Mohd Shafie's FotoPage - - Fotopages.com
Hari ulangtahun perkahwinan...
Alhamdulillah kebakaran di depot simpanan minyak Pelabuhan Tanjung Langsat telahpun dapat dipadamkan pada petang 20 Ogos. Tahniah kepada pasukan Bomba dan Penyelamat, ahli skuad PAGEMA dan juga agensi penyelamat yang turut serta membantu usaha memadamkan kebakaran sekaligus menyelamatkan nyawa dan harta benda dari mengalami sebarang kemusnahan. Malang sekali saya belum berpeluang hendak meninjau kawasan kejadian dan mungkin jika ada kesempatan di lain waktu.
20hb April merupakan hari istimewa sebab tarikh itulah saya disatukan dengan isteri tercinta. Alhamdulillah juga kami dapat mengharungi cabaran dalam berumahangga yang kadang kala sukar nak ditelan. Intan Shahirah pun lagi 10 hari genap setahun umurnya. Mudah-mudahan Tuhan memanjangkan usia perkahwinan kami an semoga kasih sayang dan cinta ini sentiasa mekar di hati.
p/s: 21hb hari anniversary Siti Nurhaliza & Datuk Khalid...hahahha
Salam mesra;
Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager,
http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123(MyEcash)  business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com
Tolong...kebakaran!!!
Assalamualaikum dan salam sejahtera... 8-)
Gambar di atas saya shoot dari hadapan rumah memberikan gambaran kepada anda situasi kebakaran yang berlaku di depot minyak Pelabuhan Tanjung Langsat bermula pada Ahad petang 17 Ogos yang lalu. Kelihatan langit yang merah serta cahaya api yang mampu dilihat walaupun kawasan perumahan saya agak jauh. Sudah hampir 3 hari pihak bomba dan PAGEMA ( Pasir Gudang Emergency Mutual Aid) bertungkus lumus memadam dan mengawal kebakaran dari merebak ke tangki bersebelahan dan mengakibatkan kemusnahan yang besar.
Jiran-jiran ada yang mengambil keputusan keluar dari rumah disebabkan bimbang keselamatan diri dan keluarga malah saya sendiri bersiap-siap untuk berpindah jika pihak berkuasa mengarahkan berbuat sedemikian. Saya percaya lebih kurang 200 anggota bomba sedang berusaha menyabung nyawa memadamkan kebakaran demi keselamatan orang ramai khususnya penduduk sekitar. Ini berdasarkan pengalaman sewaktu kebakaran tangki milik Petronas April 2007 kalau tidak silap saya.
Insyaallah jika berpeluang saya akan dapatkan gambaran yang lebih dekat lagi.
Salam mesra;
Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager,
http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123(MyEcash)  business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com]
Aduh...si Bawang Merah...
Terima kasih atas komen anda pada entry yang lalu. Entry kalini merupakan kesinambungan kepada entry yang lepas iaitu bawang putih dan saya akan buka topik untuk Bawang merah sebagai pelengkap 'saudara'nya itu. Memang tidak lengkap rasanya jika bawang merah tidak digunakan dalam masakan harian. Terbahagi kepada 2 iaitu kecil dan besar namun begitu khasiatnya tetap sama. Pic kat atas saya gunakan bawang besar yang separa saiznya lebih kurang bawang kecil tapi tetap merah...bukan bawang kuning tu..
Apa kandungan bawang merah?
Bawang merah ini kaya dengan pelbagai vitamin termasuk witamin B1 (thiamine), B2 (riboflavin) dan juga vitamin C (ascorbic asid). Selain dari itu, bawang merah ini juga kaya dengan Potassium, serat dan juga asid folik. Sebagai tambahan, bawang merah dikatakan mengandungi kalsium zat besi dan juga kadar kandungan protein yang tinggi.
Apa pula khasiatnya?
Sebagai antiseptik
Bawang merah yang dibakar dan ditumbuk halus dikatakan mujarab untuk merawat kulit melecur disebabkan terbakar. Ia juga mampu mengubati telinga yang mengalami infeksi bengkak serta bernanah. Air perahannya biasa digunakan oleh pengamal herba untuk disapu pada bahagian tubuh yang terkena penyakit kulit, bisul serta gigitan serangga. Jika bawang merah ini dicampurkan dengan sedikit minyak makan, ia boleh dijadikan minyak urut untuk menghilangkan sakit sendi, bengkak-bengkak dan sakit kulit.
Penawar  dalam sistem tubuh
Bawang merah mampu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan kencing mmanis kerana ia mengandungi unsur-unsur anti-kanser, anti-bakteria, anti-viral, anti-allergenic dan anti-inflammatory. Ia membantu hati dalam membuang toksik dalam tubuh dan seterusnya menyingkir dan membunuh sel-sel kanser. Bawang merah mampu mengelakkan kita dari kanser perut. Ia mengeluarkan anti-coagulant yang boleh mencairkan darah dan menujukkan tahap tinggi aktiviti anti-platelet yang baik sebagai penawar utama penyakit cardiovascular, serangan jantung dan stroke. Ia juga membantu fungsi otak untuk mengurangkan risiko penyakit Alzheimer's. Bagi mereka yang menghidap kencing manis, bawang merah boleh mengurangkan tahap gula dalam tubuh dengan meninggikan metabolisma glucose dan menghadkan keberkesanan insulin.
