Saya telah kembali..
kembali dengan keyakinan diri
azam dan tekad ditanam di hati
untuk terus hidup berjuang di muka bumi ciptaan Illahi..
ESQ leadership training menunjukkan jalan
mengapa perubahan itu satu keperluan
mengapakah kita sering melupakan Tuhan
lupa pada kasih sayang Tuhan yang tiada bandingan..
Tuhan tidak pernah melupakan kita
malah kita yang selalu melupakan Sang pencipta
Pencipta alam yang luas terbentang seadanya
Untuk kita nikmati dan mensyukurinya..
ESQ mengajar saya erti kehidupan
menggabungkan nilai Islam,Iman dan Ihsan
Intelektual,Emotional dan spiritual disatukan
untuk menguatkan keimanan kepada Tuhan
menghadapi cabaran hidup dan menyedari adanya hari pembalasan..
Tumpah air mata ini bila terkenangkan
Betapa hebat perjuangan Nabi kesayangan
yang dikatakan gila dan pendusta pada 1400 tahun yang lalu membawa kebenaran
bahawa Allah yang mengetahui segala kejadian
kejadian teriptanya alam, langit, bintang-bintang,galaksi dan planet-planet yang berhamparan
berputaran sesama sendiri tanpa berlanggaran
tanda betapa besarnya Kekuasaan
menunjukkan kepada Dia-lah sahaja untuk diri mengabdikan..
kerana Dia-lah kita diciptakan..
kini telah terbukti segala kebenaran
apa yang telah diceritakan di dalam Al-Quran..
diakui oleh cerdik pandai yang sering memikirkan
teori 'Big Bang' yang selalu menjadi persoalan..
Kepada rakan-rakan yang berpeluang mengadiri kursus ini..
Silakan maju langkah dengan berani
menyedari kesilapan dan kealpaan diri
Demi menjadi Umat Islam yang kuat jati diri
kerana kira percaya Allah itu sentiasa di sisi..
terus dan terus berjuang... kita kekalkan semangat ini untuk berjaya....
Mon 3-Aug-2009 12:35 Posted by:imazam
>> dah ke esq ke...?
>> mmg bagus programme tu...
Mon 3-Aug-2009 18:09 Posted by:<< jeff >> - [Link]
fuhhh..!!!!lagi dasyat..mantobbb!!! color dia cantik sket drpd yg bwh ni..
da bole buat kad raye da gamba nie... ;-)cume taruk tulisan slamat hr raya aidilfitri je lg..hehe...
# Pusat Konservasi Penyu nih,,,terletak di Pantai Kerachut n dalam kawasan Taman Negara,,,,terbuka untuk semua,,,,kalau datang group,,,boleh buat temujanji n staf kat pusat ni akan buat sesi penerangan,,,,
# Jom tengok anak penyu,,,,la ni musim penyu menetas,,,,,
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak.....Selamat menjalani ibadah puasa, semoga kita semua memperolehi taufek dan hidayah serta keberkatan di bulan yang mulia ini...AMIN.
Sat 22-Aug-2009 05:54 Posted by:DjohnSHAHRIN djohnphoto@yahoo.com - [Link]
as-salam.......
mmg tul tuu....slalu kita
lupakan SI PENCIPTA.....
& perbanyakkanlah hadiah
al-fatihah kepada roh kita
sendiri.....baru ler tegar IMAN....
Salam bang..lame tak masuk sini,dah makin berseri FP nih..bl nak bukak blog sendri nih?ape2 pun Slmt Menunaikan Ibadah Puasa..smoga diberkati Allah..balik raya nnti kontak2 lah..free2 bole minum2..raya ke2-ke4 insyaAllah aku ade kat kg..
Sun 6-Sep-2009 12:31 Posted by:jas empiart@gmail.com - [Link]