Mohd Shafie's FotoPage

By: Mohd Shafie Muhamad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 19-Mar-2011 13:15 Email | Share | Bookmark
On the move..

 


Alhamdulillah..untuk tahun ini saya berjaya membawa ahli keluarga bercuti di tempat Impian..Genting Highland dari 6hb-8hb march 2011 yang lalu..

Setelah berpenat lelah bekerja sepanjang tahun, maka tiba masanya untuk saya bercuti merehatkan minda buat seminggu tanpa dibebani dengan hal-hal kerja. Kamera pun dah lama tersimpan dalam almari tanpa ada sebarang aktiviti. Memang diakui setelah begitu lama 'menggantung' aktiviti kamera, asa malas itu semain membara. Ini baru kamera jenis kompak. Jika saya sudah membeli DSLR nanti bagai mana agaknya. Beli dengan harga yang agak mahal tetapi jarang sekali digunakan..alangkah ruginya.

Apa yang saya ingin tonjolkan di atas adalah berkenaan dengan pergerakan. Kita mempunyai pilihan unutuk menggunakan flash supaya pergerakan terhenti (freeze the moment), akan tetapi saya ebih suka menonjolkan elemen pergerakan (sense of motion) dalam gambar tersebut.

Oleh kerana keadaan pencahayaan di dalam taman tema tersebut agak kelam dan hanya bergantung kepada lampu sahaja, agak sukar untuk mendapatkan gambar terbaik dengan ketiadaan flash. Jika menggunakan ISO yang tinggi, tetap akan menghasilkan 'noise'. maklum sajalah dengan sensor kamera kompak yang lebih kecil bebanding DSLR. Walaupun agak berputus asa dengan hasil dari 'built-in flash' yang sedia ada ('shadows' yang ketara dan juga foto menjadi 'over-expose'), tetapi saya perlu menggunakan apa sahaja teknik yang perlu untuk merakam setiap detik percutian agar menjadi kenangan indah bila pulang nanti

Berjumpa lagi pada entry akan datang..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net