Menambah tenaga batin
Ini pasti menjadi kegemaran ramai. Bagaimana nak menambah tenaga batin untuk memperbaiki hubungan kelamin dengan guna bawang merah?. Bawang merah ini hendaklan dikisar halus dan airnya hendaklah ditapis. Campurkan dengan satu sudu madu lebah dan minumlah beserta selawat ke atas Nabi. Itu yang ustaz saya yang ajarkan. Harapnya ia tak menjadi isu sensitif di sini dan maaf jika membicarakannya secara terbuka mengundang rasa tidak senang kawan-kawan. Ini petua sesuai untuk yang dah berkahwin sahaja..
Inilah yang saya mampu kongsikan untuk tatapan kawan-kawan kerana apa..Ilmu itu biarpun sedikit tetapi jika disebarkan Insyaallah akan berkembang dan memberi manfaat kepada orang lain. Satu perkara yang tidak akan habis jika digunakan walaupun berjuta kali..iaitu ilmu
Salam mesra;
Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager,
http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123(MyEcash)  business programme
My Email: shafie_81@yahoo.com
Food: Bawang putih oh bawang putih...
Entry kali ini saya nak paparkan mengenai bawang putih. Sambil potong bawang nak masak saya secara tiba-tiba timbul idea nak tahu apa yang tekandung dalam bawang putih ni. Hari-hari masak tapi tak tahu apa fungsi bawang putih ni dan kenapa ia selalu digunakan dalam masakan harian.
Bawang putih merupakan bahan asas utama dalam masakan harian kita. Walau di mana sahaja di seluruh dunia bawang putih menjadi bahan asas dalam masakan terutama yang berasal dari benua asia yang kebanyakan dari masakannya yang menggunakan rempah ratus. Bawang putih mengandungi lemak, protein, karbohidrat, vitamin A, B1, B2 dan C untuk tubuh kita. Ia berkeupayaan tinggi untuk menghasilan hydrogen sulfide yang bertindak sebagai agen anti oksidaan dalam tubuh kita untuk memperbaiki sistem tubuh.
Khasiatnya
Antara khasiat bawang putih:
1.	Menambah baik sistem peredaran darah
2.	Merawat tekanan darah tinggi
3.	Mengawal kadar kolestrol dalam tubuh
4.	Mencegah pengerasan arteri
5.	Mencegah dari serangan jantung
6.	Menambah baik aliran air hempedu dalam hati
7.	Merawat penyakit usus serta system pencernaan.
8.	Mencegah pertumbuhan tumor dan kanser
9.	Mencegah penyakit selsema serta penyakit berjangkit yang lain.
10.	Mencegah gangguan sakit kepala, hipertensi dan juga sistem pernafasan
Terdapat kajian dari seorang professor dari Universiti Alabama iaitu Dr David W. Kraus yang menyarankan kita supaya memakan lima ulas atau lebih jika ingin mendapat khasiat bawang putih. Beliau juga mengingatkan supaya selepas bawang putih tersebut dihiris, hendaklah ia dibiarkan selama kira-kira 15 minit untuk membolehkan enzim-enzim yang terdapat dalam bawang putih bereaksi antara satu sama lain.
Ada juga pesanan dari bos saya yang beliau mengamalkan memakan seulas bawang putih yang tidak di masak sewaktu makan nasi untuk menghilangkan bintil daging seperti kutil yang selalu tumbuh di bahagian leher akibat kadar kolestrol yang tinggi.  Beliau telahpun berjaya membuktikannya...
Salam mesra;
Mohd Shafie Muhamad
Mobile manager
http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123(MyEcash)  business programme
Nature: Senja nan merah...
Dah lama tak update entry pasal senja.
Salam mesra;
Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager
http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123(MyEcash) programme
Model: Here in my home...
Terima kasih atas ucapan harijadi pada entry yang lepas. Walaupun serba ringkas tetapi amat bermakna buat diri ini.
Kali ini saya bawakan kepada anda entry yang saya rasa menarik untuk difikirkan iaitu rumah kita. Saya tertarik apabila mendengar lagu "Here in My Home" nyanyian MAFU (Malaysian Artistes For Unity). Mereka terdiri daripada artis-artis tempatan seperti Afdlin Shauki, Atilia, Jason Lo, Awie, Ning Bizura, Jacklyn Victor, Reshmonu dan ramai lagi yang turut terlibat dalam lagu ini. Setiap bait liriknya ada perkara penting untuk disampaikan kepada kita iaitu perpaduan sesama kita. Perpaduan hubungan suami isteri, anak beranak dan ahli keluarga yang kukuh menjamin hidup yang bahagia. Ia akan membawa kepada perpaduan kawasan kejiranan dan seterusnya kepada masyarakat. Apabila perpaduan antara masyarakat berbilang kaum ini menjadi kuat, negara yang aman dan harmoni akan dapat dibentuk dan anasir-anasir jahat dari luar akan dapat ditangkis dengan mudah.
