik mangsa boya air maupun boya darat sudahh.... Thu 14-May-2009 17:54
Posted by:adett  - [Link]
>> sekali tengok nampak mengerunkan...
>> tapi buaya ni mmg istimewa...
>> antara peninggalan zaman dinosaur yg masih survive sehingga sekarang...
Fri 15-May-2009 16:35
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Tengok nih,,,teringat kat Steve Irwin,,,,,

# tak ramai yg guna powershot,,,,sebab DSLR dah murah sgt,,,
Sat 16-May-2009 10:55
Posted by:Mohd Azhari Azizan  - [Link]
anda suka gambar buaya??? saya ade amik boya.. nice capture bro Sat 16-May-2009 12:40
Posted by:husmira  - [Link]
sang bedal yg ganazzz...
pic yg kne pd tmptnye....!!!
Tue 19-May-2009 03:16
Posted by:pokleyimages  - [Link]
kalau saya dah lari dah
... seb baik dalam sangkar
Tue 19-May-2009 03:37
Posted by:ad+apex@MeMoRaBiLia  - [Link]
wow kat mana ni.................. Wed 27-May-2009 11:16
Posted by:azizancm azizancm@gmail.com  - [Link]
seganas manapun buaya di air ganas lagi buaya di darat- hee-hee Tue 23-Jun-2009 13:26
Posted by:siti Hawa sitihawamohamad@yahoo.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.