Masih lagi tak habis pasal Melaka nih..memang tak puas kalau hanya dapat 2-3 jam meronda sekitar bandaraya yang penuh dengan nilai sejarah dan juga tempat-tempat yang menarik.
Terpandang kereta perisai lama yang masih utuh walaupun dimakan usia yang dipamerkan berhadapan dengan kota A'Famosa ini, saya terpanggil dengan nama yang diberkan kepada kedua kereta ini..Hang Tuah dan Hang Jebat.
Bukan Hang Tuah yang menjadi tajuk bualan memandangkan umum mengetahui kisahnya sebagai pejuang Melayu terulung. Namun, Jebat sebagai sorang dari saudaranya juga seorang jaguh Melayu terulung yang turut menabur bakti melawan musuh-musuh yang mengancam perairan Melaka bersama-sama Tuah dan juga Lekir,Lekiu dan Kasturi (tak termasuk Hang Kebun filem seniman Bujang Lapok ).
Jebat akhirnya menghembuskan nafas terakhir di tangan Tuah, saudara yang begitu disanjunginya lebih dari nyawanya sendiri. Menuntut bela atas pembunuhan saudaranya Tuah yang mengikut perkiraannya adalah tidak adil dan sangat zalim untuk hukuman bunuh itu dilaksanakan kepada Panglima yang banyak berjasa kepada negara.
Kisah ini lebih kurang sama dengan Laksamana Bentan, seorang panglima yang taat kepada sultannya yang akhirnya menuntut bela atas kematian isterinya yang dibunuh oleh sultan. Lantas ia mencetuskan berakhirnya era Kesultanan Melayu Melaka dengan kematian waris terakhir.
Kembali kepada kisah Jebat tadi, sifat setiakawan Jebat memang terpuji..menyayangi saudaranya sepenuh hati sehingga sanggup menggadai nyawa sendiri menentang sebarang bentuk kezaliman walaupun datangnya dari sultan..namun mati di tangan saudara yang disanjunginya atas perintah sultan.
Cis Jebat...kau memang hebat Jebat....
Semangat setia kawanmu i2 aku sanjungi....
Cis jebat....
Namamu kini diletakkan di 'tank' Jebat...
Kau memang hebat Jebat....
cis..cis...cis....
mmg bila dipikir2 blk kesian pulak kt si jebat tuh!
tp pasal kereta kebal ni buh nama jebat erk?? rasanya zaman dolu2 tuah n jebat ni x naik kete kebal... rasanya la kott
buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali,,,
laksamana tun tuah buat baik terlampau hinggakan dipijak orang tapi,si jebat pulak berlaku zalim demi perjuangan suci.
aku suka sikap jebat..........berbanding tuah...setia tak bertempat...kan dah ada perpatah...buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali......dalam dunia ni biar lah berpada-pada....
*sekadar pandangan*
jadikan ianya pengajaran dan panduan kepada kita semua..ada yang baik dan buruknya....bangsa lain akan bertepuk tangan agar kita orang melayu supaya bertelagah.....dan bermusuh antara satu sama lain...sedar dan bangunlah anak bangsa...
Wed 10-Jun-2009 12:02 Posted by:imazam
Dulu Tuah disanjung, tetapi bila zaman berubah, Jebat pula di sanjung!
>> bagi saya senang saja...
>> dua dua bodoh...
>> jebat bodoh sebab melawan sultan...
>> tuah bodoh sebab mengikut sultan secara membabi buta...
>> sebab itulah orang kata melayu itu mudah lupa...
>> sejarah lama sudah menjadi bukti namun masih ramai yg bodoh hari ini kerana mengikut membabi buta...
Sun 14-Jun-2009 16:55 Posted by:<< jeff >> - [Link]