Semuanya ini bermula dari mana? Dari rumah kita.........
saksikan video klip penuh lagu ini di sini: http://www.youtube.com/watch?v=z8Wl3firJQk
p/s: rumah tu saya buat guna sepit baju kayu dengan gam UHU untuk hadiah harijadi orang rumah masa bertunang dulu. Masih kukuh lagi nampaknya...
Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager
MyEcash programme
http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123
Food: Selamat Hari Lahir Encik Mohd Shafie...
Inilah rasanya kali pertama saya upload entry terbaru paling cepat. Sebenarnya ini adalah entry istimewa sempena menyambut hari kelahiran saya di muka bumi ini. Terima kasih atas kek yang dibelikan isteri tercinta walaupun saya tidak berapa gemar makan kek..terutama krimnya yang holeh buat sakit kepala. Terima kasih kepada emak dah abah kerana berjaya menjaga sehingga dewasa..dah berkahwin pun masih lagi ada nasihat berguna yang diberikan. Paling utama syukur kepada Allah kerana membenarkan saya bernafas di muka bumi ini..
Seumur hidup saya tidak pernah saya menyambut hari kelahiran dengan acara potong kek kecuali emak buatkan bubur merah untuk kami sekeluarga. Abah pula bacakan doa selamat mudah2-mudahan saya berjaya dalam hidup. Terima kasih untuk isteri tercinta walaupun saya tak mengharapkan apa-apa sambutan pada hari yang istimewa ini..
salam mesra;
Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager
MyEcash programme
Fruits: Enaknya Buah Naga!!!
Entry kalini saya bawakan buah naga sebagai tajuk minggu ini.
salam mesra;
Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager
MyEcash programme
http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123
Email:shafie_81@yahoo.com
Nature: Terbitnya sang mentari pagi
Memang dah lama saya tak shoot matahari. Tidak kira sama ada waktu terbenam mahupun terbit. Minggu ini secara tiba-tiba saya kekeringan idea untuk artikel terbaru. Memang mengecewakan tetapi Insyaallah akan cuba sampaikan sesuatu buat tatapan kawan-kawan. Kerana apa..kerana ilmu itu biarpun sedikit, ia mungkin akan memberi manfaat yang besar kepada orang lain jika ia disampaikan...jumpa lagi di entry akan datang..
salam mesra;
Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager
MyEcash business programme
http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123
Food: Mari makan tempe...
Kali ini saya ingin bawakan anda mengenai sejenis makanan yang dinamakan ‘tempe’. Makanan ini dikatakan berkait rapat dengan makanan tradisi  masyarakat Jawa. Oleh itu, bagi sesiapa yang berketurunan Jawa seperti saya, alangkah ruginya jika tidak tahu mengenai makanan istimewa ini.
Tempe diperbuat dari adunan kacang soya yang diketahui khasiatnya yang pelbagai. Ia dibungkus dengan daun lebar seperti daun rambai dan ada juga dengan daun pisang dan kemudian dibalut dengan kertas surat khabar serta diikat dengan getah pembalut. Tempe buleh didapati di kebanyakan pasar dan kedai runcit tidak kira dalam bungkusan tradisinya mahupun  hanya dibungkus dengan  plastik sahaja.
Apa yang saya ingin paparkan mengenai kebaikan tempe ini adalah kandungan probiotik yang terdapat dalam makanan tradisi ini.  Apakah itu probiotik? Ia adalah bakteria yang membantu dalam pelbagai proses yang berlaku dalam tubuh badan kita. Dr. Bernard Jensen, merupakan seorang pakar dalam bidang terapeutik probiotik merumuskan fungsi probiotik dalam tubuh kita:
1.	Membantu pergerakan usus
2.	Membantu penambahbaikkan sistem imun
3.	Membantu pembentukan vitamin
4.	Membantu penyahaktifan agen barah
5.	Membantu mengawal kolestrol dan paras hormon
6.	Membantu dalam penghasilan laktasi (enzim pengurai susu)
Dengan adanya probiotik, ia dapat mengatasi gangguan keseimbangan bakteria didalam tubuh yang disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:
1.	Gaya hidup yang tidak sihat
2.	Amalan permakanan yang tidak teratur
3.	Penggunaan antibiotic yang tidak terkawal
4.	Tekanan mental
5.	Persekitaran yang tercemar.
Berbalik kepada ‘tempe’ tadi, ia mengandungi bakteria asid laktik (strain TH10) yang mampu melawan bacteria berbahaya MRSA (methilcillin resistance staphylococeus). Oleh itu, apa kata anda? Adakah tempe akan menggantikan makanan segera seperti pizza, kentang goreng dan burger dalam kehidupan anda..
Salam mesra;
Mohd Shafie Muhamad
Mobile Manager
MyMode business programme
http://Prepaid4U.Net/?id=mshafie123
Email: shafie_81@yahoo.com