Ramadhan akan berlalu pergi
sedih tatkala di sujud terakhir terawih menyelubungi hati
entahkan dapat bertemu lagi di tahun hadapan belum pasti
Syawal menjelang tiba
meraikan hari kemenangan umat Islam di seluruh dunia
memuji kebesaran Allah, Sang Pencipta
menjalinkan dan merapatkan hubungan sesama saudara sedarah dan seagama
Ikhlas dari diri ini
memohon maaf dan menyesali diri
atas segala kesilapan dan kealpaan yang tidak disedari
disebabkan prasangka negatif dan segala perbandingan yang membelenggu hati
Syawal ini mudah-mudahan kita sama-sama berdoa ke hadat Illahi
agar hati kita kembali suci
sesuci embun pagi...
kepada yang pulang ke kampung, mudah-mudahan selamat dalam perjalanan pergi dan kembali
kepada yang bekerja, mudah mudahan pengorbanan anda mendapat ganjaran dari Illahi
ASSALAMUALAIKUM....
Salam AIDIL FITRI buat anda sekeluarga..
moga bertambah maju dalam apa jua bidang yang anda ceburi..
SLAMAT HARI RAYA!!!
Sat 19-Sep-2009 05:05 Posted by:RazaQQ dreamcast8280@yahoo.co.uk - [Link]
Selamat Ari Raya Maaf zahir & Batin wat abang shafie ittewww..
Sat 19-Sep-2009 06:03 Posted by:en_me yginsaf@lycos.com - [Link]
::: askm bro mshafie pekabar? salam Ramadan hari-hari terkahir, selamat berpuasa & selamat berbuka..
::: bro nih mmg expert tul laa dlm fotografi jenis close-up & makro.. awesomeee shot bro.. spt gambar2
::: bro yg lain, saya sukee tengok titisan2 air di kelopak bunga melur putih tersebut.. [bunga melur ker?]
::: mesti bro byk koleksi spt gambar di atas, kan? sekiranya matlamat kita sudah tercapai dlm bulan
::: Ramadan mulia ini, maka patutlah kita bergembira menyambut hari Aidilfitri yg bakal menjelma nanti..
::: bagi mereka yg bersedih atau belum tercapai apa2 matlamat yg mereka ingin capai, maka Allah telah
::: pun memberi mereka peluang memanjangkan usia hingga ke tahun2 akan datang sebagaimana mereka
::: diberi peluang mengharungi bulan2 Ramadan pada tahun2 sebelumnya.. dan Allah juga memberikan
::: puasa 6 hari dlm bulan Syawal utk mereka 'grab' lebih byk lagi pahala2 yg besar.. insya-Allah..
~ Selamat Hari Raya Aidilfitri bro msyafie maaf zahir & batin!!! enjoy raya ok..
Sat 19-Sep-2009 09:58 Posted by:::: ReActivate ::: - [Link]
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .....
maaf zahir batin ......
Sat 19-Sep-2009 10:53 Posted by:sentinel103 - [Link]
Bersempena hari Lebaran ini. Ku susun sepuluh jari.. memohon ampun dan maaf seandainya ada langkah yang mengguris hati, ada tingkah membekas luka, ada lisan yang tak terjaga, ada janji yang tidak tertunai, ada hati yang berprasangka serta ucapan yang berbunga dusta. Salam Aidilfitri .. Maaf Zahir & Batin..
Kelurga ( Fadzlie, Laureana, Mohd. Syahmie Aqwa, Nurul Syamimie Aqwa Nurul Syazanie Aqwa )
re : salam aidilfitri bro.....maaf lambat reply....baru up pix raya daaa
Sat 3-Oct-2009 12:37 Posted by:azrulsham | thePHOTOGRAPHER - [Link]
JEMPUTAN MAJLIS RUMAH TERBUKA LITTLESTARS STUDIO PHOTOGRAPHY
Dengan penuh kesyukuran kami ingin menjemput Tuan/Puan sekeluarga hadir kemajlis rumah terbuka kami
pada hari Ahad 11Okt2009 Bersamaan 21 Syawal 1430h
bertempat di No 58,Jalan BSE 4/22,Bandar Seri Ehsan,42700 Banting Selangor..