Mohd Shafie's FotoPage

By: Mohd Shafie Muhamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 1-May-2010 17:40 Email | Share | Bookmark
Kita hanya menumpang

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bertemu lagi dalam edisi baru untuk bulan Mei 2010. Alhamdulillah, telah ada sedikit semangat untuk menulis dan update fotopages. Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengunjungi.

Tajuk untuk entry kali ini saya bawakan kepada anda untuk sama-sama memikirkan apa yang telah berlaku kepada masyarakat kita sejak akhir-akhir ini terutama apabila melibatkan kanak-kanak dan juga institusi kekeluargaan.

Amat sedih apabila mendengar berita kes penderaan, kematian, pengabaian kanak-kanak serta keganasan rumahtangga yang berlaku terutama apabila ia melibatkan sebuah keluarga Islam. Petikan akhbar baru-baru ini yag berkaitan dengan pembunuhan seorang isteri yang dilakukan oleh sang suami. Sang suami yang sepatutnya melindungi isteri kini telah manjadi pembunuh angkara tidak dapat mengawal kemarahan setelah berlakunya pertengkaran. Gugur seorang muslimah yang bergelar isteri meninggalkan anak-anak yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa. Kes ini berlaku di Johor Bahru.

Kes kedua juga berlaku di Johor Bahru apabila melibatkan pasangan suami isteri yang meninggalkan anak mereka yang berusia 2 tahun (petikan akhbar Metro seminggu lepas) sendirian di rumah dengan bertemankan si kucing dan sepinggan nasi. Kedua pasangan ini mencari kerja di Singapura. Tindakan pantas jiran menyelamatkan kanak-kanak itu dari mati kelaparan. Sepanjang hari ditinggalkan tentulah kanak-kanak yang belum tahu menjaga diri berasa kehausan, kelaparan dan ketakutan. Bagaimana pula dengan kebersihan dan keselamatan anak ini??Apakah yang bermain dalam fikiran kedua ibu bapanya??

Ini termasuk juga kes penderaan kanak-kanak yang telah menjadi kisah sensasi. Kanak-kanak 3 tahun di dera, dipukul sehingga maut akibat kecederaan organ dalaman. Pastilah kesakitan yang di rasa tidak tertanggung disebabkan kanak-kanak ini masih kecil dan tidak mampu mempertahankan diri. Hanya tangisan minta dikasihani yang didengar tetapi hanya dipekakkan sahaja oleh sang pendera.

Kes-kes yang saya sebutkan tadi merungkai persoalan; Adakah syaitan yang perlu disalahkan? ataupun mereka ini punca kepada kekejaman manusia yang berlaku pada ketika ini? Adakah manusia juga telah serupa seperti sang syaitan dan Iblis yang dilaknat Allah? Adakah kita ini semakin jauh dengan Allah?

Mudah-mudahan kita diberi perlindungan Allah. Menitis air mata bila terasa raungan tangis kanak-kanak ini terngiang-ngiang di telinga walaupun kita tak bersama dengan mereka merayu minta dikasihani akibat didera dan diabaikan. Kita ini juga menumpang di bumi Allah. Janji Allah itu benar. Alam ini akan dikembalikan semula kepada -Nya iaitu sewaktu kiamat berlaku..

Mohd Shafie Muhamad


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net